Thursday, October 16, 2014

Bukan Untuk Aku

Cewwahhh..tajuk tak boleh tahan.. hakhakhak.. bunyi macam ibu jiwang ja.
Sebenarnya..takder ape pun...sesaje nak buh tajuk cam gitu.. tapi..ada la sikit perkaitannya.
Alhamdulillah.. aku dapat surat kenaikan pangkat lagi kemarin 15 Oktober 2014.
Aku mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada tahun 2002. Maknanya lepas aku habis belajar di POLIMAS 2001 , aku tak lepak lama ..aku sambung belajar sat..under UTM dan time tu lah aku ditawarkan pekerjaan .Sesuai sangatla aku dapat keja ..kalau terus belajar entah ok atau tak..memain je banyak.

Jadi..selepas di campur dan dicampur..dah 12 tahun pun aku menjadi kakitangan awam. Dalam tempoh 12 tahun ni, sebenarnya dah dua kali aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi..kedua-duanya aku tolak. Mana aku tak tolak.. kenaikan pangkat tu nun jauh di sana nunnn. Memula posting aku dapat di Kuala Lumpur, lepastu berpindah ke Putrajaya ( zaman takder org gi kat sini ) lepastu apply berpindah balik ke Perlis. Tetiba dapat kenaikan pangkat kena ke Putrajaya balik...eee..udah tentula jawapannya tidakkkk . Lepastu kemarin dapat lagi surat kenaikan.. dekat sikit..di Pulau Pinang pulak.. Erm.. tanpa fikir panjang..keputusan aku nekad..tidak akan menerima kenaikan sekiranya aku terpaksa keluar dan meninggalkan anak-anak aku.

Tanpa anak- anak di sisi.. aku tak rasa aku boleh menjadi pekerja yang baik. Jiwa aku akan meronta dan minda aku akan beku. Aku kenal diri aku spesis yang macam mana... jadi baik jgn aku mempertaruhkan perkhidmatan aku demi pangkat dan gaji. Aku redha di sini..dengan jawatan yg aku ada sekarang, dengan gaji yang aku miliki, aku dah cukup bahagia bila semua ahli keluarga berada dekat dengan aku. Bagi aku rezeki bukan sekadar pada harta dan pangkat..tetapi pada semua yg aku miliki, kesihatan kami sekeluarga, kebahagiaan kami sekeluarga, dan keberadaan aku bersama mereka.
 
" kehidupan bukanlah jumlah apa yang telah kita peroleh, tetapi apa yang kita ingin perolehi".
 
- Jose Ortega y Gasset
 
 Gambar kenangan ketika aktiviti masuk hutan. Aku dah tak ingat nama tempat ni , tetapi di Terengganu. Inilah rakan sekumpulan aku.. Tok Ketua wajib menjadi Tok Batin.
Memang best.. kenangan yg tak akan berulang.
 
Sebenarnya dalam kumpulan kami ni , seorang ahli telah dijemput kembali oleh Sang Pencipta..
Dari Allah kita datang, dan kepada  Allah kita kembali.
Gambar ni diambil di INTAN Terengganu.
Semoga semua Berjaya dan gembira walau di manapun berada.
Mudanya aku time ni...kekekeke...

4 comments:

Anonymous said...

Mela...hg dpt kanan tu kat mana..aku plan nak blk utagha ni...mus

mela said...

weh...tanpa nama.. mus..

SUK pulau pinang wei.. try call cepat.. kira dekat dah tu dengan Kedah...

ruslanafiq said...

Wah.. Respect kat awak Mela... Anak lagi penting, absolutely right.

mela said...

Terima Kasih ruslanafiq .. rasanya semua ibu akan mengalami perasaan yg sama kan. Demi anak-anak.. segalanya jadi tak mustahil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...