Wednesday, October 15, 2014

KAMALODGE TAIPING PERAK

Tempat ni.. aku amat syorkan korang semua mencuba.. Bagi sesapa yg ada anak kecil..yg dah pandai berendam tu..memang tempat ni paling sesuai. Mak dan Pak pun leh berendam..kalau nak buat terjunan akrobatik tu memang tak sesuai la.. kut terpacak kepala lam kolam tu..haa..tanggung la sendiri.... Apa yg boleh aku gambarkan suasana kat sini.. amat tenang..nyaman.. bilik yang cantik..bersih dan kemas.
Kamlodge ni dekat dengan Zoo , Taman Tasik Taiping , Burmess poll , Bukit Larut dan tempat untuk menunggang kuda, naik ATV pun ada. Kesimpulannya..kami sekeluarga amat berpuas hati .Suatu hari nanti.. pasti terjah lagi ke sini. Yang pasti..kena tempah awal..kami tempah lebih kurang1 bulan awal...bilik yg aku dapat..itu ja yg tinggal...memang pames lah tempat ni. Jadi..jom layan gambaq yg aku dah berjaya snap.

Kaunter Pendaftaran.. Luas, simple, sejuk , Wangi dan selesa.
Dua beradik ni dah Nampak kereta ni minta suh ambik gambaq.. kereta comel Firas kata.. dia tanya ni kereta betul ke mainan ? kekekeke...
Kami sampai sini sekitar 2.30 ptg.. nak kata panas.. tak juga..hujan pun tak..tapi mendung kut..
Nampak best kan ? memang BESTTTT !!!
Dalam Bilik yg Wangi tu.. comel ja bilik ni... 

Tandas.. dgn keluasan sederhana , selesa dan yg paling penting..bersih.
Antara kemudahan.. Peti sejuk pun ada key..dan ada bantal extra 2 bijik..
Inilah yang ditunggu..apalagi.. terjun tiruk la.. hahahha...
Bangunan berhadapan tu adalah café .. penginapan di sini tidak termasuk makan key..
Adik pun nak posing jugaa...
Sejuk tahap biru..hahahaha..tapi still nak berendam..

Inilah bilik comel kami.. memang betul-betul menghadap kolam mandi
Insyaallah..ada rezeki...kita datang lagi sini.
Gambar wajib..sebelum check out.
 
Kesimpulan yg aku boleh bagi.. memang best..sesuai utk keluarga dengan anak kecil. Makanan pun sedap , pada kadar harga yang berpatutan.Jadi sambil bercuti..kita eratkan hubungan sekeluarga..dan tambahkan ilmu pada anak-anak melalui apa yg diorang lihat dan melalui penceritaan kita.
Sukanya bercuti...Alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...