Monday, September 29, 2014

TELUK BATIK LUMUT PERAK

Destinasi seterusnya.. Teluk Batik Perak.. iyala.dah samapai dekat sangat..takanlah aku tak gi menjenguk ke Pantai Teluk Batik kan. Firas dah beria beli mainan untuk korek pasir dan nak jadi arkitek bina istana pasir. Maka..lebih kurang jam 10.30 pagi camtu..kami dah chek out dari Marina Cove.. kan aku pun dah cakap ..tak terasa nak berlama-lama kat bilik hotel tu.Jadi dengan senang hatinya kami mengangkat beg masuk kat dalam kereta. Jadual pagi tu..memula sekali lepak kat Pantai teluk Batik, singgah Pekan Lumut, dan bergerak ke Taiping.

Sampai Pantai.. mak aii..ramainya manusia... ada geng pengakap berkhemah kat situ..di tambah lagi dengan pengunjung bersempena cuti sekolah ..aku tak jadi nak bina istana pasir ngn Firas. Apa yang kami boleh buat..lepak kat kerusi batu tu kejap sambil makan aiskrim Abang Salleh ( Firas bagi nama ..ikut cita Upin Ipin ). Bergambar berlatar belakangkan lautan manusia dan shoping.. last..last ..pukul 12.00 baru gerak dari Pantai .

Binaan di Pantai Teluk Batik yg menarik perhatian aku

Haa..ni baru sikit..masa kami nak bertolak balik.. bilangan pengunjung semakin bertambah

Aktiviti sukan air juga disediakan.. Banyak jenis aku tengok.. nak naik pisang gergasi boleh, nak terbang atas air sambil tidur, sambil duduk , sambil meniarap..semua ada..
sedia duit ja..

Yang korang Nampak tu.. aktiviti melawat kawasan laut.. naik bot..ronda-ronda tengok kawasan sekeliling..inspection la kan...
Kerusi kayu tu..boleh disewa..tak silap RM 2.00 untuk tempoh berapa lama aku tak pasti..sebab kami duduk kat kerusi percuma ja.. kerusi batu..keras dan sejuk.

Ini pula kawasan Jualannya.Memang banyak..harga..pandai-pandai tawar la.


Firas sedang oder pelampung.. akhirnya dia Berjaya mendapatkan pelampung jenis safety jacket tu..RM 10.00 hingit. Jadi berbanggalah dia pada hari itu sambil jalan melenggang dengan jaket birunya.

 
Abang Danish pula.. seronok shoping key chain dan fridge magnet. Siap pilih yang istimewa untuk Tok Mah.. sebab tok dah pesan belikan yg lawa..jadi abang pilih diver fridge magnet.. memang tok takda lagi yang jenis tu..


Adik lepas dapat jacket tu dah tak nak apa dah.. nak beli baju pun dah tak nak..
senangnya camni.. tapi kalau tak beli..nanti sampai umah..mesti bising " awat abang ada baju dan adik takda baju baru ?" ha.. tu yg susah tu.. Walaupun adik taknak.. ibu tetap beli.. sebagai kenangan..entah bila pula nak sampai sini..
 
Dalam perjalanan balik.. Danish dan Firas riuh dalam kereta..sebab diorang nampak banyak kapal yang belum siap.. iyala..bukan semua tempat ada kilang buat kapal kan.. Bila Nampak ship yard ni..aku pun teruja..kekeke..
 
Haa.. tengok kapal yang belum di cat..warna besi lagi...macam berhantu ja...hahahaha...
 
Kami bertolak dari Pantai Teluk Batik sekitar jam 12.00 tgh hari.. dah shoping pun banyak.. jadi suami aku cakap..kita batalkan saja jadual ke Pekan Lumut.. alahai..
Tapi ok jelah.. dia kan driver.. kalau driver letih..susah maa... perjalanan nak ke Taiping pun bukannya dekat.. Jadi.. ok..semua ahli mesyuarat dalam kereta bersetuju.
Maka..perjalananpun di teruskan ke destinasi seterusnya.. Taiping Perak.
 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...