Wednesday, July 2, 2014

PULAU SAYAK KEDAH - MEE UDANG

Jom kita pi makan Mee udang pulak . Mee udang di mimpikan dari Simpang Empat Perlis..akhirnya mimpi menjadi nyata bila bertemu di Pulau Sayak.. Kekekeke..mimpila sangat. Dah jumpa Mee terus ngap ja.. tak sempat nak ingat betul ker pernah mimpi.. sebabnya..makan sambil mendengar deruan ombak dan sekali sekali terkejut bila air laut tepercik ke muka.. alamak baru tersedar..dalam kedai ada ramai orang.. makan gelojoh tak ingat dunia. So..control balik.. ish..takdanya nak control..sedap ..mana leh makan slow sangat..
Harini dahla Puasa.. hari ke tiga kita berpuasa.. jadi..ngapala aku gatal nak upload gambar mee ni..dan erkk... kembali terbayang kemanisan udang.. pergh...sedapnya...
dan perut pun berbunyi..kekeke...
Sebenarnya kami ke sini semasa cuti sekolah yg lepas tu.. yang kami lepak kat Park Avenue tu.. Memula sampai kami terus ke Pantai Merdeka .. rehat kejap..layan ice cream tinggi tu dan bila perut dah lapar..terus kami bergerak ke Pulau Sayak.. memang tujuan utama..nak rasa Mee Udang kat Pulau Sayak tu.
 
Pujaan Hatiku  Danish dan Firas.. baru selesai menikmati ice cream tinggi Pantai Merdeka
 
 Inilah Kedainya.. kami memilih Mee Udang Yaakob.. dan kami pelanggan pertama yg sampai..ni gambar semasa dah nak balik.. masih ramai pelanggan.
 Memang bertuah..sampai awal..sebab tak perlu tunggu lama.. tetapi pelanggan selepas kami.. harap tunggu ye makcik. Sebab kami memilih Mee Udang Yaakob, ...tentulah... kerana kuahnya. Sebelum kami ke sini.. aku dan en suami dah search pendapat ramai.. ramai yg cakap Mee udang Usop kuah agak cair manakala Mee udang Yaakob lebih pekat kuahnya. Dan kami sekeluarga sukakan kuah yg pekat. Ada juga yg cakap ..kat kedai Yaakob ni kena tunggu agak lama.. itu aku tak leh nak komen..sebab kami org pertama sampai..dan tak lama sangat menunggu..
 
 Sebenarnya.. untuk sampai ke kedai Mee Udang Yaakob , Mee udang Usop atau kedai -kedai lain... camnilah jalannnya. Jalan kampung.. tetapi menarik.. ada suasana dusun, sawah, dan bila ke hujung jumpa laut..memang best.

 Damainya...
 
 Wahhh..dah sampai pun.. Inilah Lautnya...
 
 Dan itulah Pualaunya..
Abaikan pemandangan bersepah tu key.. masa ni air pasang..jadi semua sampah di tolak ke atas.
 
 
 Lihatlah kami.. port paling best lah.. di hujung kedai.. dan paling dekat dengan air..Sementara nak tunggu Mee air sedang pasang.. dan semasa sedang makan.. bila ombak datang..memang sampai ke dinding simen tu..
 
 Best lepak kat sini..memang best.. sampai ayah aku angan-anagan nak beli Tanah area sini..
kekekek.. ok ayah..tak salah nak angan-angan..
 
Jeng ! ..inilah mee nya.. Opss.. sorry..tuan mee amat lapar..lepas di tungang terbalikkan mee tu..baru teringat, alamak ! lupa amik gambar.. Maaf ya dah tak cun.
Tapi.. rasanya cun melecun.. manis udang, kuah tak pekat dan tak cair, udang 3 ekor saiz sedang,
dan best diorang letakkan cili cuka..harga RM 7.00 utk biasa punya kes..bukan kes spesell.. nyumm... sedap.. adeh.. lambat gi nak berbuka posa ni.
 Ada rezeki kami akan pergi sekali lagi ke sana..untuk mencuba Mee Udang Usop pula.
Insyaallah..
 

2 comments:

bbreena81 said...

ish ish..bulan-bulan posa nih mela...wat terleleh jer tgk mee udang tuh??mmg sedap ek??balik penang nanti blh la gi :)

mela said...

kekeke...memang terjelir laa... sabaqq...

Nufnang