Tuesday, June 3, 2014

Wang Kelian Perlis

Mai Perglih..kena la sampai ke Padang Besar dan Wang Kelian..kalau tak sampai..rugila.. Kalau nak pi Wang kelian.. mai la hari ahad. Sebab..hari ahad ada pasar yang dibuka dari sebelah Malaysia hingga ke Sempadan Thailand. Maknanya..kita boleh ke sebelah Thailand tanpa sebarang dokumen diperlukan. Tetapi ada had yang ditetapkan. Jadi..boleh borong sakan la. Sapa yang nak cuba Pulut ayam original.. carila..sebab ramai peniaga islam di sebelah sana dan kebanyakan mereka boleh bercakap bahasa melayu..almaklumlah..sempadan ja pun. Kalau nak shoping barang lain pun banyakk.. murah la aku cakap..yg penting..kena pandai tawar menawar.

Tetapi..kalau korang datang sini bukan pada hari ahad..jangan susah hati.. tetap ada jualan..cuma sebelah Malaysia jela.. Harga tetap boleh ditawar.Lepas tu..boleh pi rehat kat Gua Kelam dan sambung perjalanan ke Padang Besar & Emas Kerajang. Kat padang besar..boleh masuk ke kawasan bebas cukai.. Emas Kerajang namanya. Kalau tak nak ke sana ..boleh shoping kat Bazar Padang besar tu ja.. tu pun dah cukup buat kepala pening .. nak pilih yg mana satu. Nasihat aku.. Pi awal pagi ya.. sebab boleh menikmati suasana segar di atas tu.. dan tak panas sangat nak shoping.. baru best...

 
Inilah antara laluan untuk ke Wang Kelian. Jalannya memanjat dan agak berselekoh.. jadi hati-hatilah memandu.. Jalannya lebar dan cantik..cuma berselekoh tajam  sikit.
 
 
Ini pasar di sebelah Malaysia lagi..
Sayup ja mata memandang..
 
 Sesapa bawa anak yg dah pandai bershoping... bawa duit bebanyak key..kekekke..
Apa yg aku boleh kata..harga kereta &  Heli remote ni lebih murah di sini jika nak di bandingkan dengan tempat lain di perlis ni.Kalau saiz kereta ni..kat K/Perlis @ Kangar mencecah RM80.00.
Kat sini boleh minta kurang lagi key.. jgn lupa tu.
 
 
Haa.. yang ni..mak bapak pun tergoda tengok.. Harga best..
 
Ok.. Sekarang kita berada di Sempadan Malaysia - Thailand.
Nampak tu bendera Negeri Perlis dan Jalur Gemilang.
Pada hari ahad.. kita jalan kaki ja masuk ke sebelah sana.
Jadi.. jangala nak gatal-gatal pakai kasut tinggi kan.. kut ada yg nagis tak boleh nak jalan balik Malaysia.. kekekek...
 
 Bagi penggemar kacang..gajus..segala jenis kuih yg kadangkala kita pun tak pernah tengok.. bolehla mencuba.
 
 Kat sini.. ada di jual Selimut, Tuala, Tikar , Karpet, Tilam yg ketul-ketul tu.. Pelapik kaki yg kat kedai luar punya la mahal..Periuk belanga  .. macam-macam  ada.
Dan setelah beberapa kali lawatan aku ke sini.. boleh aku katakan.. harga di Pasar ahad ni..lebih murah dari Padang Besar.
 
 Dah Puas berjalan, poket pun semakin menipis.. kenala melangkah balik ke tempat asal. Ini pandangan dari arah Sempadan Thailand.. Nampakkan bendera Thailand tu. Sesapa yg rasa tak boleh nak jalan tu.. sebenarnya ada perkhidmatan motorsikal . Macam teksi la..cuma guna Motor.. ada driver lelaki dan perempuan.. caj pun murah saja. Diorang tolong hantarkan ke pintu sempadan ni. Kalau kat sebelah Malaysia pun ada.. diorang hantar sampai ke kereta.
Tengokla kat gambar ni..macam-macam diorang borong..memang murah...

Buat anak aku.. Berjaya angkut dua biji benda ni.. telah dikira sebagai kejayaan besar la ..
Tidur pun dengan mainan..
Jadi.. habisla perjalanan di Wang Kelian Perlis.
Aku Patut update suasana di Padang Besar pula.. tetapi masalahnya bila sampai Padang Besar.. aku lupa agenda lain selain bershoping. kekekeke.
Mai la perlis key..
 
 
 
 
 
 


4 comments:

che dai said...

Memang murah. Try tanya beg galas rm40. Tya kat Padang Besar rm80. Kat sini usah cakap le...

mela said...

tula.. mai lagi ..jgn lupa bawa banyak bekalan dalam poket key..

salmizah said...

best tu shoping...boleh masuk dlm list percutian dan bershoping ni..

mela said...

salmizah..aha..best shoping..tapi pastikan sampai time yang betul..hari ahad..dan awal pagi...kalau tak..gigit kuku la...mai ..jgn tak mai..

Nufnang