Hari Pertama di Cameron Highlands.. kami mengunjungi Lavender Farm.. Check in hotel..Makan tengah hari di hotel ( di mana anak aku oder nasi hitam )....bila dah jumpa katil.. maka kami anak beranak hanyut dibuai mimpi. Bila sedar.. dah petang..dan perut minta diisi. Jadi..petang tersebut kami meronda di pekan kecil yg amat dekat dengan hotel. Jalan kaki pun dah sampai. tak sempat nak berpeluh pun.. memang amat-amat dekat. Jadi makan malam kami pada hari tersebut adalah di Mary Brown.. ketika kami sampai di Cameron..cuaca cerah dan tak sejuk sangat. Namun..bila petang menjelma..suhu mulai menurun..bila malam menjengah.. rasa taknak pijak lantai hotel dah.. Firas dan Danish lengkap pakai stoking..memang sejuk. Di tengah malam..fuiyoo... rasa cam nak bangun off aircond.. padahal mana da aircond pun..sejuk amat.. hujan pun boleh tahan lebatnya..
Keesokan pagi... sejuk... kabus tebal.. kami segera ke café.. sarapan pagi. Aku dan suami dikira free..tapi Danish.. kena tambah RM 17.00 Firas.. percuma. Menu hari pertama agak western...dan.. Danish memang makan dengan semangat... semua benda dia angkut..nak rasa serba sedikit.
Lepas makan..hujan turun... lepak kejap ..dalam pukul 10.00 pg baru hujan berhenti..dan kami pun memulakan aktiviti di hari kedua..
Lawatan Ke Agro Technologi Park MARDI.
Nak masuk sini kena beli tiket dulu.
Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak RM 3.00
Budak kecil.. cam Firas tu.. Percuma
Buah ni macam pernah Nampak kat kg aku.. tapi kecik ja
Buah ni..besARRR.. saiz penumbuk aku..
dalam dia kosong ja..ada bebrapa jenis tumbuhan yg membuatkan aku tertarik..
sebab unik dari segi rupa parasnya , warnanya, dan baunya..
Yang ni..toksah cakapla..kalau ikut hati..aku nak beli semua..
Tomato comel.. besar dan segar..
Ini ladangnya.. memang suburr..
Ladang Strawberi di MARDI
Boleh disewa.. sangat menarik..
No comments:
Post a Comment