Selepas puas menikmati strawberi di Taman Agro Al-Mashoor, maka kami meneruskan perjalanan ke Time Tunnel yang terletak di Brinchang. Sampai ja di deretan Galleria Time Tunnel, Firas dah merengek nak mainan. Jadi..layan angin dia kejap..belikan mainan yg dirasakan berbaloi dan memenuhi cita rasanya sebelum dia menunjukkan belang dan sebelum perjalanan tu menjadi kucar -kacir. Dah beli mainan, maka kami meneruskan agenda.. Firas dah boleh berjalan seperti biasa.. sebab dah dapat mainan..
Di depan Pintu Time Tunnel tu..tetiba Firas cakap " adik tak mau masuk la.. kelam, adik takut ".
La.. tiket dah beli.. jenuh kami pujuk.bagitau kat dalam tu ada banyak mainan.. nasib dia termakan pujukan tu. Kat dalam tu memang agak gelap..tetapi.. dipenuhi dengan bahan sejarah semasa aku melalui proses pembesaran dulu. Bila tengok semua bahan tu..aku dan suami meriah bercerita..dan mangsa yg perlu mendengarnya..tentulah Danish.. hahahhahah.... Jom layan..
Beli Tiket sebelum masuk
Basikal Tua .. Lampu Gasolin
Kereta mainan ni rasanya tua dari aku..
Radio tua
Ubat nyamuk..lambang kepala singa
Suatu masa dahulu.. banyak juga duit yg aku laburkan utk tikam benda-benda ni..
Susah dah nak jumpa switch macam ni..
Kotak rokok. Edisi khas hari raya pun ada..
Mesin resit..
Kat sekolah rendah dulu.. aku pernah guna benda ni..
Susu paling Fames... sedapp..
Jom.. karan rambut.. hehehehhe..
Teringat katun Gromit.. dapur memasak
Belajar Ilmu Hisab.. 6 X 4 =24
No comments:
Post a Comment