Jadi aku tanpa segan silu..nak tunjuk gambar dan suasana kat Marina Cove untuk dijadikan rujukan buat sesapa yg rasa nak bawa anak -anak bercuti kat sana.. Yang rasa nak buat Family day pun boleh.. pihak Marina Cove siap menyediakan Pakejnya. Kat sini aku selit pendapat peribadi aku tentang Marina Cove..ada yg aku suka dan ada yg aku tak berapa nak berkenan.. Sekadar perkongsian bersama..
Ok..ini katil.. kalau aku tak tulis pun semua tahu ..ini katil.. tetapi..di bawah katil ada banyak sampah.. kekeke...
Sarung bantal bewarna agak kelabu...entahla..mungkin itu memang warna asalnya.. sebab aku bayangkan..kalau cadar putih..selimut putih,,sarungnya pun patut warna putih la kan...
emm... mungkin memang warna asal kot..
Kelebihan sampingan..ada balkoni.. pastikan jgn tinggalkan anak kecil anda bersendirian kat balkoni ya.. beringat sebelum terjadi.
Ok.. TV ada..almari pun ada.. tapi.. tiada penyangkut baju.. dan tiada bantal extra dalam almari ni..
laa... pi jejauh camni..cari bantal rupanya.. hish.. selalu kalau aku pi hotel ..mesti..WAJIB..aku akan jumpa bantal extra lam lemari..tapi ni takda.. ..nampaknya..kena tidur atas bantal angry bird yg duk lam keta tu la..hahahahaha.. kena minta kot...
Bilik ni berharga RM 142.00 untuk staff gomen.. jadi..kengkawan ingat pesanan aku yer..kalau pi memana hotel jgn lupa bertanya.." cik..ada diskaun utk staf gomen" atau..terus ja tunjuk kad kuasa anda dan cakap...saya nak less...kekekeke.. kalau ada.. dia bagi..kalau takda..bayar penuh la jawabnya..
Bilik kat sini memang luas..itu aku puji..kalau korang anak 3 pun still boleh tidur lam bilik ni..cuma kena minta extra bed atau bawa ja toto bersama. Bukan berat pun..letak lam keta ja..nak tidur baru angkut kan.. save budged..
Peti ais besar..tapi bwh peti..Nampak sampah lagi.. tuala pengelap kaki takder ya..cuma ada pelapik kaki jenis anti gelincir tu ja kat depan pintu tandas..haaa...ni satu gi aku tak berkenan..kaki basah maa.. takan nak lap kat katil kot ?
Ok..kemudahan sinki kat dalam bilik.. jarang dapat kat hotel lain..mudah sesangat nak basuh cawan ,nak rebus air.. bagus betul..tetapi..bila aku buka je pintu cabinet tu..alamak..ada bau la..entahla bau apa..mungkin bau kayu lembab kot.. lepastu..aku dah tak buka.. entah apa sebab yg aku buka cek semua ( memang tabiat aku pun kalau ke hotel ...).
Kat atas peti sejuk tu ada kemudahan standard hotel la..tetapi... dulang pelapik tu pun penuh dengan peta.. teh yg aku dapat..dah terbuka pun.. atas peti sejuk tu pun..macam dah lama tak di lap.
Ini Bilik air.. tak kecil dan tak besar sangat..ok..cuma.. agak tidak bersih..
Bila jengah je ke tandas..dah boleh Nampak..daki kat bawah sinki..dan di keliling tandas duduk tu pun ( bhg luar mangkuk )..ada daki yg melekat..macam dah lama tak di cuci.. ni yg buat aku rasa tak nak berlama-lama kat dalam toilet tu.
Ni sesaja nak tunjuk hadiah yg kami anak beranak dah menang semasa pertandingan di adakan.. horeeyy..rezeki syukur..
OK..kolam mandi.. ni mak dan bapak pun boleh berendam sekali.. gambar ni aku ambil dari tingkat dua.. kat sebelah kiri tu..café yg terbuka..dan kat sebalah kanan pula café yg lebih tertutup..jadi..semasa sarapan pagi..makan tengah hari..makan malam..boleh layan pemandangan orang berendam..
Ini taman airnya..kalau korang menginap kat Marina Cove..sebelum datang sini.. jgn lupa singgah kat kaunter pendaftaran tu..dan minta diskaun untuk masuk ke sini.. dapat la less sikit..waaupun siki..tapi kalau bilangan yg nak masuk tu ramai..kan dah selamat..... tempat ni depan hotel ja..takyah susah-susah naik keta.. jalan kaki jer..
Inilah keluarga besar kami..
Gambar ni di ambil selepas acara sukaneka.. dah hampir jam 11.30 mlm..jadi ramai yg ada anak kecil dah naik ke bilik.. kali ni 22 keluarga Berjaya dikumpul..cuma 7 keluarga yg tak dapat ikut..ada yg cuti bersalin..ada yg tak sihat..dan sbgnya. Semoga tahun depan semua boleh ikut serta..
Sebahagian dari aktiviti kami pada mlm tersebut.. Ni acara pass getah guna straw..Nampak senang..tapi bila dah buat..mencabar juga rupanya. Dah la aku ni spesis rabun malam.. bila buat lebih dari 3 kali..aku dah tak Nampak kat mana getah tu tergantung...tetapi..ish..banyak sungguh tetapi..kumpulan aku menang..horeeyy..tempat pertama..sebab aku kan ketua kumpulan.. hahaha..utk acara baling bola pingpong ke dalam bekas kueh raya yg dikembarkan..pun kumpulan aku dapat tempat pertama.. Syukur..rezeki extra..
Kanak - kanak pula ada acara kerusi muzik, tiup belon samapi pecah ,dan kutip bola pingpong.
acara yg simple ja.. sesuai utk semua yg letih memandu seharian.
Kanak - kanak pula ada acara kerusi muzik, tiup belon samapi pecah ,dan kutip bola pingpong.
acara yg simple ja.. sesuai utk semua yg letih memandu seharian.
Ni aku nak cerita tentang tempat parking.. Tempatnya agak terhad..jadi.. lepas aku chek in kat sini.. kami dah tak kemana.. sebab kalau kami keluar..lepas masuk balik ke sini compom.. parking dah penuh. Kena tinggal keta kat tepi jalan pulak..Kami sampai sini sekitar jam 2.30 ptg.. dan terus boleh chek in.. bagus..kalau ikut time yg diorang bagi..chek in pukul 3.00 ptg dan chek out jam 12.00 tgh.
Sampai sini rehat jap..maklumla..dari Perlis nak kes sini dekat 5 jam perjalanan. Almaklumla..kami bergerak secara konvoi.. lebih kurang 20 buah kenderaan.. sekali berhenti..penuh tepi jalan.. memang meriah..
Aktiviti hari pertama adalah bebas..lepas chek in..rehat kejap..dalam pukul 5.00 ptg anak aku dah mula operasi berendam kat water park tu..jam 7.30 mlm berkumpul utk acara BBQ ( paling ditunggu )dan diteruskan dengan acara sukaneka..
Alhamdulillah.. berakhir aktiviti kami..semua happy dan misi utk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga staff telah Berjaya. Next year... kena fikir tempat yg lagi best..Insyaallah..
Untuk Marina Cove..aku cuma bagi 2 1/2 bintang ja.. sebab..masalah kebersihan yg amat kurang.. dan untuk kali pertama ..aku tak rasa nak lepak lelama kat lam bilik..aku tak rasa suasana seperti di hotel.. Aku bukan cerewet..cuma aku dah bayar..jadi aku nak bayaran aku setimpal. Aku pernah lepak bilik yg lagi murah dari di sini.. tetapi..aku rasa amat selesa dengan bau yg Wangi..bilik yg kemas dan bersih.. serta agak kalis bunyi.. kat sini.. korang boleh dengar jiran sebelah, jiran atas.. berjalan , bercakap dan berlari.. erm... kurang best la..
Akhir kata.. jom menabung lagi..pasni boleh bercuti lagi..hahahaha... Insyaallah.
No comments:
Post a Comment