Tahun ni..Bendang Man Resort Sik Kedah menjadi pilihan jabatan kami.
Selepas puas memilih tarikh , akhirnya 23 - 24 Ogos menjadi pilihan..sebenarnya ituja tarikh yg kosong di resort tersebut. pada tarikh lain.. semua dah penuh. Tetapi ..kalau bukan musim buah.. memang banyakla tarikh yg sedia utk di booking. Disebabkan kami semua bersemangan nak rasa suasana bermalam di dusun buah dan menikmati buah-buahan yang ada.. maka kenala kami semua bertindak dengan pantas. Menurut maklumat yang aku perolehi.. jika kita bermalam di sana, kita berhak untuk menikmati semua buah-buahan yang ada di sana.. Jadi..kalau nak makan..pi la kutip sendiri. kalau sanggup nak tunggu durian gugur pun boleh.. makan la sampai otak berasap..
Kami bertolak dari JPPH perlis pada 23 Ogos 2013 sekitar jam 3.30 ptg dan sampai di Bendang man lebih kurang jam 5.30 ptg.. Ini bilik yg aku dapat JELETI 11 , dua katil bujang dan extra bed yg aku minta.
Suasana yang aman dan damai.. aku bagi 4 bintang untuk kebersihan
Di sini diorang bela lebah kelulut.. jadi boleh dapatkan Madu Lebah kelulut kat sini.
Bahagian pentry.. ringkas
Danish bergambar di depan pintu toilet.. sebab aku yg paksa..hehehhe...
Suasana malam yg amannn... dengar bunyi ungas hutan key..
Antara menu BBQ yg Berjaya di bakar oleh hubby aku... sotong tu best.. ada telur..nyumm...
ini pun.. sedap..manis..
Pilihan Danish ..nasi goreng , kerang bakar, dan sosej..dan daging kambing
Disediakan oleh CC . Tq C..
Alhamdulillah..budak ni ok ja.. layan ja sesi karaoke.. sambil tengok belalang besar.. besar sungguh.. belalang hutan gamaknya..
Keesokan paginya.. ahh..best..udara nyaman dan sejuk..
Tahun ni..aku still sangkut dengan hadiah-hadiah ni semua. Buat teman seangkatan lam bidang hadiah ni..Ina.. Alhamdulillah..kita dah Berjaya..
Sarapan Pagi..Nasi Lemak..
Lepas sarapan..lepak jap..tepi sungai cetek ni.. tapi ada tempat yg agak dalam..sesuai tuk kanak-kanak la..
Bersedia utk acara sukan
Sejuknya airr
Jernihnya...
Hahahaha..tahun ni rezeki buat aku.. Semua acara yg aku masuk.. semua dapat hadiah.. Acara lari dalam Guni.. kumpulan kami tempat pertama.. Acara Bowling botol..tempat kedua..dan acara Terompah Tempurung tempat ketiga.. kalau tak kerana tempurung tu rosak..sure kami dapat no 1 hahahah..bongkaknya..Danish pula dapat saguhati utk acara isi air lam botol. Firas.. dapat drawing board kecil..
Payung pula diberikan utk semua kakitangan..manakala hamper pula.. utk cabutan bertuah..semua ahli dapat.. cuma berbeza saiz ja.. dah nama pun cabutan bertuah kan...
Sebenarnya..aku duk aim benda lain..aku nak voucher Hotel..tapi bukan rezeki la.. Kami Berjaya sediakan voucher hotel Putra Palace 2 H 1 M ,Voucher Steamboat Putra Palace,Voucher Timah Tasoh 2 H 1 M , Voucher Hotel Aman Pura Sungai Petani 2 H 1 M, dan dua Voucher Shoping kat GIANT.
JPPH Perlis.. Happy Together
Kami bersama Ahli keluarga masing-masing.. Tahun depan kita jumpa lagi..
memang best la..
Ha..wajibla ada gambar kami sekeluarga kan.. Setiap kali Family day.. pasti gambar kami 4beranak akan dikoleksikan. Mana tahu.. tetiba tahun depan tambah gi sorang ahli baru..hahahhaha..
Jadi..kalau korang nak rasa suasana bermalam di dusun.. cubalah di sini.. kalau nak lagi best..bercutilah di sini semasa musim buah.. memang banyak utk di makan. Dan sungai sejuk tu sedia menanti kehadiran korang semua..
Cuti-Cuti Malaysia..
No comments:
Post a Comment