Monday, December 2, 2013

Tempat Menarik : MARDI Cameron Highlands

Hari Pertama di Cameron Highlands.. kami mengunjungi Lavender Farm.. Check in hotel..Makan tengah hari di hotel ( di mana anak aku oder nasi hitam )....bila dah jumpa katil.. maka kami anak beranak hanyut dibuai mimpi. Bila sedar.. dah petang..dan perut minta diisi. Jadi..petang tersebut kami meronda di pekan kecil yg amat dekat dengan hotel. Jalan kaki pun dah sampai. tak sempat nak berpeluh pun.. memang amat-amat dekat. Jadi makan malam kami pada hari tersebut adalah di Mary Brown.. ketika kami sampai di Cameron..cuaca cerah dan tak sejuk sangat. Namun..bila petang menjelma..suhu mulai menurun..bila malam menjengah.. rasa taknak pijak lantai hotel dah.. Firas dan Danish lengkap pakai stoking..memang sejuk. Di tengah malam..fuiyoo... rasa cam nak bangun off aircond.. padahal mana da aircond pun..sejuk amat.. hujan pun boleh tahan lebatnya..
Keesokan pagi... sejuk... kabus tebal.. kami segera ke café.. sarapan pagi. Aku dan suami dikira free..tapi Danish.. kena tambah RM 17.00 Firas.. percuma. Menu hari pertama agak western...dan.. Danish memang makan dengan semangat... semua benda dia angkut..nak rasa serba sedikit.
Lepas makan..hujan turun... lepak kejap ..dalam pukul 10.00 pg baru hujan berhenti..dan kami pun memulakan aktiviti di hari kedua..
Lawatan Ke Agro Technologi Park MARDI.
 
 Nak masuk sini kena beli tiket dulu.
Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak RM 3.00
Budak kecil.. cam Firas tu.. Percuma
 



 Buah ni macam pernah Nampak kat kg aku.. tapi kecik ja
Buah ni..besARRR.. saiz penumbuk aku..
dalam dia kosong ja..ada bebrapa jenis tumbuhan yg membuatkan aku tertarik..
sebab unik dari segi rupa parasnya , warnanya, dan baunya..
 
 Yang ni..toksah cakapla..kalau ikut hati..aku nak beli semua..
 
 Tomato comel.. besar dan segar..
 
 Ini ladangnya.. memang suburr..
 
 Ladang Strawberi di MARDI
 Boleh disewa.. sangat menarik..
 









 

Thursday, November 28, 2013

Lavender Farm Cameron Highlands

Destinasi pertama kami apabila sampai di Cameron Highland adalah Lavender Farm. Kami sampai kat atas lebih kurang jam 12.00 tgh hari..masih ada masa 2 jam lebih untuk check in ke Century Pines Resort. Memang ini adalah perancangan kami..bertolak awal dari rumah dan sampai awal kat atas, jadi kami akan ada lebih masa untuk meronda kat atas Cameron.
Bila sampai ja..mata dah terpukau..bunga ungu, merah ,purple, kuning dan pelbagai lagi benar-benar menghilangkan rasa letih perjalanan dari Perlis setelah hampir 5 Jam berkurung lam kereta .
Cuaca ketika kami sampai kat Lavender Farm memang cerah.. tiada hujan dan suhu pula biasa saja.. tak terlalu sejuk atau terlalu panas..
Sebahagian gambar yg kami sempat ambil ..










 Berehat Sebentar..

 Inilah tempat kegemaran Firas masa kat Lavender Farm nih..
asyik nak ulang ke sini ja.. sebab .. ada fish...
 Bunga nih boleh dipetik.. Sekuntum RM 2.00  kalau aku tak silap la..


 Ini pula gambar kebun bunga di bahagian belakang farm nih..
Bertingkat-tingkat..tapi tak bleh masuk.. geram ja aku tengok..
Istana cute

Tuesday, November 26, 2013

Century Pines Resort Cameron Highlands Pahang

Cuti sekolah dah bermula..maka sesi berjalan pun dah terlaksana. Pertama kali buat Firas menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Jadi..dari Perlis nak sampai ke Simpang Pulai tu.. tah berapa kali Firas bertanya.. " mana Hotel , adik tak Nampak pun ?" sebabnya dia dah bosan duk lam kereta lelama. Semasa sedang mendaki naik ke Cameron pula.. dia bertanya pada abahnya " Boleh dak kalau adik turun jalan ?" kekekekek... memang lawak la... bosan sampai tahap nak turun jalan. Setelah servey serba -sikit lam tenet ni..kami pilih untuk menginap di Century Pine Resort . Kami pilih bilik Deluxe with Garden. Jom layan gambar di Century Pines Resort
 

Ruang makan.. bahagian luar..

 Merehatkan badan yg lenguh.. bahagian belakang adalah deretan bilik

 Cantik..

Dah nama pun Century Pines..so..mestilah ada pokok Pines

 Bangunan utama..


Ruang legar dan kaunter pendaftaran...luas..

 Inilah biliknya...


 Tandas dan bilik air ada pintu berasingan..

 Laluan ke bilik kami C0 01

Lagi .. tempat makan

 Antara menu yang di oder..dan Firas sekali lagi buat lawak.. dia nak makan nasi hitam..
Waiter siap senyum bila Firas bising " adik nak nasi hitam !"
 nasib nasi goreng ni agak gelap....


 Laman rumah kami..hehehhehe..

 Akibat mendapat wifi percuma.. anak aku seawall pagi dah lepak luar.. sebab kat dalam bilik signal
tak berapa ok..

 Sedia untuk ke lokasi seterusnya


Jauhnya Firas gi memancing..

Aktiviti petang..

 Taman yg berhadapan dengan Hotel Century Pines
 Pokok Krismas besaq..

 Taman permainan yg agak becak. Mungkin disebabkan cuaca di sana..
Tanah memang basah dan banyak tempat air bertakung.

Firas nak bunga besaq ni..





 Gambar Century Pines dari taman bertentangan

 Suasana yang nyaman...

Nufnang