Monday, September 21, 2020

MAKANAN KOREA - DUBU YO

Assalamualaikum ... hai YO !! 

Buat kengkawan yang teringin nak merasa makanan Korea, apa kata jom try makan di Dubu Yo bertempat di Aman Central Alor Setar. Maklumlah..kat sebelah utara ni, tak banyak tempat yang menawarkan juadah korea sebegini. Yang pasti, dari segi pandangan mata kasar, menu yang dihidangkan memang sebijik macam aku duk tengok kat TV.  Tetapi jika di tanya sama ada rasanya sama seperti di korea.. sesungguhnya aku tak tau..  sebab semasa aku bermimpi ke Korea, aku tak sempat nak makan, lupa bawa duit ...herm.. 

Untuk menu yang disediakan di sini, kami sekeluarga menyukainya. Rasa yang boleh di terima oleh tekak orang melayu. Sedap dan tidak mengecewakan.. jadi jom...layan gambar makanan yang kami dah oder..
Sebelum terlupa.. aku maklumkan, di sini ada pengesahan HALAL. Jadi, jgn ada sebarang syak ya kengkawan. Rezeki jangan di tolak...

Ini Mayoyo Set. 3 jenis Kimchi , sup , Nasi.dan kepak ayam yang bersalut sos putih tu. Aku tak pastilah sama ada sos putih tu adalah mayonis atau bukan. Rasanya ok.. makan ngn nasi.. kalau ratah saja.. macam muak sikit. Tapi anak aku makan, dia cakap ok jerr.. hemm..mungkin citarasa aku dah macam orang tua kutt. Kerr, aku yang salah cara makan... ?
Aku zomm ...lagi dekat
Bimbimbap Beef set. Ini aku punya oder.. Geram asyik tengok geng Running Man makan benda ni. Di datangkan dengan set kimchi, sup dan sambal khas utk bimbimbap. Tengok susun atur ni pun buatkan aku dah sayang nak gaulkan semua sekali.

Aku zoom bagi dekat.. kata bawah sayuran tu semua, ada nasi . Jadi semangkuk ni, memang dah boleh tersandar.. rasa bimbimbap sebenarnya bergantung pada rasa sos. Kalau sos tu sedap..maka, semakin berserilah wajah-wajah ketika menelannya...


Menu ni namanya Mustard Wings. Anak bongsu aku punya oder. Macam tadi, set ni turut bersekali dengan nasi, sup dan kimchi. Jadi setiap set ..memang amat mengenyangkan. Rasa kepak ayam tu...pergh...manis sangat. Bagi sesapa yang suka makan kepak ayam manis, boleh cuba . Aku try makan ngn nasi tetapi, rasa manis tu masih kuat. Jadi stabilkan dengan kimchi yg agak-agak masam tu.. Ha... baru rasa stabil sikit. Rasanya sedap, tapi manis.. Memang menu asal rasa manis ker ? tolong jawab sat, sesapa yg pernah makan menu asal di Korea.

Chi Jeu Dak Toppokki, dah macam nama artis korea pulak. Suami aku oder menu ni sebab  takda Nasi. Nak diet katanya, eh..iyer ker ? Bahan yang ada kat dalamnya adalah Toppokki, isi ayam yg digoreng dengan tepung, sosej , cheesee dan.. tak ingat apa lagi. Tapi makan panas-panas.. memang leleh cheese tuu....aummm... sedap !!! dicampur pula dengan rasa pedas dan manis...

                                                        

Nah... aku bagi harga sekali . Jadi, aku rasa harga tak jauh beza pun dari makan KFC & McD. Sekali                                                                     sekala, boleh ja nak mencuba. 

Di sini, pilihan minuman tak banyak.. Aku tak berapa gemarkan air bergas, kalau aku minum air bergas, aku rasa tekak aku bagaikan dicucuk-cucuk jarum halus.. dan tak sampai seminit, aku akan mula berlahak... erkkhhh... maka kami pun oderlah air peach dan barli. Aku tak ingat sama ada Barli atau Peach yang sedap. Salah satunya rasa macam air kosong sikit.. heeee... 

Maka, sekianlah ulasan dari pengulas ikut tekak rasa sendiri. Kalau hampa pi sini.. pi lah cuba makan. Masa aku pi, memang ramai pelanggan.. tapi masih ada penjarakan sosial. Sudu dan garfu, dan air, kena ambil sendiri. Di resit ada no giliran untuk air siap. No kami 126, jadi nampak board LED bertukar ke angka bertuah korang, bangunlah ambil sediri di kaunter air, bukan di kaunter oder hadapan.

Sekian, Jangan Lupa Pakai Mask. Kena cekup naya woi.. duit saman boleh guna pi tidoq hotel.. hehehe...

 

No comments:

Nufnang