Thursday, October 8, 2020

KISAH SERAM : Ohh.. rupanya bukan aku saja yg MENYEWA kat sini.... PART 1

Nak dengar kisah seram yg aku alami ? tak yah dengar la..korang baca sudahla..penat aku nak bercerita berulang - kali ( alamak..terperasan pulak..ada ker yg nak dengar ??? ).

Kisahnya takla menarik sesangat..tetapi selepas hampir 17 tahun berlalu.. .kisah ni masih segar dalam otak aku. Kalau tanya suami aku ..pasti dia masih ingat apa yg telah kami lalui.

Sebelum berkahwin lagi..kami dah merancang..bila dah kawen, kami akan menyewa rumah asing. Nak cuba hidup sendiri.. Jodoh kami awal..Allah permudahkan segalanya ,habis belajar , dapat kerja , terus kawen,  jadi ketika kejadian ni umur kami baru 22 tahun. Ketika ni tahun 2004.

2 bulan selepas kawen, kami telah menyewa sebuah rumah yang terletak di Bandar Kangar. Kawasan perumahan yang biasa sahaja, tetapi dekat dengan pejabat aku dan suami. Rumah tersebut cantik, bersih dan tiada sebarang kerosakan. Tuan rumah telah mengecat bahagian dalaman rumah dengan warna hijau yang berbeza ton. Sangat cantik dan mendamaikan. Aku jatuh hati pada warnanya. .Rumah ni dua tingkat dengan 3 bilik tidur. Tetapi tandasnya hanya ada di tingkat bawah 
( ini yg tak best ni ). Sewa yang dikenakan untuk rumah ni lebih murah dari sekitarnnya, dan tuan rumah amat baik.

Setelah berpindah dengan alatan yg cukup asas, tiada set sofa, tiada home teater ( hanya tv bujang ), mesin basuh manual yg bersaiz comel, peti sejuk pun yg setinggi aku jer.. dan alatan dapur kebanyakan hadiah kawen. Maka terbinalah syurga kami di rumah tersebut. 

Alhamdulillah...rezeki Allah, aku disahkan hamil tidak lama kemudian, maka bermulalah episod aku yg sentiasa rasa lemah dan tak berdaya. Aku katakan pada suami. dia cakap " alaa.. biasala pompuan ngndung..memang macam tu kan ?". Ok ..aku terima ..tetapi.. sebelum tahu aku mengandung.. aku dah banyak kali berbau hanyir . Hanyir darah.. aku cakap pada suami..dia cakap takda bau apa pun.... jadi..dia belikan aku berbotol-botol wangian rumah utk aku spray .. .. dan bila disahkan hamil , suami aku cakap..patutla ..ngandung rupanya..tu sebab hidung aku berbau macam-macam... ( ok..aku terima lagi ayat tu dengan setuju 101 % ).

Apabila malam menjelma, sekitar jam1.00 pagi ke atas, suasana taman tu akan sunyi sepi. Sesekali diselangi oleh bunyi salakan anjing. Jadi kalau aku terjaga di tengah malam, aku boleh dengar bunyi sudu atau garfu jatuh di lantai atau di singki. Atau sesekali bunyi gelas berlanggar sesama sendiri, macam ada orang di dapur. Suami aku pun akan dengar kalau terjaga di tengah malam. Tapi katanya.. tu mungkin bunyi dari rumah jiran.. Oooo ..bunyi dari rumah jiran... aku iayakan juga. Percaya ja apa kata laki aku. Isteri Solehah betui... kekekeke...

Nak di jadikan cerita..
Suatu malam.. aku sedang tidur, suami kejutkan dan minta tukar tempat tidur, katanya dia tak boleh lena. Ala..aku pun tak banyak cakap...tukar saja. Selepas tukar tempat tidur...aku terus terlena..memang letih dan mengantuk sangat,rasanya. Baru beberapa minit aku terlelap.. aku terjaga seolah-olah ada yang mengejutkan aku dari tidur. Korang tahu apa yg aku nampak apabila buka mata ??????
Jeng-jeng-jeng... !!! sesuatu yg langsung tak menakutkan aku.. seorang kanak-kanak perempuan dalam usia 6-8 tahun berdiri di hujung kaki aku. Sungguh comel .
Rambut budak perempuan yang aku nampak lebih kurang macam ni ler (ni gambar en google yg punya...)  Aku hanya nampak bahagian atas badan sahaja..sebab aku tidur di atas katil.
Memang aku tak terkejut ketakutan, cuma aku seolah-olah terpukau kejap, budak pompuan tu pula hanya pendang je ke arah aku. Senyum tidak, marah pun tidak, wajah tanpa emosi... Sesaat, baru fikiran waras aku kembali.. anak sapa ni tengah-tengah malam masuk bilik aku ? Aku kejutkan suami, dan aku rasa ketika aku menoleh untuk kejutkan suami, budak pompuan tu dah hilang. 
Ala... tak sempat nak tunjuk .. dan suami aku cakap..aku bermimpi.. 
Tak..aku tak mimpi...!!!!

Selepas habis bercerita kepada suami, baru perasaan seram muncul dalam hati . Aku yakin, aku tak bermimpi. Untuk sedapkan hati aku yg dah mula berfikir entah kemana, aku cuba bersetuju dengan pendapat laki aku. Tetapi..lepas tu..aku dah tak boleh tidur, sampaila aku dengan azan subuh.. Keesokan harinya , aku diserang sakit kepala.. mungkin sebab tak cukup tidur.
Kisah malam tu aku cuba lupakan, sedapkan hati ianya hanya mimpi. Walaupun sebenarnya otak aku sedang berperang mengatakan itu bukan mimpi. Jelas dan nyata kelibat kanak-kanak tersebut.
Korang tak rasa ngeri ngn cita aku ni kan..  takpa, nanti aku sambung part ke-2 pula.
Tata...👧




No comments:

Nufnang