Friday, September 9, 2011

Happy Birthday Danish



Happy Besday Danish.. Dah terlepas jauh entry nih..Besday Danish sebenarnya pada 09/09/2011 yang ke 7. Tetapi disebabkan sibuk dan masalah talian internet yg terputus apabila perlis diserang banjir..Kabel bawah tanah bocor dan tenggelam dalam air..maka semuanya tertangguh. Kerja-kerja ofis pun memang banyak yg tak boleh nak buat. Almaklumla..sekarangkan dunia IT..jadik semua nya diterima dan dihantar melalui talian. Lebih cepat dan mudah..Tetapi..dalam baiknya ada juga yg buruk.
Ok..kembali semuala ke tajuk asal..birthday Danish kalini aku buat sendiri keknya. Kek Cokelat kukus..Aku rasa aku lebih sukakan kek cokelat kukus dari yang dibakar.Sebab yang kukus lebih-lebih lembab.Terasa nyaman ja lam mulut.. Untuk anak ibu..Jadilah anak yang terbaik buat ibu dan abah. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk Danish dan kita sekeluarga. Ibu dan abah sayangkan Danish dengan seikhlas hati..tanpa sebarang syarat dan balasan..kami akan tetap sayang Danish sehingga ke hujung nyawa yg Allah pinjamkan ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...