Thursday, September 22, 2011

Anak Aku di buli..



Isnin lepas..Danish menangis kat sekolah..amat mengejutkan..tangisan di hujung-hujung tahun nih. Apahal pulak..kalau awal tahun semasa baru masuk sekolah..aku faham la sebabnya..ini dah nak masuk bulan 10 pun..nak nagis lagi ker? Cikgu call dan cakap Danish tak sihat..sakit kepala..jadik..cikgu minta kami gi ambil dan bawa dia balik. Ohh..tak sihat rupanya..okla... Kemudian..hari selasa..sekali lagi HP aku berbunyi..masalah yang sama..Danish sakit kepala. Aku dan suami dah tak sedap hati..ini mesti ada sebab lain. Kalau Danish sakit kepala..sure masa kat umah dia akan tidur atau tak aktif sangat..ni kat umah boleh lari-lari lagi. Jadi..selepas ambil dia dari sekolah, terus abahnya menjalankan soal siasat. Setalah disoal dan dipujuk-pujuk..akhirnya keluarlah cerita yang sebenar. Kawan Danish selalu minta duit dan nak tiru kerja sekola..kalau tak bagi ..Danish akan dipulaukan. Jadi..Danish dah rasa tertekan..dah rasa tak seronok berada kat dalam kelas bila ketua 'nakal' ni dah mula hasut kawan-kawan lain agar jgn kawan dengan Danish.
Jadi..pada hari rabu..semasa menghantar Danish ke sekolah..hal ni diberitahu kepada guru kelas..Masuk je ke kelas, cikgu terus bertanya kat depan.." Siapa yang selalu minta duit dari kawan-kawan nih ! ?" automatik semua kawan-kawan danish menunjuk ke arah ketua 'nakal ' tu..Hemmm...rupanya bukan Danish sorang ja yang kena..ramai yang kena..tetapi budak-budak tu tak berani nak mengadu. Jadik..budak tadi dah tak tentu arah..fuh..baru berumur 7 tahun..tapi dah pandai minta dan ugut kawan-kawan...Alhamdulillah..kemarin..hari rabu, Danish dah ok..budak nakal dah tak berani nak meminta-minta dan buat ugutan lagi.
Bila aku kenangkan kembali..macam tak percaya pula..baru 7 tahun..masih berhingus..dia dah ada idea untuk buat semua ni.Aku harap budak kecik ni akan berubah..menjadi lebih baik.Mungkin dia lakukan benda nih tanpa mengetahui ianya adalah satu kesalahan. Aku harap benda ni tak berulang..sebab semua nih benar-benar menggangu ketenangan Danish nak belajar. Ok Danish..semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini.Ibu dan abah sentiasa doakan Danish.

4 comments:

Zaihan said...

cian danish kena buli...dak2 zaman skrg berani lain mcm...

cheedah said...

aku baru ja dok tgk kosmo, kes berita budak yang kena bunuh di kl, yang suspeknya baru umur berapa, adoi dh berani amik tindakan mcm tu sekali, gerun laa budak2 zaman skrg nie

mela said...

zaihan : memang...budak-budak sekarang amat -amat berani.Kita dulu langsung tak terpikir nak buat benda-benda macam tu..

mela said...

cheedah..sekarang baru tahun 2011..nanti bila sampai 2020..tah kes macam mana pula.sampai kita pun naik takut nak kuar umah.

Nufnang