Betul la kata orang, mengandung di kala umur dah meningkat ni memang agak memenatkan.Dulu masa kali pertama aku mengandung, aku still muda nyet-nyet.Baru 23 tahun ( perasan la muda ).Sekarang aku dah 29 tahun, jadik memang terasa kelainannya.
Selalu diterjah rasa mengantuk dan mamai.Terutama apabila jarum jam telah berganjak ke pukul 4 petang.Apabila aku sampai kat umah..sekitar 5.45 ptg,aku rasa seolah-olah semua tenaga aku telah diperah keluar.Yang aku nampak cuma nak tidur.hilangkan lelah kejap.
Tetapi kali ni alhamdulillah..aku takda morning sikness.Masa ngndungkan Danish dulu..pepagi mesti buat hal.Kali ni takda rasa camtu,tetapi aku tetap alah pada segala jenis bau,(bau makanan ok plak ..heheeheheh..)
Harini 30/04/2010..kalau ikut kiraan aku dah 13 minggu usia kandungan ni, tetapi..aku tak sure juga..sebab period aku selalu missing in action.maknannya..aku kena la tunggu keputusan selepas Scan kali kedua nanti.mungkin seminggu dua lagi..dok akan Scan semula.
Semasa aku anak dara, aku selalu risau memikirkan bahawa aku ni mungkin tak boleh mengandung..sebabnya..period aku yg masalah..alhamdulillah..Allah murahkan rezeki buat kami.Kali kedua ni..selepas 6 bulan kami mencuba..aku still tak ngndung..jadik aku pun gi buat chekup..memang mengejutkan..rupanya aku alami masalah rahim kebelakang.Sekali lagi aku frust..aku ingat..sah kali ni aku tak dapat tambah anak.Tetapi keluarga dan sahabat terus memberi dorongan.Kata mereka aku boleh cuba mengurut dan sbgnya.Doc pun ada kata pada aku..dia banyak jumpa kes cam aku , dan akhirnya mereka berjaya mengandung juga.
Maka dgn diiringi doa dan semangat dari semua..aku memulakan langkah. Aku mula mengambil produk yg bersepah kat luar sana.Aku amik yg fames sekali tu..lepas 3 bulan..aku still tak ngndung.Aku dah mula rasa frust.Kemudian timbul di hati..aku rasa aku kena turunkan berat badan dulu..jadi..aku pun beli produk khas untuk menurunkan berat badan.Kebetulan aku ada terbaca testimonial dari seorang pengguna yang telah tiada period hampir setahun.Selepas sebulan dia mengambil produk tersebut, dia disahkan mengandung.
Tujuan Utama aku mengambil produk tersebut adalah untuk menurunkan berat badan..Dalam pada masa yg sama, aku semakin berhati-hati menunggu hari subur..dan selepas 2 minggu period aku still tak datang.Aku mula berdebar..selepas lewat 2 hari..aku dah tak sabar nak buat test.
Seminit pertama..dua minit pertama..hanya 1 garisan sahaja..aku dah mula frust..tetiba..aku nampak jalur satu lagi muncul...jeng..jeng..ish...macam tak caya pula aku time tu.Hari tu adalah Birthday suami aku..hadiah hari jadi terbesar untuk dia.
Alhamdulillah..doa kami akhirnya menjadi kenyataan.Semoga kandungang aku akan selamat dan dipermudahkan kelahirannya.Semoga dia menjadi adik yg terbaik buat abangnya Danish yang telah lama menanti kehadiranya.Semoga dia menjadi anak yg soleh dan solehah, anak yg membahgiakan keluarga dan berjuang menegakkan agamanya.
Untuk kengkawan yang mempunyai masalah seperti aku..teruskan usaha dan berdoa.Aku pernah terbaca..Berdoalah untuk sahabat-sahabat kita dan saudara kita dengan seikhlas hati tanpa pengetahuan mereka, Insyaallah..Allah akan mengurniakan kepada kita seperti mana yg sahabat kita perolehi.Aku juga mengamalkannya. Insyaallah..Yakinlah pada kuasa Allah, sesungguhnya dia lebih mengetahu akan segalanya.Marilah kita sama-sama berdoa.
4 comments:
tahniah tahniah...
terima kasih..moga lepas ni rezeki ang pula.
yeay! danish nak dapat adik... tahniah akka h hafiz... jaga diri elok2 tau, akka...
tima kasih ibu ayra.insyaallah...semoga semua ok.Mana tau dapat puteri pulak..leh la melaram sakan sikit.heheheh...
Post a Comment