Monday, January 14, 2019

PULAU BUNTING YAN KEDAH

Pulau Bunting Yan Kedah.. sudah terlambat untuk kami menaiki jambatan ni. Jambatan ni orang kata MISTERIII... sebab tak tahu apa tujuan sebenar pembinaannya. Dibina sekitar tahun 2004 , aku pun tahu dari blog orang lain. Jadi jangan tanya aku tujuan sebenar-benarnya jambatan ni di bina.. sebab di Pulau Bunting tu..bukannya ada manusia pun yang tinggal di situ. Hanya ada kubur lama, jangan tanya kubur siapa.. aku tak tahu..hahaha... korang baca jer, sebarang persoalan yang naik di otak. sila layan sendiri key.. dan silalah google sendiri. Kalau tanya uncle google, korang akan jumpa banyak lagi gambar pulau dan jambatan ni. Aku letak 2 keping saja, sebab aku tak boleh nak ke seberang.  Jambatan  Di TUTUP.. pada penghujung tahun 2018 haritu..
Alaa.. frust la.. sebab orang cakap pemandangan di Pulau Bunting cantik. Air pun dah membiru.. kalau kat tepi nih, aku boleh tengok air kelabu pekat jela..  sama macam kat kampung aku..
Sebelum korang sampai ke sini, kalau dari arah Sungai Petani, korang akan jumpa pintu masuk atau tapak  untuk mendaki Gunung Jerai . Jadi kalau korang dah sampai ke Gunung Jerai, maknanya dah tak jauh dengan Pulau Bunting. Jalan raya nya juga..sangat la luas .. tak macam jalan kampung pun. Tak caya, try ronda...padahal jalan lenggang gila.. untung la orang kampung di sini. 


Dari pembacaan yang aku dapat, panjang Jambatan ni adalah 2.3 KM . Panjang Pulau Bunting adalah 2KM dan lebar cuma 500 meter. Masa kami sampai sini setelah check out dari SWISS INN Sg Petani lebih kurang jam 2.00 ptg, ada 3 buah gerai jualan makanan dan minuman ringan dan beberapa buah kenderaan pelancong macam kami la.. haa.. aku pelancong kan ? kan ? kannnn ?


Langit membiru, laut membiru .. ( tengok air yang jauh ) biru mata hitam ku..sebab frust tak leh naik jambatan. Basikal siapa di sini ? itu pun MISTERI.. banyak betul anasir misteri kat sini. Yang kurang misteri adalah pakcik yang berniaga air kelapa kat sini, sebab dia orang Perlis. Jadi kadar misteri dah berkurangan. Makcik jual keropok lekor.. aku tak kenal asal mana..tapi keropok lekor dia sedap.. isi ikan lebih banyak dari tepung.. kalau tepung banyak, aku rasa macam gigit kulit kayu. Sakit gusi akak oii. Jadi untuk makcik keropok lekor, saya bagi 3 bintang di tengah hari buta yang hangat lit -lit. Atas dasar jiwa pelancong, maka aku tahankan saja tahap panas tu.. walaupun berebut bayang payung dengan anak -anak.. hahahaha.. 
Kalau sebelah petang, pakcik jual air kelapa tu cakap, ramai yang memancing di atas jambatan. dan ada juga yang berjalan kaki menuju ke pulau.. angin petang best la.. Jadi aku ngn laki aku bayangkan, kalau kami boleh buat business sewa basikal kat atas jambatan ni ? mesti laku kan ? idak pun..beca yang kayuh sendiri.. kompom laku.. 
Walaupun panas, tetapi angin laut tetap best. Kami tak lepak lama pun.. sebab kami nak menjejak sejarah lama di Kota Kuala Kedah pulakkk..
Jom la kita ..




Monday, January 7, 2019

SWISS INN SUNGAI PETANI KEDAH

15 Disember 2018 kami sekeluarga melepaskan kerinduan pada Mee Udang Pulau Sayak. Jadi lepas makan kami nak pekena ais krim Gunung Jerai di Pantai Merdeka pula, bila sampai Pantai Merdeka.. mak aii..ramainyer manusia. Parking penuh.. lepas 2 kali pusing ..dapat la juga kami nak park kereta.  Masa kami sampai, dah nampak cuaca mendung..tapi belum hujan.. aku pula atas dasar sediakan payung sebelum hujan, dengan rela hati mengheret payung tu macam bawa hand bag gitu..
Bermula la edisi nak makan ais krim... tapi sebelum tu..nak la jenjalan kejap.. bagi mee dan udang kat dalam perut tu turun kat tempat lain kan... baru 3@4 gerai kami lawati, hujan turun selebat-lebatnya. Maka berakhirlah impian si gunung Jerai... Nak lepak kat dalam gerai pun dah tak boleh.. penuh manusia yang mencari perlindungan. Maka dengan rela hati kami pun beralah, membawa hati yang calar di dalam tangisan hujan petang yang di bawa awan komulonimbus ... kekeke...  sebelum karangan ni jadi lagi ke laut, baik aku ke topik utama.. 

Kami Check In di Swiss Inn Sungai Petani pula kali ni. Harga aku dapat kali ni cuma RM80.00 untuk bilik standard . Wow... murah kan... sebabnya aku gunakan point dari Agoda. Aku tebus semua mata yang dah aku kumpul bagi tahun 2018. 


Masa check-in di sini pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari. Kawasan parking ada...tetapi tetapi tetapi.. kalau balik lambat selepas meronda tak sedar diri .. menapaklah korang untuk masuk melalui pintu hadapan hotel..bahagian receptionis ni haa...sebab kena parking nun di belakang hotel. Kalau korang balik awal takda masalah.. parking di court badminton / tenis ( entahla yg mana satu) pastu boleh masuk ke hotel melalui laluan tepi hotel. Ada lift di situ.

Bilik Standard untuk katil single. Aku minta katil queen , tapi dah habis. Biliknya luas.. dan bersih. Cuma perabot agak lama sikit. Tiada bau aneh dan bunyi bunyi aneh....
3 beranak di hujung tingkap dah teruja pada sesuatu... 

Air mineral 2 botol, nescafe 2 ,gula 2 , krimer 2 ..ok tak cukup... takpa.. aku dah bawa bekal dari rumah... jeng jeng jeng... Min Kaffe ..
Simple Toiletris .. ko bayar murah..nak lebih lebih pulak kan... 

Nampak berumur sikit kan almari ni.. tapi masih elok.. takda cacat cela pun..

Tandas bersih, tiada haruman aneh..

Bilik ni takde bathtub.

Haaa... inilah yang di tenung oleh 3 beranak tadi.. Kolam mandi memang luas.. di sebelah atas gambar tu untuk kekanak kecik. Kolam besar ni pun kedalamannya berbeza. Masa kami sampai petang tu.. ramai yang sedang mandi. Sebab di sini orang luar boleh mandi ..cuma perlu bayar jer. Berapa harga aku tak pasti untuk sekali masuk. Kat sini juga ada kelas untuk latihan renang. Maka meriah la... 
Gambar ni pula aku ambil pada pagi ke dua. Selepas ja sarapan.. terus berendam. Kasi tanggal daki-daki mana yang patut.

Masih lagi suasan di tepi kolam. Pada sebelah petang, ada gerai menjual makanan dan minuman ringan. Boleh la..sambil teman anak -anak berendam, korang pula top pup bahagian perut yang dah rasa longgar tu.. Bola dan pelampung pun ada di jual. Pendek kata , pihak hotel takan biarkan korang balik dengan poket yang masih tebal seperti mana korang keluar dari rumah .. hahaha.. 

Pesta di hadapan Aman Jaya Sungai Petani. Hari pertama  selepas anak anak aku mandi kolam, kami melepak kat sini pula. Pusing kat dalam Aman sekejap dan mula la membuat tabungan di sini. Harga tiket nak naik benda ni semua sudah mahalll laa.. Tapi layan jela .. bukan setiap tahun aku bagi diorang naik benda ni semua..

Anak sulung aku nak sangat main ni. Aku tengok pun tak berminat . Hadiah dah berdebu.. entah hidup lagi ker tak mainan tu semua. Aku ingat lagi, zaman aku kekanak dulu, pesta ni memang di tunggu-tunggu. Hadiah masa zaman tu lagi menarik, kalau menang boleh dapat sampai satu dozen air botol , air kotak atau air tin. Kalau kalah, ko masih boleh dapat sekotak air kotak.  Selalunya kalau ayah bawa aku dan adik adik ke pesta, kami pasti akan bawa balik macam -macam jenis air minuman dan makanan ringan.Itu akan menjadi kebanggaan buat berminggu-minggu untuk di ceritakan pada kengkawan di sekolah.. hahahaha..  Sekarang hanya ada patung beruang, key chin , dan mainan kawalan jauh. Belum tentu balik boleh main semua tu.
Jadi disebabkan kami banyak menghabiskan masa di pesta, kami sampai di hotel untuk berehat dah hampir jam 11 malam. Maka kami pun masuk parking di tempat asal semasa check in tadi.. nun jauh di court badminton/tenis tuh. Sambil Usung air mineral dan makanan ringan, melangkah gagah menuju ke pintu di bahagian laluan tepi hotel . Sekali kunci daaa... adoila... jauhnya  nak menapak ke pintu hadapan di bahagian receptionis. Dah la tadi berkawad di tempat pesta , ni kena buat lawatan tapak hotel pula.. dari belakang tawaf ke hadapan.. nasib ko la nak... 
Keesokannya kami check out pada jam 12.00 tengah hari dan meneruskan sesi lawatan ke Pulau Bunting Yan kedah. Ok..berjumpa di hujung jambatan Pulau Bunting pula nanti... sekian lah yer...

Thursday, December 27, 2018

MEE UDANG USOP PULAU SAYAK KEDAH

15 Disember 2018 , sekali lagi kami ke Pulau Sayak . Memenuhi kehendak tekak, nak makan Mee Udang Pulau Sayak. Misi teristimewa aku adalah Mee Sotong. Kalau kali pertama aku ke sini iaitu pada 2014 kami menikmati makanan di Kedai Mee Yaakob, yang terletak bersebelahan kedai ni sahaja. Masatu  keadaan pantai agak bersepah, tetapi suasana tetap cantik. Pada kali ini, pantai lebih bersih. Tiada lagi sampah sarap kat atas pasir tu, jadi.. pemandangan bertambah indah.

Pilihan pada tahun 2018 adalah Mee Udang Usup pula Jadi.. apa komen aku tentang ,mee Usop ni ?

Saiz hidangan, pada aku memang memang banyak. Aku tak larat nak habiskan semangkuk mee tu.  Kuah  ok..ada perisa tetapi agak cair untuk aku. Mee Yaakob yg aku makan pada tahun 2014 lebih pekat. Sotong pula , alhamdulillah, masih segar dan manis. Aku alergik kalau makan sotong lama.. Jadi kalau sotong baru.. tahap alergik tu tak terasa sangat.
Suami aku pula oder Mee Udang. Katanya udang agak kurang manis, walaupun saiznya memang besar. Kami tak pasti sama ada ini adalah udang laut atau udang yang di bela. Danish pula oder Mee Goreng Ketam. Ha..ambik sekor ketam. Firas pula Nasi goreng Sotong. 
Kami sekeluarga bersependapat, makanan bergoreng lebih sedap dari yang berkuah . Korang mesti tertanya berapa harga sepinggan makanan ni ?. Aku bagi jawapan keseluruhan sahaja.. Mee Udang , Mee Sotong, Nasi Goreng Sotong, Mee Goreng Ketam dan empat gelas air Sirap Bandung, Milo Ais, Teh Ais dan Nescafe Ais berjumlah RM80.00 ++ .
Mahal ka Murah ? 
Untuk soalan adakah aku akan kembali semula ke kedai ni ? buat masa terdekat.. mungkin tak kot. Suasana ok .. kebersihan memang memikat, layanan pun tip top.. tempoh masa menunggu pun ok.. tak terlalu lama.. senarai menu pun banyak jenis, cuma kuah mee udang tu tak berapa nak memikat hati aku. Tetapi bagi sesiapa yang sukakan kuah cair.. boleh mai try makan di sini. Selera kita tak sama.. jadi tak salah mencuba. Tak cuba tak tahu kan.. 


Friday, November 23, 2018

ROCK & GRILL AMAN CENTRAL ALOR SETAR

Pagi ni aku ada semangat yang berkobar -kobar nak menulis. Jadi, aku nak tulis tentang Rock & Grill.  Dah 2 kali aku pi makan kat sini. Anak - anak aku suka sebab masak atas batu. Kat rumah kalau diorang main cenggini.. sure ada yang akan buat ceramah keselamatan kan..

Rock & Grill ni kat dalam Aman central .  Alamak..aku lupa tingkat berapa..tetapi kat sebelah Mee Tarik Warisan. Kelainan kat sini, korang kena masak atas batu.. Tetapi bukan untuk semua jenis menu la.. Kalau korang oder spagethi dengan lamb chop.. camna nak masak atas batu tu kan.. kekeke..  
 Kali kedua kami ke sini atas permintaan besday Boy ni. Katanya..10.11.2018 dia dah cukup umur 8 tahun.. dan dia dapat no 2 di dalam kelas, no 2 untuk kelas KAFA, Jadi, abah kena belanja dia makan kat sini. Tu kek asikrim, 4 jenis sekali dia sapu.

Kali ni aku oder nasi goreng Oppa. Ada Cheese , nasi goreng ,isi ayam goreng, ngn jagung .. gaul kan semua sekali.. memang meleleh dengan cheese.. aku sukaaa..kalau lambat makan cheese tu boleh hangittt. sebabnya ia dihidangkan atas batu panasss...

 Tetapi yang aku tak berapa berkenan, bila masak atas batu, minyak tu akan terpercik pada baju korang. Aku cadangkan Rock & Gril patut sediakan apron. Batu tu semua amat panas, sebab tu ayam, daging atau kambing memang kompom masak. 
Kelebihan bila masak sendiri camni.. ko boleh makan panas panas dan tahap masak setiap daging tu korang tentukan sendiri. Nak makan daging mentah ker..separuh masak ker... atau keras hangit macam kayu ker.. semua boleh.. banyak pula  Kerrr... aku .

 Bagi pendapat aku la.. perapan ayam tu ok.. best juga.. tetapi sos lada hitam tu macam agak kurang rasa la.
 Salad ngn sup ni sedap. 

Untuk menu ni, plate tu tak panas sangat, sebab makanan ni dah di masak sebelum di hidangkan . Tetapi masih boleh membuatkan telur tu masak. Menu ni aku oder masa pertama kali pi. Sedap. Daging kambing tu lembut. 
Dalam pinggan tu adalah size hidangan untuk kanak-kanak. Jadi takla membazir kalau tak habis.

Kalau di tanya tentang harga... ermm.. okla.. tak terlalu mahal. Rasa pula.. aku bagi 3 bintang dari 5 bintang. Kalau sos pencicah tu di edit sedikit, di tambah perisa, mungkin lebih menarik. Tapi ini pendapat tekak aku .. orang lain mungkin ok saja. 
Jika di tanya pada aku , adakah aku akan kembali ke sini ? Jawapan aku YA. Aku akan pergi lagi. Aku nak oder set atas ni.. spagethi ngn kambing ngn telur mata.. nama sebenar menu ni ? ahaks.. maaf akak lupa. hahaha.. 
Sejak makin tua ni, banyak snagat yang semakin aku lupa..dan ada kalanya juga aku sengaja tidak cuba mengingat. Sebab hidup aku simple, ingat apa yang perlu saja. Ambil tahu, tetapi bukan untuk diingat selamanya. 

Wednesday, November 21, 2018

DESAKU MBI KULIM KEDAH


Assalamualaikum......

12 November 2018, akhirnya aku kembali untuk berada di sini.. blog yang aku tinggalkan sepi.. semua ni gara gara KIK (  Kumpulan Inovasi dan Kreatif  ) pergh..lap peluh di dai sat.. letih.. akak letih. Bemula dari kursus KIK sampaila ke hari konvensyen KIK di Bangi.. hari hari aku stress.. Kerja wajib di pejabat..kena buat..pastu bab projek KIK pun harus di teruskan. Dari bulan Ogos sehingga ke hari perbentangan pada 30 Oktober, tiada yang tenang di dalam jadual harian aku. Apabila habisnya sesi VIVA di atas pentas..juri dah ucap terima kasih, aku dapat rasakan..warna warna kehidupan yang indah telah kembali di dalam hidup ku.. hahahaha... Alhamdulillah.. walaupun hanya saguhati.. itulah hasil usaha kami.. pertama kali menyerttai pertandingan KIK. Ilmu yang diperolehi.. akan di gunakan di masa hadapan Insyaallah...

Jadi.. jom kita kembali mewarnai  kehidupan yang masih di izinkan oleh Allah ini dengan penuh rasa kesyukuran..

19 Ogos 2018, kami anak beranak menuju ke Kulim.. sebab hantar mak mertua aku ke rumah kakak ipar. Diorang planing nak sambut hari raya korban di atas Cameron Highland. Selepas tinggalkan mertua, kami menuju ke Desaku MBI. Bila saja aku nampak pintu gerbang nak masuk ke sini... waaa...kagumnya dalam hati. Sebab aku rasa aku dah pergi ke suatu bandar yang lain.Kawasan yang sangat luas, ada perumahan mewah dan sederhana, homestay yang comel comel, taman yang  cantik. Hiasan taman adalah mengikut tema, juga turut diselitkan dengan hiasan watak filem dan animasi. Aku datang sebelah siang, kalau sebelah malam.. dapat tengok cahaya lampu..cantikkkk... hiasan bangunan di dalam kawasan ni pun sangatla menarik. Jom layan gambar.. petang-petang cam gini...otak aku malas nak proses ayat panjang-panjang.


Kengkawan.. gambar ni pun aku tak edit.. layankan jela yer.. jiwa akak baru kembali tenang.. jadi tak nak serabutkan dengan yang baru... hahaha.. dasar baloq liat ( pemalas ) kata org Perlih.
Macam nak golek-golek atas rumput tu..sambil dengar lagu hindustan.
Agak- agak..kalau terjatuh kat atas pokok kaktus tu..kena masuk sepital tak ? 



Masuk ke taman ni semua tak perlu tiket key.. percuma sahaja..



Ni antara bangunan yang terdapat di Desaku MBI. Memang menarik.. 
Tropical Rainforest Museum. Aku tak masuk pun ke dalam ni.

World Of Dragon 
Memula kami anak beranak tertanya-tanya.. apa maksudnya ? Dragon apa yg ada kat sini ?
Suami aku drive lagi ke depan, baru nampak pintu masuk ni... World Of Dragon Museum.Nampak gambar ikan.. ooo..baru faham. Kaum  Cina kan suka memelihara ikan Kelisa ni.. Memang mahal.. Tiket nak masuk pun boleh tahan.. Dewasa RM 30.00 dan kanak-kanak RM 15.00. 

Posing dulu sebelum masuk..

Ikan apa ni ? aku panggil Ikan buaya Putih.. kekeke.. 

Ikan pari kat sini memang comel comel. semua polka dot. Menjeling tajam nampak cik Pari... 

Cantik kan.. Ni Kelisa Emas. Harga setiap ekor amat la mahal. Semasa aku datang sini.. sesaja aku tanya pekerja yg ikut korang jalan sekali.. berapa harga ikan yang paling mahal dan ada di dalam bilik pameran tersebut ? Jawapannya adalah ikan Kelisa Putih.. keseluruhan badannya bewarna putih..macam mutiara .. mencecah RM 250,000.00 . Waaa.. aku boleh beli sebuah rumah. Ok..akak tak mampu.

Encik Pari Polka Dot .. Hensem sungguh awak yer..

Suasan di dalam ruangan pameran
Ikan -ikan yang akak mampu pandang jer.. Anak -anak ikan kelisa juga ada di jual di sini..  Saiz lebih kurang besar ibu jari ( jari aku key ) RM2500.00 adoila.. semua ribu-ribu. Akuarium pun ada di jual. 


Rumah Nyonya. . Jemput masuk..Nyonya ada di belakang ya..
Pusat Hiburan.. aku kagum pada hiasan bangunan. Aku tak suruh korang masuk situ..
Pejabat Sheriff

Bank Sherif pun ada. Aku dah cek..akaun aku tak wujud kat bank tu .. 

Banyak bangunan menarik kat dalam ni. Ada binaan naga yang panjang, ada stesen bas , dan ada lagi bahagian yang belum di buka sepenuhnya. Jadi.. cuti dah tak lama.. bawa anak korang ronda ronda di sini. Kalau sebelah malam.. lagi best rasanya.. tak panas dan ada banyak lampu.

Maka berkahirlah laporan dari Desaku MBI yang bukan milikku....


Tuesday, August 28, 2018

MISI KE CAMERON HIGHLAND MELALUI SIMPANG PULAI DAN TAPAH

Harini Jumaat 27 Julai 2018. Aku nak sambung alkisah kami berhari raya di atas Cameron Highland. Kali ni aku rasa exited sebab kami rancang akan naik dari arah Simpang Pulai dan turun melalui arah Tapah. Setelah entah berap kali aku menjejak kaki ke Cameron, ini pertama kalinya aku nak lalu ikut Tapah.. waa... best..best.. pengalaman baru. Aku dah dengar pelbagai versi berkenaan laluan Cameron Highland -  Tapah. Jalan yang berliku..dan lebih banyak pemandangan hijau berbanding Simpang Pulai.



Kami bertolak dari rumah sekitar jam 8.00 pagi. Sebelum bertolak, sarapan nasi lemak yang mak aku buat.. Alhamdulillah... ni yg best jalan ngn mak nih.. semua siap sedia. Gambar di atas adalah laluan Simpang Pulai. Sepanjang jalan kami mendaki, memang selisih dengan banyak kereta. Jadi dah dapat bayangkan bertapa ramai manusia di atas Cameron. Bukan kami sahaja yang bercuti di hari raya.


Ni simpang menghala ke Kampung Raja.. maknanya..dah tak lama nak sampai puncak Cameron Highland.. Horeyyy..

Kami sampai di Lavender Farm sekitar jam 1.00 tgh hari. Tempat pertama yang kami dah planing nak singgah adalah Avant Chocolate, sebab..kalau naik dari Simpang Pulai.. ini adalah tempat tarikan pertama yang korang akan jumpa. Tetapi... mak aiiiiii....garu kepala aku tengok punyalah banyak kereta. Nak parking penuh..sampai di gigi jalan pun..aduhai... Jadi, keputusannya kami skip tempat tersebut. kami menuju ke tempat kedua iaitu Lavender farm. Adoi.. kat sini pun sama juga.. ramai... Syukur, ada sebuah kereta yg parking di gigi jalan dah keluar, jadi disitulah kami parking. Adik aku pula..paking rapat gila dengan kami..kalau tak..memang tak muat. Tak kisahla..kami kan ahli serombongan..nak keluar dari situ pun secara berjemaah. Maka dapatla masuk ke Lavender Farm dengan harga tiket yang dah naik.... Dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 .Suasananya dah tak sama seperti aku last sampai sini. Bunga lavender dah nampak tak subur, dan pokok lain pun sama.. macam tak terurus sangat. Kalau tak caya..klik sini.. LAVENDER FARM 2013  . Kali ni aku nak bergambar pun tak semangat sangat.. 


Selepas keluar dari Lavender Farm kami menuju ke kampung sedia. Sebab kami nak makan Nasi Lemak Strawberi. Hoyeyyy...dari perlis duk berangan nasi lemak strawberi dan juadah yg aku takan lepaskan setiap kali ke Cameron..Scone.
Malang tak berbau..kedai nasi lemak tutup... hahahaha...pilu hati akak. Lepastu..yang buka cuma Cafe YZ Farm. Ramai sedang makan di situ.. tetapi..nasi dah habiss.. yang tinggal cuma mihun kari.. Kami serogombolan ..semua oder menu yang sama. Nasib sedap.. selalu makan mee  kari..kat sini mihun kari. Kat sini pun ada scone.. tetapi..kami dah aim scone kat  KHM Strawbery Farm. Jem strawbery tu diorang buat sendiri..pastu tambah krim ...pergh..memang sedappp. Kami siap bungkus dan bawa balik bilik lagi.. huhuhu..nikmatnya... Buah strawbey gedabak tu..adik aku yg tambah.. Kat tempat lain yg aku dah makan.. diorang letak jem strawbery dengan salted butter... aku lebih suka cara di KHM Krim dan jem strawbery. Cayalah... tetiba rasa nak makan sekarang jugakkkk...

Selesai makan tengah hari.. kami terus check in di Iris House Resort . Rehat kejap.. dalam pukul 6.30 petang, kami dah buat keputusan nak makan steamboat di DeBamboo Tower Steamboat.

Kami pelanggan pertama haritu. Ni hiasan dalam kedai. Kedai ni pun tak besar mana.. tetapi selesa dengan hiasan utama berasaskan buluh dan payung payung kecil di bumbung.

Yang menjadikan tempat ni special, adalah tempat steam ni ada 4 tingkat. Tingkat atas sekali adalah untuk kukus. Lepastu kami minta cheese..  asal nak makan..mesti nak cecah dengan cheese. Sup ada dua jenis, iaitu sup biasa dan tom yam.

Selepas makan, kami merayap lagi, terus mencari Pasar malam di tapak baru. Cari Golden Hills Apartment ..jumpala pasar malam tu. Tapi.. aku berpendapat.. pasar malam di tapak lama dulu lagi best.. lagi panjang. Yang ni dah pendek...lepastu nak sampai sini.. punyalah jem. Tak puas hati..kami merayau lagi.. kali ni kami terjah deretan gerai di tepi jalan.. Barang jualan seperti biasa.. teh, keychin, t-shirt dan lain-lain. Puas membakar lemak.. kami pun kembali ke kediaman kami di sebelah Smoke House.. kekekeke...

Keesokan paginya.. kami terjah Kea Farm pula. Bestnya ke pasar dalam suasana sejuk gedik-gedik. Tak sempat nak berpeluh pun..

Dah sampai Kea Farm.. jangan cakapla.. semua cantik dan segar.. Nak ja aku angkut semua letak lam bonet kereta.

Tengok ni.. rasa terancam poket laki aku.. hahahaha..

Comelnya.. macam bunga plastik.. tapi ni bunga segar key..

Pilih la mana yang korang nak...

Sekali pandang.. suasana macam di Wang Kelian Perlis dulu -dulu... sekarang 2018..dah takda cam ni.. 

Ok.. Selepas puas meronda dalam Kea Farm, kami balik ke Iris House untuk berkemas. Dalam 12.30 kami dah check out dan deposit aku RM100 dikembalikan setelah semua barangan yang diberikan awal tadi telah dipulangkan. Aku kembali teruja sebab akan turun melalui Jalan Tapah. Gambar di atas tu adalah Pekan Ringlet.  Tak silap aku..lepas pekan ni..dah tak jumpa pekan dah..sampai terus ke bawah.

Di tepi tepi jalan, banyak  gerai Orang Asli. Bilangan gerai di sebelah Tapah lebih banyak dari laluan Simpang Pulai. Jadi sukala hati aku bila aku sempat membeli tudung saji dari rotan yang saiz kecil. Sebelum ni aku dah beli yang saiz besar. Jadi..bertambahla koleksi rotan aku .. horeyy..
Ini pula Air Terjun Lata Iskandar. Kami tak berhenti pun.. Kat sini pun susah nak parking. Ramai yang berhenti lepak lepak dan ambil angin sesambil lepas angin.. kekeke...

Kesimpulannya... Laluan Tapah - Cameron Highland lebih mencabar dari laluan Simpang Pulai - Cameron Highland. Kalau tak kerana nak menghantar adik aku kembali ke tempat kerjanya di Tapah, kami tak mungkin akan lalu ikut sini. Dari Tapah nak balik ke Perlis akan menjadi lebih jauh. Suasana hijau di laluan Tapah ni lebih memukau, masih ada hutannya berbanding laluan Simpang Pulai. Jalan di sebelah Tapah lebih berliku dan sempit. Kalau sesekali selisih dengan bas dan lori ngeri la juga rasanya..sebab diorang naik laju jerrr...
Akhirnya harini 28 Ogos 2018 jam 4.30 petang, dapatlah aku mengakhiri kisah yang tertunda sekian lama. Bila rindu nak bercuti.. bolehla aku buka dan baca semula. 
Bye bye Cameron Highland 2018.

Nufnang