Wednesday, July 7, 2021

PENGALAMAN DI KUARANTIN KERANA MENJADI KONTAK RAPAT COVID-19

                                                                  Assalamualaikum.. 

Hari ni aku nak syer kisah atau peristiwa yang agak besar dalam sejarah hidup aku dan sahabat- sahabat sepejabat.

Aku mulakan cerita dari hari pertama kami sepejabat disahkan sebagai kontak rapat kes COVID-19, jadi ceritanya agak panjang, cuma takda lah sepanjang kisah telenovela mexico La -Usurpadora.  Pelakon utama lawa sungguh-sungguh.. jatuh cinta berkali kali bila tengok drama ni.. Drama ni tahun 1998 masa aku umur remaja gitu.. dan si Gabriela Spanic ni pula ada kembar seiras bernama Daniela Spanic . Kisah La Usurpadora tu pun..kisah kembar 2 beradik yg bernama Paola & Paulina... sorang jahat yg teramat, sorang lagi baik yg teramat -amat.... jadi..sebelum aku jauh melencong lagi.. jomlah ke isi kandungan sebenar.. 

Gabriela Spanic.. Lawakannnn..

Kisah kami bermula pada 7 Januari 2021 bersamaan hari Khamis.
Awal pagi, aku ke pejabat seperti biasa, dan mendapat khabar seorang staf di jabatan kami sesak nafas dan disyakki sebagai serangan jantung . Maka kami pun mendoakan kesembuhannya.
8 Januari  2021 , hari jumaat, aku bercuti pada hari tersebut. Sekitar jam 12.30 tgh hari aku mendapat panggilan dari pejabat... arahan yang aku dapat adalah

 " Mela, hang jangan pi mana -mana hari ni, satgi KKM call , abg H positif COVID !!"
Masyaallah !! memang terkaku aku seketika.. tak tahu apa yang nak diucapkan. Sedangkan sebelum aku mendapat panggilan tersebut, aku baru sahaja pulang dari Kangar.
Berkali kali aku bertanya, kotla aku ni salah dengar. Jawapannya tetap sama, selepas sahabat aku dimasukan ke hospital kerana serangan jantung, pihak hospital perlu melakukan ujian saringan , jadi keputusannya adalah POSITIF.

Aku di maklumkan, suasana di pejabat dah riuh rendah. Pejabat kami ni kecil sahaja, dan hubungan antara semua staf adalah sangat rapat. Jadi siapa yang tak berdebar bila mengingatkan keluarga masing-masing di rumah.
Arahan seterusnya yang kami terima adalah semua kontak rapat akan dihubungi oleh pihak KKM bagi urusan kuarantin. Kami semua tidak dibenarkan kemana-mana selagi belum mendapat arahan seterusnya.
 Aku pula, ligat berfikir, bagaimana harus aku sampaikan berita ni kepada semua ahli keluarga.
Secara tiba-tiba juga aku menjadi begitu concerned terhadap tahap kesihatan kami sekeluarga. Batuk sikit pun dah buatkan aku menjadi gelabah biawak... kiki..😅😅
Makanya pada 8 Januari 2021 sekitar jam 6.00 petang, aku mendapat panggilan dari KKM bahawa aku sekeluarga diarahkan menjalani kuarantin dari 9 Januari 2021 sehingga 20 Januari 2021. Pihak KKM juga memaklumkan bahawa surat arahan Kuarantin akan diserahkan oleh wakil KKM keesokannya.
Di Pejabat, proses sanitasi terus dijalankan oleh pihak bomba apabila dimaklumkan kepada mereka. Sangat cepat dan pantas. Tahniah ..
Kenderaan jabatan juga turut disanitasi kerana staf yang positif sebelum ni ada menggunakan kenderaan tersebut. 

9 Januari 2021 bersamaan hari sabtu..
Jeng-jeng-jeng... ketaq woii time wakil KKM mai rumah, bagi surat arahan kuarantin. Selalu misi ja duk mai cek perut, tapi kalini debaran dia lain macam.. kali ni misi mai siap pakai baju PPE. Herm... rasa macam aku berbahaya gila..

Gambar -gambar dalam ni adalah gambar yang dikongsi oleh semua rakan sepejabat di dalam group pejabat. Kami semua di kuarantin secara berjemaah, maknanya pejabat kami ditutup sepenuhnya dari 
9 Jan 2021 sehingga 20 Jan 2021. Apabila kami dikuarantin secara serentak, kami bersama -sama menjadi lebih kuat dan saling memberi kata-kata semangat antara satu sama lain. Kami faham bagaimana tertekan kerana risaukan tahap kesihatan dan juga tekanan lain seperti bekalan makanan dan kebosanan berada di dalam rumah.
Bagi aku yang tinggal di kawasan kampung dan berpagar, kami masih boleh berada di luar rumah selagi tidak melepasi pagar . Tetapi bagi sahabat yang tinggal di perumahan, mereka mengalami tekanan yang lebih tinggi apabila anak-anak tidak dapat beriadah dan sebagainya.
Sejuta Tahniah untuk KKM Perlis yang pantas bertindak. Semua staf kami seramai 27 orang tinggal berselerak di muka bumi Perlis  berjaya dijejak oleh mereka, sampai yang sesat pun adaaaa... 😁. Terima Kasih.

Satu lagi kejutan yang kami semua terima, lawatan mengejut dari 3 beradik ke setiap rumah yang dikenakan arahan kuarantin.
Pada hari isnin,iaitu hari ke 3 kuarantin.. aku mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali memaklumkan bahawa dirinya adalah seorang Polis. Nak datang buat lawatan ke rumah kami jadi memerlukan pengesahan alamat . Aku ingat ada orang nak kenakan aku... hahaha.. rupanya betul laaa...
Team mereka disertai oleh JPAM, POLIS dan ATM. Jadi, kalau semasa diorang buat lawatan , dan ahli kuarantin tak cukup bilangan..maka, siaplah ko boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.. Pergh.. ketaq cek oi! 
Penguatkuasaan undang-undang & SOP Covid di Perlis adalah antara yg terbaik. 👍👍👍
Untuk makluman, di Perlis, kat mana-mana saja ko boleh nampak pihak Polis, ATM atau JPAM membuat rondaan dan mereka juga berada di pasaraya atau kawasan-kawasan tumpuan. Kalau langgar ja SOP, maka ..siap sedia la yerr... Mungkin atas faktor saiz Perlis yang kecil memudahkan urusan pemantauan dan kawalan. Alhamdulillah..

Gambar Lawatan geng 3 beradik ke salah sebuah rumah sahabat aku.
Nampak tak tu..abang askar bawa senapang. 
Aku nampak ja anggota ATM tu pegang senapang.. terasa cam penjenayah pulak... 
 Diorang kadang kadang akan menjengah setiap hari atau berselang hari dan kadang kala dalam masa satu hari, 2 kali diorang bertandang. Terkejut mak...Nasib tak yah bancuh kopi.. 
Lebih mengejutkan , ketika kami sedang menonton tv atau lepak lepak di dalam rumah, tetiba dengar orang bagi salam depan muka pintu.. Perghhh !!! melompat woi..terkejut. sebab kami tahu, tiada sesiapa yang berani melangkah masuk ke pagar rumah kami kecuali MEREKA!!.... Maka bercemperalah memasing, ada yang mencari tudung dan ada yang mencari baju dan ada yang terkejut dari tidur yang tak berkesudahan.... hehehe...
Bila dikenang kembali, memang ianya sejarah yang akan dikenang selagi hayat. Seumur hidup belum pernah Polis , ATM dan JPAM datang bertandang ke rumah begini. Mereka hanya call untuk kali pertama kehadiran sahaja, untuk seterusnya diorang main terjah ja.
Pada ketika ini, mula lah tersebarnya gossip - gossip liar di kampung.. Bahawanya kami sekeluarga POSITIF COVID !! Padahal kami sihat dan hanya menjadi Contac rapat sahaja. Semua geng pejabat aku mengalami hal yang sama. Bahkan ada yang dikatakan sedang berada di ICU dah.. pergh...hebat sungguh penyiasat-penyiasat persendirian kat Perlis ni.. 
Disebabkan kami sekeluarga tak boleh keluar dari kawasan rumah, makanya kami terpaksa meminta bantuan sedara mara untuk membeli segala stok makanan. Bayaran di transfer secara online, dan barangan yang dibeli akan diletakkan di hadapan pintu pagar. Alhamdulillah, aku tinggal dikawasan yg dikelilingi jiran-jiran dan sedara mara yang baik. Pihak KKM sendiri dah sediakan talian khas kepada keluarga yg dikuarantin untuk dihubungi sekiranya menghadapi masalah stok makanan. Bahagian kaunseling KKM juga sering menghubungi keluarga yang dikuarantin untuk bertanya khabar dan memberi nasihat jika mengalami tekanan.


Pada 11 Januari 2021, seramai 7 orang staf jabatan kami yang dikenal pasti berada di dalam kenderaan yang sama dengan staf yg positf sebelum ini diarahkan untuk menjalani swap. 4 hari kemudian, keputusan yang keluar adalah 3 lagi disahkan sebagai Positif.
Ya Allah, Bertapa berdebarnya dan susah hatinya kami yang lain. Syukur, walaupun mereka positif, tiada seorang pun yang mempunyai simptom.Mereka dipindahkan ke tempat kuarantin khas yang dikawal selia oleh pihak KKM. 
Pada masa yg sama, 2 orang sahabat aku mengalami masalah kesihatan. Kami tidak dibenarkan untuk keluar sendiri ke Hospital tanpa kebenaran KKM. Seorang sahabat di ambil oleh ambulan, dan seorang lagi diarah terus membuat ujian swab selepas temujanji. Semua kami berdebar menunggu keputusan mereka, setiap masa hanya doa yang mampu dipinta. 
Setiap hari kami saling bertanya khabar antara satu sama lain. Walaupun kami tertekan..sedih dan risau, tetapi Alhamdulillah.. kami berjaya juga mengharunginya.

Terima kasih Frontliner semua.. anda hero dan heroin kami.
Gambar yang diperolehi dari rakan yang menjalani perlu menjalani ujian swap 

Kenangan, seorang staf kami yang perlu menjalani dialisis. Di maklumkan kepada kami bahawa beliau diberikan layanan istimewa .. sebab menjalani dialisis sorang-sorang... 😁 
   Keadaan sahabat kami di Pusat Kuarantin                                   Persediaan sebelum menjalani Dialisis

Antara juadah yang disediakan di pusat kuarantin Negeri Perlis. Alhamdulillah.. mereka tak sempat berlapar, makanan sentiasa ada. 

Akhirnya, kami berjaya juga mengharungi semua dugaan dan debaran . Perasaan pertama adalah bersyukur, hanya 4 orang sahaja staf kami yang disahkan positif . Tiada jangkitan di kalangan ahli keluarga. Perasaan ke dua, syiok oi..boleh naik kereta, keluar dari pagar rumah. Menyedut angin luar dan merasai panas mentari Perlis.

Kami perlu ke Bilik Gerakan Covid di Pejabat Kesihatan Daerah Kangar untuk mendapatkan surat pelepasan sebagai kontak COVID 19. Apabila sampai sahaja di Pejabat Kesihatan, aku bertemu beberapa orang staf kami di sana, melihat wajah rakan-rakan yang dikenali berada dalam keadaan sihat dan ceria, membuatkan aku juga terasa segar dan ceria. Terasa beban dan tekanan yang di tanggung selama 12 hari turut terbang dibawa bersama angin panas Perlis. Alhamdulillah.. syukur Ya Allah. Terima kasih untuk ujian dan kesihatan yang Engkau berikan . Aku yakin, setiap sesuatu yg terjadi ada hikmahnya.

Suatu hari nanti, jika ada sahabat sepejabat yang membaca karangan ini, aku pasti, mereka juga akan tenggelam kembali dalam perasaan yang yang pernah kami lalui. Resah, susah hati, kekesalan, kesyukuran, dan bebanan tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan yang harus dan terus dipikul walaupun kami sedang sengsara memikirkan kesihatan diri dan ahli keluarga utamanya.

Pada 5 Julai, aku dan suami telah selesai mendapatkan dos ke2 COVID 19 . Kedua ibu bapa dan ibu mertua pun dah selesai kedua-dua dos. Kita berusaha dan berikhtiar untuk yang terbaik. Selain itu, kita serahkan kepada Yang Esa.

Sekian, memori 2021 yang tak akan dilupakan selamanya.

No comments:

Nufnang