Monday, July 13, 2020

SEMPADAN PENGKALAN HULU PERAK - SEMPADAN BETONG THAILAND

Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah.Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagaian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala.

Ok, sekali lagi aku bermain-main di atas sempadan. Dah lama sangat aku tak melepasi pintu sempadan Malaysia.

Perjalanan ke sini adalah pada hari ke 3 kami lepak di Hotel Seri Malaysia Kulim. Selepas sarapan pagi, selepas anak-anak aku selesaikan operasi mereka dalam kolam, kami check-out pada jam 11.00 pagi.
Kami mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke Pengkalan Hulu. Sebabnya kami singgah di rumah kakak ipar aku dahulu .. kami konvoi ke sana . Ramai -ramai meriah la sikit..

Maafla kengkawan.. gambar semua dari dalam kereta.. Ni pekan Baling
Masih dalam kawasan Pekan Baling Kedah
Selepas keluar dari kawasan Pekan Baling, inilah pemandangan di kiri kanan jalan. Hijau...

Memasuki Kawsan Pengkalan Hulu Perak



yeaa.. dah nak sampai.. kita lalu dan hadiahkan senyuman untuk mereka-mereka yang bertugas.. 
Memasuki kawasan Imegresen Malaysia - Thailand




Semasa melalui kawasan Pemeriksaan Imegresen , Kastam dan Polis, tak yah turun dari kereta pun.
Kat sini pun takda laluan khas untuk sesapa yang sekadar nak main atas sempadan . Masuk saja mana - mana lorong yang di buka.
 Seperti biasa cuma sediakan Kad Pengenalan dan maklumkan cuma nak makan-makan jer kat sempadan  tu.. tak lintas pintu gerbang pun.
Pastu ..pegawai tu anggk -angguk.. hampa pun angguk jugak tau.. co- pilot, kasi senyum lebih sikit.. hehe..
Kawasan Sempadan Pengkalan Hulu ni, tak semeriah di Padang Besar Perlis Malaysia. 
Deretan kedai di atas adalah untuk bahagian kedai makan.
Kedai di bahagian atas ni adalah untuk jualan pakaian , barang dapur dan mainan. Kat sini juga ada  sebuah kedai runcit yang menjual makanan dan minuman segera dari Thailand. Kakak ipar aku Panggil 7e di Betong ( korang jgn bayangkan macam 7e besar tu pulak.. gerai kecik tersembunyi di celahan kedai baju jer  ) kat 7e Betong ni, ada jual susu pisang .. jadi kepada sesapa yang teringin sangat nak merasa susu pisang tu.. boleh la datang cari kat sini.
Taraa... Inilah tujuan utama kami ke sini.. Jap... aku nak lap air liur.. menitik dah..
Sesungguhnya, memang sedap . Ikan Stim, Ikan masak Kensom , Kerabu Sotong, kailan ikan masin dan sejenis lagi... lupa la pulak namanya.. Sedap wehhh.. aku rasa cam sekarang gak nak kembali ke kedai ni, nak oder menu yang sama. Rasa original dari Thailand.
Minuman pun best, Air sirap, tetapi ada rasa soda.. air bandung.. dia tambah air soda, pergh..memang best. Nasib teh ais kaw aku dia tak tambah soda.. tapi pekat dan memikat. Harga agak mahal sikit, tetapi disebabkan rasa yang mengancam, kami boleh terima harga tersebut. 
Bagi peminat pakaian, meh masuk kat dalam kedai ni. Harga semua boleh di bawa berbincang. 

Itulah pintu gerbang ke Thailang. Nampak kan, bertapa aku asyik bermain-main di atas pintu sempadan. Takpalah.. rezeki aku buat masa ni.. hanya atas pintu sempadan. Insyaallah.. bila tanggungjawab dah semakin ringan, impian nak terbang ke luar pasti akan sampai. Impian dan angan-angan akan memudahkan target tercapai. keh..keh..kehh...
Selepas habis urusan di Sempadan Hulu Perak , maka kami pun mengundurkan diri. Nak kembali ke rumah , on the way balik, nampak pula iklan nih.. Bantal...bantal... Singgah pulak ke sini.
 Beli kalau kalau tetamu datang nak tidur di rumah kan... kesian tetamu kalau tidur berbantalkan lengan.. hehehe...
Aku tolong iklankan ..

Ok, perjalanan ke Sempadan Hulu Perak  telah berakhir, tapi korang tahu tak kisah silam yang pernah terjadi di Pengkalan Hulu Perak yang berjiran dengan Betong Thailand ni?

Kawasan Kroh atau Pangkalan Hulu ni Suatu masa dulu merupakan antara kawasan dimana Pengganas Parti Komunis Malaya( PKM ) berjaya membunuh askar -askar kita. Askar-askar kita waktu tu bekerja untuk melindungi tanah air, tetapi geng PKM ni bertindak ganas. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang di rasakan mengganggu tujuan jahat mereka. 
Al- Fatihah.. untuk pejuang-pejuang kita yang telah kembali ke Pencipta . Semoga balasan Syurga untuk Mereka.. aminn..
Untuk maklumat lanjut, google ja  Peristiwa di Kroh, Semoga bacaan yang bermanafaat akan menambah rasa cinta pada Negara Kita.

4 comments:

Amie said...

Banyaknya perkongsian menarik dalam entri ini. Tq for sharing.

mela said...

sama -sama.. saya pun selalu membaca dari blog orang lain.. sama sama berkongsi..kan..

Anonymous said...

Actually ini bukan Betong..ini bukit berapit pengkalan hulu...sempadan msia dan betong...melepasi inigresen thai barulah betong...

mela said...

Ya betul.. ini Pengkalan hulu.. belum masuk Betong.. Tq ..

Nufnang