Monday, April 8, 2019

PENGANTIN BARU , ADIK IPAR BARU, FAMILY BARU & GENG CACAMERBA

Tanggal 30 Mac 2019 aku dengan rasminya , mendapat sorang lagi adik ipaq. Kali ni adik ipaq lelaki pulak.. dan yang lebih best.. adik ipaq aku ni.. adalah adik ipaq bongsu.. tapi.. ada dua lagi peserta yang belum kawin.. maknanya dia bukan yang bongsu la kan.. walaupun kawen dengan adik aku yang bongsu ? kan ? kannn ? .  bila dua lagi peserta tu kawen.. maka salah seorang dari mereka akan berikan aku sorang lagi adik ipaq .. yang aku boleh gelarkan ipar ku yang bongsu... kan... hahahaha..

Jangan marah arr.. kalau aku minta tolong hampa pikiaq sat.. 
Apa yang boleh aku kata.. 2 minggu sebelum majlis.. adalah masa yang amat meletihkan.. lepastu ..satu minggu selepas majlis..masih ada sisa-sisa kepenatan.
Kali ni mak ngn ayah sepakat nak guna perkhidmatan katering. Sebelum ni.. guna geng pakatan kampung. maksudnya gotong royong. Walaupun pilih nak guna perkhidmatan katering.. tetapi.. masih ada 1 jenis lauk tambahan yang perlu di masak di rumah mak aku. 2 jenis lauk lagi, di hadiahkan oleh ahli keluarga.. alhamdulillah.. maka.. bertambah la lauk pauk majlis kami. Aku nak bagi hampa menitik aiq liuq sikit na.. menu masa majlis berlangsung.

30 Mac 2019_ Sabtu _ 7.30 pagi

Seawal pagi aku dah sampai ke rumah mak .. misi pagi tu adalah pastikan makanan untuk geng gotong royong terhidang dan cukup. Jejak saja kaki ke dalam rumah.. dah dapat tangkap bau pulut .. mak aku dah siap kukus  pulut.. Menu Sarapan Pagi adalah Pulut Kukus Ikan Kering... 
Orang utara macam  kami.. sarapan pulut adalah perkara biasa.. pulut yang di kukus tanpa santan akan di gaul dengan nyiuq kukuq ( kelapa parut ) dan di makan bersama ikan masin ( ikan kering ) atau ikan masam.. boleh juga kalau makan dengan ikan temenung ( ikan kembong ) segar yang di goreng.. lepastu..wajib ada kopi panassss. Pergh.. memang boleh lupa diri sat .. lupa tugasan sebenar.. ingat nak kena pi makan saja.. heee..

Maka.. aku dengan semangat juang yang berkobar - kobar, mula panaskan kuali dan menggoreng ikan kering... waaa..semerbak satu kampung  habaq hang.. sambil menggoreng..aku sesambil menghidang kueh mueh , kek, bahulu, segala bagai makanan samada yang di beli atau di sedekahkan atau di'tanam' oleh geng pakatan gotong -royong yang mana bila diorang pula kenduri, maka mak aku wajib membayar balik jenis barang yang di 'tanam' tu kepada tuan yang berkenaan.
Dengan bantuan sorang lagi adik, kopi panas berasap pun siap.. dalam aku kecoh -kecoh nak siapkan benda ni semua.. lagi kecoh makcik makcik kat luar .. diorang kena bersihkan ayam..sebab nak buat Gulai Ayam 1 Kawah.. 
kejap -kejap diorang oder pisau dari aku.. lepas tu nak papan pemotong..lepas tu nak pisau lagi..  nak besen besaq la.. tepung nak basuh ayam la.. owhh..penatnya menjadi wakil tuan rumah. Nasib aku tak letak pisau lam kuali untuk digoreng bersama ikan kering. 
Siap masak, aku dah mula menghidang.. makcik-makcik.. meh makan .. siap ada yang buat lawak nak kek.. apa..ingat aku takda kek ker ?.. aku bawa keluaq kek  dua biji.. kek chesee ngn kek cokelat .. haa.. ada pula buat muka bersalah.. katanya makcik lawak ja.. haa.. takpa macik saya tak lawak..makan tau..makan.. kekekeke...
Aku dah target..pukul 11.00 paling lewat aku kena tukaq baju.. bersiap bagi wangi-wangi.. sebab nanti kawan-kawan aku nak mai. tapi sebelum tu.. aku dah arahkan anak -anak aku mandi dan bersiap dulu.. 

Geng katering sampai dalam  pukul 10.00 pagi.. diorang dah mula berhidang. Lauk yang mak aku ambil dari diorang adalah :

Daging masak hitam ( sangat sedap.. laki aku cakap..daging ni tak yah kunyah..tonyoh ngn lidah pun dah boleh telan..sebab lembut.. tahla.. aku gigit guna gigi )
Ayam masak Merah ( no 2 sedap ..sebab daging hitam lagi sedap )
Dalca ayam  ( aku tak rasa..sebab aku makan dengan menu lain )
Buah -buahan dan air sirap
Nasi putih dan Nasi Tomato

Menu dari ahli keluarga pula 

Ikan masin masak sambal pedas manis .. ( Pergh... ini paling tip top.. aku tinggalkan daging masak hitam dan ayam merah dan gulai ayam ..demi ikan masin ni .. sangat-sangat-sangat sedap .10 Bintang aku bagi )

Kerabu buah mempelam  ( menu ni.. aku sempat rasa sekali ja.. bila nak ulang makan petang.. dah habis.. laku keras )

Bubur kacang.. dan 3 jenis air tambahan.

Kami pun tak sangka ada sedara nak tambah lauk.. dekat hari kenduri baru diorang cakap.. jadi rezeki tak baik ditolak.. 

Jadi.. hampa tau , bila ada tambahan lauk..maka aku la jadi mangsa.. penat cari bekas untuk menghidang.. berbilah-bilah senduk diperlukan bila lauk tu semua di pecahkan kepada beberapa bekas. Adus.. kenapalah aku tak terpikir awal-awal.. yela.. aku hanya pikir cara nak siapkan 11 bekas hantaran .. pitam 5 minit..

11.30 pagi .. aku tinggalkan dapur dan tinggalkan semua orang yang asyik menyebut-nyebut nama aku tu.. aku cuba lari dari kenyataan.. sebab aku pun nak melawa juga.. hee.. cepat cepat lari masuk toilet.. tukar baju baru..bersiap -siap agar kelihatan anggun dan menawan sebagai kakak pengantin.. auwww..
Pengantin lelaki sampai jam 12.30 tengah hari..
Lepastu.. bermula la aku menyambut kedatangan rakan - rakan dan lebih tak sabar.. nak tunggu geng 6 sekawan bersama ahli keluarga. Geng sekawan ada janji yang harus ditepati..tetapi.. tetapi.. bila dah meilbatkan anak - anak dan suami.. maka huru haralah perjanjian kami. Lebih best lagi.. pada hari yang sama.. diorang ada jemputan lain.

Kat atas tu sinopsis ringkasan peristiwa.. bila hari kejadian, aku ja jumpa dengan semua.. yang lain berpecah kepada 2 bahagian.. ada yang selisih ..sempat call balik.. memang riuh. Kengkawan.. hampa
semua memang best !!!




Ni family kecil aku .. Hero -hero kesayangan.

Ok.. dah nak habis karangan... tapi aku kalau tak tambah drama.. tak berseri majlis. Drama kecil di tengah hari buta.. Al-kisah, mak aku nak masuk solat, maka..aku lah diwakilkan untuk bertemu dengan tetamu temankan  ayah. Maka aku kan bagus.. si sulung yang penuh tanggunjawab... kerja mudah ja.. nak salam.. pastu..cakuk ambik sampul duit sekali kan...lepastu..bagilah buah tangan untuk tetamu. 
Jadinya.. aku salam dan sampul duit yang diterima aku masukan dalam bekas di bawah meja, kemudian ambil buah tangan di atas meja, dan serahkan kepada tetamu . Benda yang sama di ulang-ulang. Apabila semakin ramai yang nak balik maka semakin pantas la tangan aku bekerja. Sesambil tu mulut pun kepoh la menegur dan menyembang serba sedikit.. dan disinilah bermulanya kesilapan yg boleh buatkan mak aku garu kepala... 
Aku salam dengan tetamu, cakuk sampul duit yang di serah, letakan sampul di atas meja, dan ambil sampul di bawah meja dan diserahkan kepada tetamu... haaaa.. kan dah bertukar. Rupanya aku mampu melenyapkan semua sampul di bawah meja dengan senyuman yang cukup manis.
Apabila aku  nak serahkan buah tangan kepada tetamu tadi..  aku tersedar, kenapa buah tangan kali ni kecik??? aku tengok dalam tangan ada sampul duit..dan atas meja pun ada sampul duit... aiyoooo... 
Lepas tu aku sedar, aku tak layak berada di meja tersebut. Aku harus beredar.. 

Jadi buat semua adik -adik aku..yang sama-sama mengerah tenaga di hari kejadian, saudara-mara yang membantu dan bertandang, serta sahabat sahabat dari zaman sekolah, zaman Politeknik dan sahabat sekerja yang hadir, Terima kasih banyak-banyak.. Ada rezeki, tahun depan kita kenduriiii lagiii... 

Buat adik ku yang bongsu, yang dah masuk ke alam penuh cabaran dan dugaan, banyakkan bersabar, dengar cakap suami , hormati suami , utamakan suami dan utamakan yang paling  utama. Nak buat apa-apa pun dapatkan kebenaran suami , bukan sekadar maklumkan pada suami . Ada bezanya maklumkan dan mendapatkan kebenaran. Insyaallah.. rumah tangga akan tenang dan banyak manisnya yang akan di rasai.
Kalau nak kuliah.. meh kak nak bagi... kekeke..

No comments:

Nufnang