Wednesday, October 4, 2017

ETS DARI ARAU PERLIS - STESEN TBS BANDAR TASEK SELATAN

18 September 2017 ... merasa gak aku naik ETS.. rezeki..sebab kena pi kursus nun di Putrajaya. Jadi.. lepas dapat tawaran, terus aku ngn sorang kawan buat keputusan nak naik ETS. Kami berdua memang tak pernah naik lagi.. jadi.. dah alang alang berteman.. nak juga merasa bila orang cakap.. ETS ni Lajuuuu... 1 minggu sebelum tarikh kursus, kami dah pi beli tiket. Nak beli tiket pun...punyala banyak syarat yang kami minta dari kerani tiket tu.. nasib dia mau layan. 

Syarat pertama kami... nak Coach B, sebab orang kata.. kafe kat Coach C.. kalau duk di Coach C, macam sibuk sikit..org asyik berulang ke Cafe.Jadi dari Coach B, nak ke Cafe tak la jauh sangat..dan tandas pun ada di coach B. Syarat ke dua, kami nak kerusi yang menghadap ke depan.. tak nak bila nanti ETS dah bergerak, kami macam mengundur ke belakang pulak.. kan..pening..sapa yang susah ?. Ke tiga.. kami nak kerusi yang tidak menghadap ke muka penumpang lain.. sebab kat atas ETS..ada kerusi bersekali dengan meja.. jadi 4 orang akan menghadap satu sama lain..wooo.. ni susah..macam mana nak hadap muka orang yg tak dikenali selama 5 jam kat dalam tu. Syarat terakhir, tak nak kerusi yg ada meja..walaupun tak menghadap muka orang. OK.. kerani senyum panjang... Tiket yang memenuhi kehendak kami masih ada.. untungla..pi beli tiket awal. Kalau lambat, jangan harap orang nak layan kan.. 
Pastu kerani tiket tanya.. nak balik nanti nak coach mana ? Ha.. kedua-dua terdiam.. yang pasti..syarat di atas mesti di penuhi. Lepas kami diam seketika.. kerani kaunter yang buat keputusan.. dia cakap.. . "Ok, untuk balik apa kata ambil Coach E ? " Kerani tu cakap..semua syarat yang kami nak tu ada. Bila aku tanya.. kenapa nak bagi Coach E pada kami ? .. Kerani tu slumber jer jawab sambil senyum..        " Sebab , nanti bila balik Perlis, Coach E akan sampai dulu " ... hahahahahaha... hampes.. nampak gayanya macam dia saja tambah satu lagi senarai dalam syarat kami.. Oklah.. best jugak kalau kami sampai dulu selepas dreba ETS tu kan ... kekeke... Jadi..dapatla tiket untuk pergi dan balik dengan harapan, segalanya berjalan lancar.
 Naik dari Arau dan turun di TBS Bandar Tasik Selatan.. RM 98.00 . Balik pula naik dari TBS dan turun di Arau, tetapi pukul 11.00 malam.. harga cuma 
RM 73.00. 

Ni gambar sebelum aku naik ETS jam 9.30 pagi, Stesen Kereta api Arau Perlis. Gambar ni pun aku ambil dari arah Platform tempat menunggu. Kalau dari depan.. bangunan ni memang cantik.. Gambar kaunter tiket tak sempat nak ambik..sebab ramai sangat manusia.. 

Tudia... dah nampak kepala ETS. 5 bintang aku bagi untuk ketepatan masa. Memang tepat. Jadi kalau korang terlambat seminit pun.. dah cukup besar risiko untuk ditinggalkan.. bye..bye..
Terpampang di board masa tu  9.29:59... pagi.
Kalu ikut masa di tiket, kami akan bertolak jam 9.30 pg dan tiba di BDR Tasik Selatan 2.55 ptg.
Sepanjang dalam ETS tu, aku dapat lihat, kelajuan ada kalanya hampir mencecah 140 KM/ J. 
ETS bergerak jam 9.33 pg dari Arau..  -     9.49 pg sampai stesen Alor Setar .. wah  15 minit lebih kurang dah sampai Alor Setar.. kalau naik kereta..sekurang-kurangnya 45 minit baru sampai .
   10.17 Pagi  -       Stesen Sungai Petani Kedah
11.15 Pagi   -        Stesen Keretapi Taiping
11.35 Pagi    -       Stesen Keretapi Kuala Kangsar
12.05 Tengah Hari  -         Stesen Keretapi Ipoh
12.21 Tengah Hari  -        Stesen Keretapi Batu Gajah
2.44 Ptg  -    KL Central
2.54 Ptg  - Dah sampai Terminal Bersepadu Selatan ( TBS)( hentian Bandar Tasik Selatan la .. )
Jadi.. memang 5 bintang untuk ketepatan masa.
5 Bintang untuk kebersihan samada tempat duduk ataupun tandas,
Surau juga disediakan.. tapi ikhlas aku tak masuk ..sebab aku dah niat jamak . Adik aku yg selalu guna surau dlm ETS ni cakap..memang bersih..cuma biliknya kecil la..sekali masuk dalam 3 orang ja. dan kena tunggu giliran . 
Dah sampai TBS, aku dan kawan yang tak pernah jejak kaki ke TBS macma orang mati kutu jap. Ke mana kami nak menghala. Perut pun dah lapar.. dalam ETS ada ja cafe.. tapi kedua dua tak nak makan.. minum jer.. diet la konon..
Jadi, dengan sedikit petua dari adik aku, kami pun bergerak mengikut arah orang ramai menuju dan nampak ja bangunan putih besar yang tertulis Terminal Bersepadu Selatan. Kat dalam TBS ni.. KFC , Subway , Kenny Rogers , Food Court semua ada. 7 E , tandas, surau ..pun ada..gerai juai baju dan tudung pun ada.. pendek kata... utk keperluan asas ..semua ada..
Disebabkan kami belum makan nasi, kami pun menuju ke Food Court.. banyak gerai ada.. dah lepas puas siasat makanan yang menarik, kami pun pi la oder. maka bermulalah drama orang kampung nak makan kat TBS. Hahahaha...
Aku oder nasi goreng ayam , kwn aku pulak oder nasi putih , daging masak lada. Pergh.. macam sedap.
Dah oder, jurujual tanya.. " kad ada ? "  aik.. aku dalam hati tertanya ..kad apa ? aku terus jawab  
" takda kad " disebabkan aku jawab tiada kad.. maka diserahkan kepada aku sekeping kertas kecil dengan harga RM8.00 seorang. Dlm hati..pergh..mahal siott.. aku makan nasi goreng ayam kat Perlis baru RM 4.50 atau RM 5.00. Lainla kalau oder dalam hotel atau Cafe berstatus berbintang-bintang tu. 
Lepas tunggu dalam 5 minit, loceng di kaunter tu pun berbunyi.. aku pun bangun la pergi tengok kalau kalau makanan kami dah siap.. tetapi..tidak.. orang lain punya.  Aku dah laparkan..mana sabar nak tunggu lama-lama, terus aku tanya jurujual tu.. " Nasi goreng yang saya oder tadi belum siap ? " terus dia tanya aku balik.. " dah bagi kad? " , mungkin dia nampak aku memegang duit kat tangan kan .. " kad ?" aku pulak soal dia .. hehehe.. rupa-rupanya..di food court TBS, diorang tak gunakan duit tunai.. tapi kena beli kad macam kad touch & go tu.. alahai... sedih rasa hati bila duit tunai macam tak laku... hahaha... 
Jadi aku pun pergila ke kaunter yang dah ditunjukkan oleh jurujual tu untuk urusan membeli kad. Disebabkan aku dah tahu harga makanan kami, aku beli kad tu hanya cukup-cukup untuk kos makanan ja.. Penat nak makan pun.. kalau ku tahu begitu banyak urusannya, baik aku makan kat kedai segera lain.. harga pun tak jauh beza kan. 
Selepas kenyang makan, walaupun rasanya tak seberapa.. kami mencari teksi untuk menuju ke tempat penginapan. Alhamdulillah..berakhir hari pertama.

Kami di sana hanya 2 hari 1 malam. Jadi pada hari kedua, jam 8.30 mlm , adik aku datang jemput dari tempat kediaman. Kami lepak di kedai makan kejap baru terus  ke stesen TBS. Kat TBS, adik aku siap temankan kami hingga ke tempat menunggu kat tingkat 2 tu. Katanya lebih baik tunggu di atas daripada turun ke platform terlampau awal, sebab panas dan banyak nyamuk. Pesannya 30 minit sebelum ETS sampai, baru turun ke bawah. Pengumuman pun ada, minta penumpang untuk ke arah Padang Besar turun ke Platform 2.

Kaunter Tiket

Ni peta.. kalau ada sapa -sapa nak hafal.. kekeke..

Ni la platform 2 tempat kami menunggu untuk balik ke Arau Perlis. Waktu ni dah hampir 11.00 malam tetapi masih ramai lagi yang menggunakan aliran transit ni. Buatkan aku terfikir, pukul berapa mereka sampai di rumah ? bila masanya mereka bermesra dengan anak-anak ? atau sempatkah mereka memeriksa buku sekolah anak -anak , terutamanya yang masih bersekolah rendah .. Ya Allah, semoga semua urusan mereka dipermudahkan .

TBS di waktu malam
Di hentian Bandar Tasik Selatan ni, orang tak la seramai di KL Central. Jadi, bagi aku yang memang tak suka kesesakan, di sini adalah pilihan yang terbaik untuk aku pilih sebagai tempat transit.
Sampai ja sini, korang boleh pilih nak naik kenderaan awam jenis mana..semua ada.
Alhamdulillah, ETS kami bertolak tepat jam 11.03 mlm  dan tiba di Arau pada jam 4.40 pg.
Kalau korang nak tahu,di dalam ETS lampu tidak dipadamkan atau di kurangkan kecerahannya pada waktu malam. Kalu rasa nak tidur tu..pandai -pandai la cover kan.
Satu lagi.. di antara dua kusyen ( kat bawah kusyen tempat korang duduk ) ada point utk cas HP. Jadi.. kalau setakat nak cas HP atau Laptop..memang lepas la.
Jadi kesimpulan yang aku boleh buat, kalau di takdirkan aku kena kursus lagi di sana, aku pasti akan memilih ETS, sebab cepat dan selesa. Tak perlu nak henti di RNR bagai. Masa juga amat tepat, senang untuk merancang perjalanan.
Sekian laporan ETS.

7 comments:

azura ikhsan said...

sampai arau pukul 4.30 camtu, ade teksi/kenderaan ke waktu2 camtu?

azura ikhsan said...

kat stesen arau pukul 4.30 pagi tu, ade kenderaan awam/teksi ke waktu2 camtu?

Anonymous said...

I think thiѕ is one of tһe mοѕt vital information for me.
And i'm glad reading your article. Ᏼut wanna remark on few general things,
The site style is pеrfect, the articles is reaⅼly nice : D.
Good job, cheeгs
pop over to this website : How To Really Loсk Files

mela said...

azuar ikhsan.. maaf baru cek status komen. teksi tu ada..tetapi... terhad. tak banyak.. jadi sebaiknya kalau rancang nak sampai situ 4.30pg, elok cari teksi sesiap. lebih selamat dan mudah.Kalau sebelah siang..memang banyak..grab pun ada.. Insyaallah..

Anonymous said...

Hello, i think that i saw you visited my site so
i came to “return the favor”.I'm attempting to
find things to enhance my website!I suppose its ok to
use a few of your ideas!!

Anonymous said...

It's a pity you don't have a donate button! I'd most certainly donate to this outstanding blog!

I guess for now i'll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google
account. I look forward to fresh updates and will share this website with my Facebook
group. Chat soon!

Anonymous said...

Amazing! Its actually amazing article, I have got much
clear idea regarding from this post.

Nufnang