Thursday, March 9, 2017

ENTOPIA PULAU PINANG

Jom kita ke Entopia. Dulu Entopia ni dikenali sebagai Taman rama-rama.. Tapi lepas diorang buat renovation , semakin besar.. dan semakin cantik.. maka nama pun dah berubah menjadi ENTOPIA. Tempat,  masih di tempat yang lama .

Seperti biasa, aku sukakan perjalanan bermula di awal pagi, supaya kami punya lebih masa untuk meronda , untuk melepak seketika dan pelbagai agenda lain yg akan terjadi ketika dalam perjalanan. Iaitu mungkin sesuatu di luar perancangan. Walaupun Penang dekat, tetapi, jadual perjalanan mesti disusun terlebih dahulu. Maka, pada sebelah malam.. beg pakain dah siap masuk dalam kereta.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah... jadual pertama berjaya di laksanakan.
Firas buat permintaan .. kali ni dia nak naik feri pula ke Pulau Pinang ..ok.. permintaan berjaya ditunaikan. Jam 9.30 pg lebih kurang..kami sampai terminal feri. Lepak lama juga..sebab nak tunggu feri.

Sekitar jam 12.00 tgh hari kami sampai Entopia. Singgah makan nasi kandar sesiap..sebab nak lepak lama kat dalam ni kan..

Sebelum masuk.. kenala beli tiket. Sebenarnya, tiket boleh dibeli secara Online juga .tiket online entopia klik link tu kalau nak beli secara online dan lain-lain  maklumat.

Inilah rupa tiketnya. Pakai di lengan.. dudukla kat dalam ni sampai diorang ligan suh korang keluar.

Masuk ja..terus pemandangan cam ni.. apalagi..bergamborla dengan sepenuh hati.

Ini Pelan dalam entopia. Keluasan di dalamnya berganda dari dulu. Lebih luas dan lebih banyak maklumat yang disediakan. Jadi.. aku ada sedikit pendapat yang aku nak syer . Ini pendapat peribadi aku la. Di dalam Entopia ni.. memang banyak maklumat yang korang boleh dapatkan..dan ianya perlukan masa untuk pembacaan dan penelitian. Setiap serangga dan haiwan yg ada dalam ni..ada penerangan yang jelas. Jadi..kalau korang masuk sini dengan anak-anak kecil..anak-anak yg belum boleh bersabar dan belum boleh memahami serta tidak berminat pada serangga.. aku rasa macam agak merugikan dengan harga tiket yang telah korang bayar. Kami habiskan masa kat dalam ni hampir 3 jam.. memang best bila banyak yg nak di ambil bab.. Aku tengok yg bawa ank kecill semuanya jalan laju-laju..sekali pandang ja..sebab anak dah merengek ..dah lapar dan sbgnya.  Jadi..aku cadangakan..kalau nak masuk sini.. pastikan anak dah bersedia..dah memahami..dah kenyang..dan korang sendiri bersedia untuk bersama-sama dengan anak bagi menerokai satu ilmu baru yg ada di sekeliling diorang.

Selepas meronda sekejap.. 3 beranak ni meneliti kembali peta yang di ambil di pintu masuk tadi.. Takut ada yang terlepas pandang. Kami masuk sini dah  tengah hari.. jadi..kalau di ruangan yang takda aircond..dah mula rasa peningkatan haba.Jadi..cadangan aku.. masukla di waktu pagi.  Kat dalam ni..ada tandas dan ada cafe kecil. Jangan risau.


Bunga ni..dah lama aku tak nampak. Dulu masa kecil, aku panggil bunga ni, bunga rama-rama. Selalu aku masukan dalam Al-Quran atau dalam buku teks yg tebal. Sangat wangi.. dan apabila kering..dah serupa rama-rama.. terbang di tiup angin.
 Escalator ni pula menuju ke Pandora Forest. Tinggi sungguh letaknya..

Inilah Pandora Forest. Lukisan ni semua nampak timbul dan hidup. Sangat menarik..

Ini Nenek nyamuk.. 

Disebabkan anak-anak aku tahu..yang aku ni sesangatlah anti dengan lipas.. maka..diorang pun nak la sesangat bergambar dengan lipas yang tak hensem ni. Tetapi.. diorang tak tau..aku sebenarnya bencikan si lipas yang bersayap tu. yang ni takder sayap..jadi..takleh terbang..so releks ler... Ibu tak ngeri pun.. kekeke..
Masa kami hampir nak keluar dari sini.. dah ada segerombolan kanak-kanak sekolah yang sedang buat lawatan. Pergh..memang riuh dan kami dah tak boleh nak meneliti dengan kushuk dah setiap bahan yang disediakan. Diorang main serbu serentak kat setiap tempat.. habis makcik-makcik ngn pakcik-pakcik kena mengalah. Sesangatlah exited kekanak tu semua. 

Hampir jam 3 petang, kami keluar dari entopia. Terus kami buat keputusan untuk chek-in Hotel. Aku dah la belum sihat sepenuhnya, lama pula berdiri kat dalam Entopia tadi, jadi, kat dalam otak dah terbayang katil hotel. Kali ni kami lepak di  Bay View Batu Feringghi pula. Jom..kita lepak dulu..


No comments:

Nufnang