Friday, April 17, 2015

T Hotel Sungai Petani


 Mac lepas atas urusan suami , aku lepak sini kejap. Aku tak bermalam di sini , cuma ambil untuk beberapa jam sahaja.
Jadi suami aku menjalankan urusannya, aku dan anak-anak  lepak-lepak dan tidur kejap.


Di bahagian  receptionist


Katil Queen empuk, bersih dan keluasan bilik yang sesuai untuk 2 org dewasa dan seorang anak kecil.
Kalau anak-anak dah membesar cam aku.. agak kurang selesa rasanya. Tapi kami cuma nak lepak kejap ja..so..takda masalah.


Tandas yg bersih dan cute. Shower ada kat sebelah tandas ni..dipisahkan oleh dinding kaca.

Suasana lam bilik ni..buatkan mata menjadi semakin kuyu ..

Inilah tandasnya.. jadi..bila dok lam tandas..org luar boleh tahu apa yang sedang anda lakukan...jeng..jeng..jeng.. kekekeke...


Kemudahan asas lain.. ada dan sedia untuk digunakan.


T Hotel ni terletak di bahagian belakang Amanjaya Mall ja ( deretan kedai 2 tingkat ).
Jadi..sebelum balik...kenala singgah kat Manhattan Fish Market dulu.
Terasa isi ikan yg cair kat dalam mulut.. erkk cair ke?
dan..aku memang suka makan di sini.. SEDAP !!!.





No comments:

Nufnang