Percutian kali ni memang benar-benar satu kelainan. Dari awal perancangan lagi, suami aku dah berangan nak bercuti di suatu tempat yg dia boleh memancing dan sesuai untuk membawa ayah & emak aku bersama. Setelah google serba sikit.. maka terjumpalah kat sini .. Seri Ternas Lake Resort, yg terletak betul-betul di pinggiran Tasik Beris.
Pada 26 Dec 2014 sekitar jam 2.30 Petang, kami bertolak dari Perlis menuju ke sana.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih melalui lebuh raya utara selatan , keluar ikut Tol Gurun dan ambil simpang menghala ke Sik.
Perjalanan yang diselang selikan dengan hujan sekali-sekala membuatkan suasana sungguh nyaman.
Sesekali berita di radio mengkhabarkan musibah di Kelantan & Terengganu. Banjir yang hampir melumpuhkan sesetengah kwsn di negeri Kelantan.Hanya doa yg mampu dikirimkan semoga musibah yang terjadi cepat berakhir dan di akhirnya akan muncul kebaikan.
Seri Ternas Lake Resort ni sebenarnya terletak di belakang Ladang Anggur ja. Laluan kecil ni adalah jalan untuk menuju ke Resort dan di sebelah kiri gambar ni, adalah Ladang Anggur.
Jadi..kalau korang dah jumpa Ladang Anggur Tasik Beris, maka pasti korang akan jumpa Resortnya.
Jalan kecil ni takla jauh sangat..aku tak boleh nak anggarkan jarak..tapi..tak sampai 5 minit pun ikut laluan ni..maka akan sampailah ke Seri Ternas Lake Resort.
Tadaaa..inilah Chalet comel yang kami sewa..
Istimewanya Chalet ni.. tepi tasik beb...leh lepak sambil minum kopi kat balkoni tu.Kemudahan yg tersedia ialah Aircond, Kipas siling, siaran Njoi, 1 katil Queen & 1 katil Single.
Di dapur pula, siap gas memasak, dapur, periuk, kuali, pemanas air ,dan kemudahan lain utk memasak.
Jadi..kalu nak lepak sini..jgn takut kelaparan, bawa saja bahan mentah bersama.Di sini diorang gunakan air tasik bertapis.. jadi kalau korang rasa tak selesa..bawalah air mineral bersama.
Kami lepak kat dalam ni 8 dewasa 2 kanak-kanak.. memang penuh dan meriah.
Sesekali bekumpul kembali bersama mak, ayah dan adik-adik..best sesangat.
Bila malam menjelma, ada irama yg berlagu..dengkuran yg pelbagai bunyinya.
Love the moment.
ini sebuah lagi chalet yg comel dan mempunyai kemudahan sama seperti yg kami ambil.Bezanya ianya dibina dengan kayu. Manakala chalet yg kami diami hanya lantai sahaja dari kayu.
Di Seri Ternas Lake Resort juga, tersedia kemudahan bilik dan asrama.Kalau nak buat kem kat sini..memang sesuai.Kalau nak ronda-ronda tasik ni..disediakan kemudahan bot..tak silap aku caj Rm 10.00 utk seorang. Bagi sesapa yg minat berkayak..jgn lepaskan peluang tersebut..kayak juga disediakan.
Bagi kaki pancing... haa..memang akan rasa suka hati.. Ayah, suami dan adik-adik aku sampai ja sini..itulah projek pertama diorang,termenung di tepi tasik menunggu ikan makan umpan.
Ok.. inilah dapurnya.. nampak kan kemudahan yg tersedia.
Tempat kami adik beradik melepak dan bercerita..biarpun hanya satu malam..tetapi kenangan dan keriuhan bersama sukar digambarkan.
Disebabkan musim hujan..tanah agak becak. Ayah yg tak sabar nak test ikan kat sini.
Menu BBQ kami pada mlm tersebut. Kemudahan untuk BBQ juga disediakan. Korang cuma bawa bahan mentah ja.
Gambar ni aku snap guna HP ja. Inilah suasana pagi di sana. Sungguh cantik.
Indahnya ciptaan Allah
Ikan Puyu yg memang besar. Ini adalah hasil pancingan yg terbesar ayah aku dapat. Ikan puyu dan ikan lampam menjadi habuan. Ikan Toman..tak dapat..belum rezeki. Ayah aku cakap kena pergi lagi..kekeke..insyaallah.
Untuk maklumat lanjut..korang masuk ke FB Seri Ternas Lake Resort. Nak booking pun senang..call dan kompomkan tarikh jer..
Jadi..Jom jalan-jalan..eratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.
2 comments:
boleh tahu chalet yg saudari menginap berapa kos satu malam, terrima kasih.
Puan, harga amat berpatutan .. tetapi jumlah sebenar saya dah tak ingat.... kemudahan yang diorang bagi dan layanan sgt mesra.. rasa macam bercuti di kampung sendiri. Puan boleh call atau wsup puan norhidayati 011 20815529
Post a Comment