Monday, January 20, 2014

GUA KELAM PERLIS

Berkelah bersama keluarga..
Yahooo... lama dah tak buat aktiviti yg melibatkan keluarga mak-mak sedara aku sekali
Bila bersama macam ni..memang riuh jadinya..macam-macam pe'el ada..
Alhamdulillah, perancangan kami menjadi juga.. walaupun dekat..tapi ni dikira sebagai masa berkualiti bersama keluarga yg besar.
 
 
Awal pagi.. Danish dan Firas dah siap sedia dengan pelampung masing-masing..
Ibu pula sediakan makanan bekal ..
( hahahha...konon bawa bekal.. aku singgah beli kat kedai ja ..kekekke .. bwa pinggan kosong ja...)


Sampai ja di Gua Kelam.. Posing dulu.. dan ayah yg paling kedepan nak bergambar..
Love u dad... ( seorang ayah dan juga sahabat buat kami 5 beradik )
 
Masa kami ke sini.. ianya bukan musim hujan dan air agak cetek..
Sungai ni mengalir dari belakang gua, melalui gua kelam dan terus ke bahagian depan taman rekreasi ni.
Kami dikira antara pengunjung yg awal sampai.. tetapi...tempat paking dah penuh..

Bergambar sebelum masuk ke dalam gua.. siap bekalan..
 

 
Ok.. ini pula sungai di belakang gua.. kami dah Berjaya melepasi Gua yg panjangnya 370 meter dengan kemudahan titi gantung di dalamnya. . 
Air memang sejuk sungguh.... Firas berendam kejap ja... dah mula menggigil.

 
Nampak kan ..kesan lumut di tebing sungai..kalau musim hujan..memang air cukup banyak..
 

Secret Garden di Gua Kelam Perlis
Tangga ni membawa kepada sebuah lagi gua..tetapi kat dalam gua ni takda lampu..
Jadi kalau korang rasa nak meneroka gua ni.. bawa lampu suluh sendiri ya..









Inilah pokok sintok.. 
Firas dan Shipul siap posing atas pokok sintok lagi..
Pemandangan kat dalam gua key..
Macam-macam bentuk ada.. sambil berjalan..korang boleh dengar deruan air sungai kat bawah jambatan tu..

Geng Gua.... kekekeke..
Lupa nak Tulis..kalau nak masuk lam gua ni kena bayar tiket key..
Dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50
Rugi kalau tak masuk.. bukan senang nak rasa suasana berjalan dalam gua dengan selesa dan akan menjadi pengalaman baru buat anak-anak meneroka keindahan dan keunikan alam ini.

No comments:

Nufnang