Kali ini aku kumpulkan gambar tempat -tempat menarik yang pernah aku lawati di Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga kali terakhir kami ke sana pada Disember 2016. Sebenarnya idea nak kumpulkan semua gambar ni datang dari kawan aku. Dia bertanyakan tentang tempat menarik dan hotel yang ok dari segi budged dan suasana yg terdapat di Pulau Pinang. Jadi..jom layan gambar-gambar lama dan baru yg ada dalam koleksi peribadi aku..
TOYS MUZIUM

** Last aku ke Toys Muzium pada Disember 2015, maknanya Toys Muzium dah berpindah ke Teluk Bahang Penang. Pendapat peribadi..aku lebih sukakan Toys Muzium yg lama..terletak di hadapan Capthrone Hotel Tanjung Bunga. Suasana Toys Muzium di tempat baru agak hambar dan nampak kurang tersusun, cuma keluasanya bertambah. Bila aku dah masuk ke Toys Muzium di Teluk Bahang, aku tiada keinginan untuk kembali buat kali ke dua. Ini pendapat peribadi aku sehingga tarikh Disember 2015. Tak tahula kalau selepas tarikh ni, keadaan dan suasana di tempat tersebut telah berubah. Harap ada perubahan yg akan dilakukan oleh pengusahanya. Aku cuma rasa tak berbaloi dengan harga tiket yg aku bayar.
Movie yg buatkan aku takut pada patung ..satu ketika dulu..heheheh
Lanun sesat pun ada
My peberet movie..Harry Potter
BATU FERRINGHI
Pantai yang cantik.. di Batu Feringghi..
tetapi
pantai ni terletak di belakang hotel
Lone Pine so..tak ramai org dan pantai pun tak tercemar sangat
Pemandangan Senja yg cukup cantik..
TAMAN RAMA-RAMA
Nanti saya pasti akan jadi rama-rama yg cantik..
Nampak tak saya ? dah macam ranting pokok ja.... cuba cari..
Dan saya pula..seiras sesangat dengan daun jambu ni.. sama kan..
Aku tak tahu..spesis apa serangga ni..
Jom sarapan.
Kumbang gergasi di hadapan Taman Rama-rama
ENTOPIA
Kalau dulu dikenali sebagai taman rama-rama, pada penghujung tahun 2016 , ianya telah di beri sentuhan baru, dengan keluasan yang bertambah, dan info yang semakin bertambah maka namanya turut berubah kepada ENTOPIA.
Klik sini untuk maklumat di ENTOPIA .
Ini berdasarkan pengalaman aku dapat menjengah ke sana seketika.
TAMAN BOTANIKAL
Yang ni Pula di taman Botanikal Pulau Pinang
Masih lagi.. di Taman Botanikal
Buah yang unik ..entahla buah apa..
Ini pula bunganya .. cantik..tapi Nampak cam ganas ja..
Ada encik Nyet tumpang beteduh..
TAMAN HERBA
Ini Pula taman Herba Pulau Pinang luas wei..tak larat jalan..
Banyak pokok herba yg kekadang ada kat depan umah..tapi aku tak tau pun bleh buat ubat..
Masuk sini mesti bersedia untuk derma darah pada sang nyamuk..tapi jgn risau..sebelum melangkah masuk.. diorang dah bagi losen serai Wangi utk sapu bagi mengelakan ciuman berdarah....kekekeke..
BUKIT BENDERA
The Owl Muzium.. kat atas bukit bendera key..
Pemandangan dari atas Bukit Bendera.. Nampak Jambatan Pulau Pinang. Naik la awal pagi..sure lagi Best..Nyaman ja..
Owl.. tulis surat utk Harry Potter
PASAR MALAM BATU FERINGGHI
Pantai ni di area Batu feringgi..berhampiran Night Market yg panjang tu..
Boleh habiskan duit korang naik semua benda tu...bila malam..habiskan di Pasar malam plak..
Ini adalah lawatan aku pada tahun 2013..seriuse aku cakap..pantai ni nampak tercemar..sedih aku nengoknya.
Inilah dia..Night Market..Panjanggg....... boleh memancing kat sini. Harga Boleh tahan..
Pepandaila minta kurang..
PADANG KOTA
Pasembor Penang.. wajibla makan kalau dah sampai
Mee Rebus Penang..
WONDERFOOD PULAU PINANG
Tempat baru yg aku kunjungi pada disember 2015 . Nak tengok gambar yang lebih banyak masa aku melawat ke situ, klik
SINI
AKUARIUM BATU MAUNG PULAU PINANG
Jom tengok ikan di Akuarium, Klik
SINI untuk gambar yang lagi banyak.
FORD CORNWALLIS PULAU PINANG
Ini pula di Ford Cornwallis Pulau Pinang.
Jadi kalau nak tengok gambar lain kat dalam kota ni.. klik
SINI .. jgn segan segan key..
Semasa aku ronda kat sana..aku pernah lepak di hotel-hotel ni..klik la kalau korang pun sedang mencari info tentang hotel yang best, klik ja link kat bawah tu..
HOLIDAY INN PULAU PINANG
LONE PINE BATU FERINGGHI PULAU PINANG
COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG
BAY VIEW BEACH RESORT PULAU PINANG
OK.. dah habis gambar..semoga sedikit sebanyak membantu percutian anda sekeluarga..
Pastikan jadual dah disusun sebelum tiba ke tempat percutian..agar kita tak membuang masa di sana nanti.. dan meletihkan badan drive ke sana sini.. last-last banyak tempat yg tak sempat nak jengah..
Lepastu..pastikan korang kompom dah tahu jalan..kalau tak tahu..gunakan kemudahan yg ada..jgn jadi cam aku..semasa nak ke FRI tu, berlagak ingat..rupanya tidak... huhuhuhu. Selamat Bercuti key..