Wednesday, August 28, 2013

Kemalangan yg tak dipinta

Minggu lepas..rasanya macam minggu yg agak menyesakkan bagi kami sekeluarga. 23 Ogos 2013 bersamaan hari jumaat.. ayah aku menjalani pembedahan.. Dia mengalami masalah angin pasang surut. Pembedahan yg bermula pada jam 3.00 ptg dan berakhir pada hampir jam 7.00 malam benar-benar meresahkan kami sekeluarga. Rupanya semasa pembedahan dijalankan doktor menemui 2 lubang yang perlu di tutup bagi mengelakkan masalah usus ayah masuk ke dalam kantung zakar kembali berulang. Ketika pembedahan dijalankan... kesan ubat bius pada ayah  semakin berkurangan kerana tempoh masa yg lama..membuatkan ayah mengadu dia amat sakit. Bagi meneruskan pembedahan, doktor mengambil keputusan untuk bius ayah sepenuhnya. Kesian ayah..semoga ayah cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.

Keesokan harinya, petang sabtu..satu lagi tragedi berlaku. Adik kedua aku Mawi dan Isterinya Nida telah mengalami kemalangan jalan raya. Mereka telah berlanggar dengan kereta Exora . Nasib Mawi memandu kereta ayah... kalaula mereka naik si kancil kecil tu..aku memang tak dapat membayangkan bagaimana keadaan mereka. Alhamdulillah.. mereka selamat..cuma sedikit kecederaan yg di alami. Namun kami tetap risau akan keadaan kandungan Nida.. masih terlalu kecil. Semasa kemalangan berlaku, adik ipar aku, Nida telah berubah kedudukan dari tempat penumpang ke atas riba mawi yg sedang memandu.

Pemandu kereta Exora tersebut mengakui kesalahannya yg tidak berhenti di persimpangan jalan dan dia sedia menanggung kerosakan yang di alami oleh kami.
 
Keadaan kereta ayah dari pandangan tepi
 

Sedihnya... kesian keta ayah..

Keadaan si Exora.. suami aku cakap dah jadi macam kura-kura terbalik. Body kereta ni dah jadi sedikit macam huruf V.. Pemandu kereta cedera agak banyak jugala.. kepala dia berdarah teruk.. tetapi still boleh bangun dan call family dia utk maklumkan hal kemalangan. nasib dia naik sorang ja.
 
Kemalangan ni berlaku sekitar jam 6.30 ptg sabtu 24 ogos 2013 .. tetapi kami semua merahsiakan dari pengetahuan ayah aku..sebabnya ayah agak mudah terkejut dan degupan jantungnya kadangkala amat berlahan.. jadi.. kami amat- amat risau nak maklumkan kejadian ni.
 
Sekitar jam 10.30 malam baru aku berjaya sampaikan hal ni pada ayah. Aku dan bapa saudara ditugaskan memaklumkan hal ni.. Pergh..berpeluh aku dibuatnya. Susahnya nak memulakan cerita..tetapi..terpaksa di ceritakan juga. Sebab ayah dah mula suspek ada yg tak kena..
Beberapa kali bapa saudara aku berulang alik ke katil ayah utk maklumkan benda ni.. tetapi tak berjaya.
Akhirnya..dengan isyarat semangat dari mak..dan selepas berpuluh-puluh kali aku karang ayat yg sentiasa bertukar di otak ni..aku berjaya melaksankannya juga. dengan penuh debaran. Ayat pertama yg aku mulakan..
 " kereta ayah merajuk la ayah.. dia masuk workshop petang tadi  "  terus ayah sambut..  " laa.. awat pula..tadi abang wi naik ok ja ". 
 "Itula.. Mawi la punya hal la ni ayah.., dia pi sondol keta ezora pula....tapi rosak sikitttt.. ja.... Mawi ngn Nida pun ok..langsung tak luka " ( tipu sunat sikit , boleh kan ? ..ampun ayah ..) 
pergh..lepas ayat tu keluar.. aku rasa lega.. dan ayah pula macam cool ja.. mak pula setia kat sebelah ayah..sambil menggosot dada ayah..
Lepas tu ..kami pun ceritakan apa yg terjadi ..Alhamdulillah..ayah boleh terima.. tetapi..keadaan sebenar kereta yg rosak teruk..kami belum sampaikan. Keesokan harinya, baru kami tunjukkan gambar sebenar kereta yg rosak tu..itu pun selepas berkali-kali ayah minta nak tengok gambar eksident tu.. terus ayah cakap..
" Ish, teruk juga ni..  habaq kat ayah kata sikit ja " .. jadi kami anak-anak di sekeliling.. sengeh macam kerang busuk ja.. Kami sayang ayah.. kami tak nak apa-apa terjadi pada ayah.. nak ayah sihat macam selalu.. nak ayah kenakan kami macam selalu.. jadi..kami tipu sikit jaa..
Mawi dan Nida yg rancang nak balik Johor pd hari ahad, terpaksa tangguhkan perjalanan mereka kpd hari isnin. Habis badan diorang lenguh dan keadaan kandungan Nida juga merisaukan kami.
 
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya..dan kami menerima semua ini dengan redha.
Semoga semua selamat dan berbahagia selalu.
AMIN..

2 comments:

Ibu Ayra said...

teruknya keta ayah akka... mujuq mawi n nida ok...

mela said...

Tula..keta rosak kita leh repair ..kalau org yg sakit..memang susah hati..

Nufnang