Wednesday, March 13, 2019

PALM GARDEN HOTEL PUTRAJAYA

Lepas aku kenyang, tetiba baru ternampak rakan - rakan dari cawangan lain yang sedang lepak di situ, maka dengan ramah tamahnya aku pun menegur sapa menyapa.. tapi tak berani dekat !! . Salam jauh -jauh gitu.. sebab aku sedar diri..last aku mandi sebelum subuh di pagi hari yang sepi tadi.. atas rasa keinsafan, setelah hampir menjadi ikan stim di dalam bas .. maka aku undurkan diri dengan penuh tata susila .. 
Bila berjaya melepaskan diri dari cafe, hati pun bersorak girang.. aku nak tidorrr..nak kuak lentang atas katil.. maka misi mencari bilik pun bermula. Bilik aku tingkat bawah sekali.. laa.. rugi ! rugi !! .aku nak main lif... aku nak naik lif ni.. 
Masuk ja bilik... wahh.. harum.. bau macam Hotel.. 

Tilam gebu gebas, ada sliding door, ada balcony tapi aku sengsorang..tak berteman.. eee..sunyinya..dan rasa sepi la pulak. Jadi.. operasi pertama.. on kan semua lampu yang ada.. haa.. tapi still tak terang benderang..lampu hotel katakan... nak cerah..kena masuk lam tandas. Pastu buka TV..kasi ada orang bercakap sikit... pastu..baru boleh buat operasi seterusnya.. operasi apa? biarlah rahsia....

Aku dapat bilik berdua.. pegawai besar boleh la dapat bilik sengsorang.. tilam Super Single, bantal 3 bijik.. tapi yang bestnya..bantal di sini pendak-pendek, bukan standard aku beli kat kedai tu.. walaupun pendek..tetap gebu dan tidoq mati sampai tahap tak sedar malam tadi ada bunyi rimau mengaum atau tak. heee... 
Keesokannya bila aku jumpa geng yang lain, ramai yg cakap tak boleh tidur, sebab berubah tempat ..pastu teringat anak.. aku sengeh cam kerang rebus ja..sebab aku tak alami semua tu..letak ja kepala.. baca doa tidur,pastu baca ayat kursi .. ( aku tak pasti habis atau tak aku baca )  aku dah Lupp...macam orang tutup suis lampu...kelam....hahaha. Inilah hasilnya bertapa di dalam bas.

Layan gambar la yerr.. 
Perabot dalam hotel ok.. Kebersihan pun tahap baguss.. Keluasan bilik pun memuaskan dan kemudahan asas semua ada. 

Tandas takda bathtub. Kalau ada , lagi aku nages.. sebab tak sempat nak berubah jadi mermaid pun... Jadual yang aku dapat, esok pagi pukul 9.30 dah mula perasmian.
Tapi.. bab makan memang meletop.. 5 kali sehari. Aku aku tak sempat nak rasa lapar. Menu pun best.. seafood ..kambing.. pergh... bila balik sini, kawan baru pun muncul di pipi.. cik jelawat muncul lagi..


Nampak.. apa yg ada..



IoI sebelah malam. Dekat kan .. nampak cam dekat, tapi kena melintas jalan.. 

Ioi Sebelah siang.. 
Sebenarnya hotel ni ada kolam mandi..tapi sesungguhnya.. aku tak sempat nak tawaf pun. Niat di hati selepas habis majlis petang nanti, aku nak buat lawatan makcik-makcik masuk pekan, sebab bas pukul 10.00 malam . Majlis habis pukul 5.30 ptg.. ada lebih kurang 4 jam utk aku melepak. Tapi apakan daya.. kawan aku nak jumpa kawan la pulak.. aku pun tak nak la terkial -kial sengsorang kat hotel, maka lepas ja maghrib, terus chek out. 


Ni suasana di bahagian depan bilik aku. Nasib malam tadi takda bunyi aneh dari mainan ni semua.. tapi.. kalau ada bunyi aneh tahap gaban pun.. rasanya aku maintain tidoq dalam iman.. hahaha..

Pukul 9.40 malam, kami dah tercegat di stesen bas Putrajaya. Penat kemarin pun tak hilang lagi.. dah nak tempuh perjalanan jauh pulak.
Disebabkan aku ni adalah co-pilot tebaik, sepanjang perjalanan aku melangut ja merenung bulan dan bintang..pastu layan movie.. memang spesis tak leh tidor kalau naik kenderaan. 
Pukul 5.30 pagi kami sampai di Stesen bas Kuala Perlis. Ramai pelancong asing nak ke Langkawi. Jadi aku pun budged cam nak pi Langkawi gak la.. hahaha..
 Alhamdulillah.. selamat sampai. 28 - 29 Januari 2019.


Monday, February 25, 2019

PERJALANAN KUALA PERLIS - PUTRAJAYA ( 11 jam weiihhh.. )

Assalamualaikum..... 
Nak dengaq cerita dak...alkisah sorang makcik yang terperap kat dalam bas selama 11 jam.. Nasib dalam bas tu sejuk..kalau hangat berkuap.. rasanya dah jadi ikan masak stim , tapi isi liat sikit.. 
Bila dikenang dan ditenung - tenung.. apala dosa makcik malang tu kan... 

Al-kisah bermulalah perjalanan makcik nak ke Putrajaya.. kena pi dengaq taklimat la pulak.. tapi. kali ni syarikat kontraktor yang taja.. jadi.. berangan lah makcik nak bergolek atas katil Hotel. Hari yang di tunggu pun tiba.. makcik nak pi Palm Garden Hotel.. sebelah IOI oi.. syiokla makcik berangan nak pi main ice skatting.. ha  ha  ha  ha. . . 
Lebih malang..kalah lebai malang..sebab makcik salah inpo.. dalam email dah tulis.. boleh naik kapai trobang.. pihak kontraktor bayaq semua.. tapi..sebab lebih exxcited ..makcik cepat-cepat beli tiket bas Cosmic dari Kola Perglih teruih turun di Putrajaya.. Makcik amatla seronok sebab pertama kali nak naik bas 2 tingkat. Seumuq hidup tak pernah naik lagi bas tinggi tuuu,  Tapi..   makcik ambik tiket bawah jer punn... hahahahaha... 
Dah puas berangan.. 1 minggu sebelum bertolak.. makcik dapat call... makcik dipersoal..kenapa tak naik benda terbang tu.. adusss... terhentak sat hati makcik... sedih.. tua sangat ka makcik ni...tak boleh paham isi email  tu? hishhh....tak puaih hati..makcik cek orang lain yang dapat jemputan sama ... rupanya depa pun sama... tua dan rabun macam makcik.. beli tiket sendiri jugakkk .. hahaha..makcik ada geng..takpa.. padan muka semua !. Jadi..sahla..bukan salah makcik.. tapi salah email tu haa...        ( ok.. tak nak ngaku salah sendiri  )

Nak tau apa yang jadi sebenaqnya sampai 11 jam perjalanan dari Kuala Perlis - Putrajaya ? Rekod terbaru yang berjaya makcik rekodkan.. sepatutnya 5-6 jam dah sampai.. ni dah macam nak turun di Johor la pulak !
Macam ni.. panjang ni.. 11 jam..hampa  jangan lena masa membaca na.. penat makcik karang.

Putrajaya ! Putrajaya ! ...cepat..sapa lambat kenai tinggai !!!
Inilah bas Cosmic yang masih dara dari stesen Bas Kuala Perlis. Bas cantik.. makcik bagi markah 4 bintang. Masa pun tepat.. 9.15 pg.. bas dah sedia nak bawa makcik jenjalan. Kalau hampa nak pi Pulau Langkawi, ambik bas terus ke Kuala Perlis. Senang..pastu jalan kaki ja pi Jeti..dekat sangat.. Takyah nak call teksi atau grab ka.. Dari stesen bas ni memang la tak nampak jeti..tapi jalan ja ikut laluan berbumbung yang disediakan, hampa akan nampak Jeti ke Langkawi. Sebaiknya makcik cadangkan hampa sampai Kuala Perlis sebelah pagi, Jadi boleh naik feri awal..sampai Langkawi pun awal.. baru la tak rugi. Kalau sampai sebelum subuh..jangan risau.. ada masjid terapung. 


Naik saja bas...wahhh ..makcik suka yang amat.. sebab set warna purple.. bahagian bawah ni cuma ada 3 baris kerusi sahaja ! makcik kompomla ambik single seat... Jadi.. amatla lapang dan selesa. Dan yang lebih penting... dari Kuala Perlis ke Kangar.. ( singgah ambik penumpang di Kangar ) cuma kami berdua ja kat dalam bas. Haaa.. ambik kaw.. Tingkat atas pun belum ada penumpang. Campur driver 2 orang.. kami 4 orang ja 1 bas. Dan...dan... disediakan suis untuk cas tipun atau laptop..horeyyy.. layan movie spjg jalan.... tapi..guna data sendiri.. semua nak percuma..melampau !!!



Ini pulak suasana di tingkat atas.. banyak kerusinya.. jadi agak sempit la.

Ini Tangga. Lif ngn escalator makcik tak jumpa pulak. Haa.. sebelum makcik lupa.. nak habaq kat hampa semua.. bas dua tingkat tak da tempat letak beg kat atas kepala tu key. Semua masuk lam perut bas . Tapi makcik bawa beg kecik ja.. orang tua-tua..tak larat nak heret beg besaq... angkut masuk dalam bas teruih la.. tempat makcik duduk tu pun luas yang amat.. Boleh letak beg AF kat situ.

Ni Pintu kecemasan.. sebelah tempat makcik duduk ja. Ada Tv..tapi depa tak ON pun.. baru betui..tengok TV kan ?..
Tirai tu pemisah antara makcik ngn dreba.. dreba tu pemalu..dia takut makcik ushar dia pulas stereng.. . kekeke...
Dalam 15 Minit.. kami pun sampaila ke Stesen Bas Kangar. Maka bermula lah perjalanan bersejarah makcik selama 11 jam.. Pergh.. patah pinggang..lucut sendi lutut makcik.. lap aiq mata sat dengan hujung lengan baju.. isk..isk..isk.. 
Bila masuk ja stesen.. nampak banyak bas duk melepak kat sini. Makcik ingatkan kut awal pagi.. bas singgah sarapan ...

Telahan makcik sesia belake... Abang - abang JPJ tengah buat operasi la.. Dekat nak raya Cina.. jadi.. Operasi pun Bermula.. Nampak tu abang JPJ buat apa? duk cek angin tayar la... pastu..cek tayar ok ke tidak.. ada bunga ke..ada batu ker.. tinggal daun sahajerr.. Lepas tu... cek driver.. semua driver kena pi kencing . Cepat ..Kencing !!!! kencing la cepattttt !!! 
Harapan makcik nak chek -in seawal yang mungkin kat Palm Garden tu dah jadi angan-angan mat jenin.. Dreba ke -2 kata..dia takda AIQ KENCING !! Baru lepas KENCING..macam mana nak KENCING  ni !!!  ???? adoilaa.... 
Lepastu...satu hal lagi.. abang -abang JPJ ngn kakak kakak JPJ yang bertugas tak ramai sangat.. bas dah banyak bijik .. pastu hampa cuba kira berapa banyak tayar bas yang ada di setiap bas ? hah, cepat Kira !! makcik dah semakin tegang ni.. stress..ingat pun dah stress. Lepas tu..cek meter bas, cek buku Log bas.. tak kira lagi kalau buku log ada masalah.. bertekak ngn dreba bas pulak.. Pergh..susah jugak jadi JPJ. Tapi.. makcik sebagai penumpang ni..lagi la susah hati.. pukui berapa nak sampai Putrajaya? nasib makcik pi ngn kawan..kalau sorang -sorang.. pening kepala pakcik di rumah nun ha... kesian pakcik.. 
Akhirnya.. penantian pun berakhir.. jam 10.20 pagi.. kami bergerak meninggalkan Stesen Bas Kangar.. ada bas yang lebih awal dari kami pun belum dapat bergerak. 1 jam lebih makcik bersabar kat dalam bas.. siap ulang pi jamban .. 

Hampa tau.. makcik gayat..sebab depan makcik luas.. jadi makcik pakai tali pingganggg... hahaha...Utamakan keselamatan key. 

Lepastu ..makcik buka buku..Namaku MALALA..pastu..makcik layan Movie..

lepastu..tengok tengok..baru sampai Stesen bas Changlon Kedah.. 11.00 pg.
11.25 pg  ..    Stesen Bas Jitra
12.00 tgh  ...  Stesen Bas Alor Setar.. ( wahhh..rajin menyinggah rupanya.. )
2.22 ptg... RnR Bukit Gantang.. singgah makan 
4.40 ptg.. Trolak ( hujan lebat )
Lambatnya nak sampai... makcik dah tahap bersila, bersimpuh, berlunjur dan bangun berdiri kat dalam bas . Huh .. makcik bossannn... Untuk makluman, kat dalam bas kami cuma ada 14 orang sahaja penumpang.. tingkat bawah cuma ada 3 orang.. sorang lagi makcik yang berusia 70 tahun lebih.. nak ke rumah anaknya di Cyberjaya. Makcik memang otai lah..berani..dan kuat. jalan pun dah tak berapa nak tegak. Jadi.. kami bertiga kat tingkat bawah ramah tamah la menyembang.. siap buat teman ke tandas . Kekekek.. lupa nak tanya nama makcik.

5.48 ptg.. Tol Sungai Buloh
6.14 ptg.. Tol Duta 
Bas ni tahap mengesot dah aku rasa.. Jem ..orang balik kerja... huhuh...
7.39 petang .... TBS turunkan penumpang.. 
sepatutnya kami berhenti di Stesen Bas Duta.. tetapi.. penumpang dah lari naik bas lain..sebab bas kami lambat sampai di Stesen Alor Setar tadi. Rezeki juga la.. kalau singgah di Duta.. mau makan masa lagi panjang ..
Akhirnya..penantian dan kesabaran yang dah senipis kulit bawang berakhir juga.. sesuatu yang bermula..pasti akan ada pengakhirannya.. kan... ? 8.15 minit malam.. kami sampai ke Stesen Bas Putrajaya..

Tak cakap panjang..kami book grab..sepantas kilat permohonan di reply.. ohh.. rupanya dreba grab dah ada di situ..sedang makan angin dan membawang di bawah pokok di tepi jalan sesama merekaaa... ramai rupanya.... jadi..jgn risau.. sampai sini..grab banyak..tapi kalau sebelah awal pagi.. takla ramai sangat.. ada tetap ada..
Hasil dari menemuramah dreba grab.. ada sesetengah diorang full time jadi dreba grab... pendapatan pun boleh tahan.. Betul lah kata pepatah.. Di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Cewaahhhh..pandai makcik berpepatah pulakkk..

8.38 mlm..  Palm Garden Hotel berjaya di jejaki juaaa... 

Setelah ombak dan badai ku tempuhi..  perkara pertama kami lakukan lepas chek in adalah menuju ke cafe. Pandai pula cari Cafe, dengan beg besar di bahu..menonong saja masuk ke cafe.. terus kami berdua jadi perhatian... hahahaha... tapi..kami hati kental, letak beg..terus ambik pinggan dan makan la dengan lafaz Bismillah....sebab menu best malam tu adalah gulai Kambingg... mengembek sakan la atas katil ... Bila dah selesai makan.. tetiba suasana menjadi tenang.. baru aku nampak berapa ramai sebenarnya org kat dalam cafe tu.. dan ada beberapa orang yg aku kenali.. tadi tak kenai pun.. dah kenyang.. kenal la pulakkkkk.... hahahaha..
Ni gambar pertama aku snap lepas sampai hotel dan selepas kekenyangan..

Maka dengan ini..berakhirlah kisah perjalanan 11 jam makcik yang amat mendukacitakan... nanti makcik sambung gambaq di hotel pulak na... Hampa tak lena kan baca ni ??? 



Thursday, February 7, 2019

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Sapa pernah sampai sini ? duk dendiam.. sebab kalau dah termaktub dalam kad pengenalan tu kod 02 , dan memang orang Kola Kedah, mesti dah lalu ikut sini beratus juta kali kan. Aku lalu ikut sini masa muda remaja dulu..awal tahun 2000 . Lepas tu.. takda punca dan takda alasan aku nak menjenguk ke sini. Bila aku sampai sini semula setelah berbelas tahun banyak yang dah berubah. Dah semakin cantik dan semakin tersusun. Namun suasana Kuala tu masih tetap ada. Kesibukan nelayan dan panasnya angin laut masih tetap serupa.


Muzium Kota Kuala Kedah, seriusss...banyak sangat  sejarah tentang benteng Pertahanan Melayu yang tertua di Utara Semenanjung Malaysia. Masuk sini adalah percuma. Jangan risau, bawa lah jiran-jiran sekampung, tiada sebarang caj dikenakan. 


Sejarah Kota Kuala Kedah. Korang baca sendiri la key.. klik gambar tu.. nanti bertambah besar la ia.. tak paham bahasa melayu.. baca bahasa mat salleh tu key. 








Tembok ni memula dibina dengan tanah liat, kayu bakau dan buluh, semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah ( 1602 - 1620 ). Kemudian takdir menentukan segalanya, tembok ni rosak akibat diserang musuh dan dibina semula menggunakan batu bata pada tahun 1771 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Pada 12 November 1821 kota ni diserang pula oleh Armada Siam. Lepas tu, bila Jepun menduduki tanah Melayu, kota ni dijadikan tempat geng  askar jepun la pula. Jadi..tempat ni menjadi antara saksi utama jatuh bangunnya tanah Melayu.

 Ini adalah bangunan Muzium di dalam kawasan Kota Kuala Kedah. Tak silap aku, bangunan ni adalah bangunan asal yang di baik pulih. Bangunan ni ada kisah nya sendiri, tapi aku tak ingat.. yang pasti memang ada. Dulu ada banyak lagi bangunan lain sekitar sini , yang dijadikan sekolah dan bilik guru. Mengikut kata Pak cik guard yang bertugas hari tu, tiang -tiang putih yang ada tu , adalah sebahagian dari bangunan sekolah dan rumah guru. Maaf kalau aku tersilap.
Korang nampak kan, sekeliling kawasan ni dilindugi oleh tembok yang tinggi. Ada tempok yang menghadap kuala dan kawasan Paya. Jadi, bayangkan suasana zaman dahulu, apabila pemerintah berada di dalam Kota dan menjalankan tanggugjawab Baginda. Aku juga membayangkan suasana ketika kota ini diserang oleh pihak musuh. Banyak lubang meriam yang teredia di sekeliling tembok.  Aku cadagkan korang datang sendiri dan ambil masa yang secukupnya untuk melihat sekeliling tembok dan fungsi tembok ni di bangunkan. Sejarah adalah sesuatu yang harus kita hargai dan sampaikan kepada pewaris kita yang seterusnya. Agar mereka mengasihi dan menyayangi Tanah air ini yang dibina dari pelbagai kisah suka dan duka. 
Itula.. dulu aku dah mohon nak jadi pegawai kurator.. tapi tak dapat.... frust gila. sebab..aku tak belajaq semua benda ni.. sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi .


Kota ni terletak di muara Sungai Kedah, hanya 10km dari Bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat menghadap ke arah Selat Melaka, tembok Selatan pula menghadap sungai menghala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok menghadap kawasan paya, bahagian timur tembok pula menghadap perkampungan nelayan dan sawah padi.

 Nampak tak tembok di sebelah laut.. ada pintu di situ.

Kami 4 beranak cuba nak memahami isu surat ni. Aku masih gagah membaca..walaupun sekali sekala rasa di telan ombak laut.. kekeke.. sebab..aku taknak tunjuk kalah pada anak anak , bahawasanya aku pun tak paham .. hahahaha...
Jadi.. cuba korang translate sat surat kat atas tu.. mana satu nama.. mana satu isinya.. yang pasti..hari khamis ,29 syawal 1309. 

Ini lagi satu surat. Wahai kengkawan sekalian, marilah sesama kita menghayati bahasa melayu lama. Akak konpiuse.. tak rela pening sengsorang. Walaupun berkali kali cuba baca..akhir sekali.. tak paham jugakkk.. hahahaha...

 Inilah kualanya. Jadi bayangkan ketika Kota ini diserang. Pihak musuh berlabuh di Kuala ni..dan cuba melepasi tembok yang ada... 
Mendung.. hari mau hujan..

Masih lagi di Kualanya.. kalau korang nak datang ke Muzim ni. jambatan nun di hujung tu.. wajib korang lalui. Melainkan korang naik sampan  atau berenang..jadi takyah la naik jambatan tinggi tu. Atau, kenderaan korang jenis boleh digunakan di darat dilaut atau di udara. Sahabat aku.. si doremon ada benda tu semua.. tapi aku dah putus hubungan semenjak dia declare dirinya adalah seekor kucing. Sekian... 

Monday, January 14, 2019

PULAU BUNTING YAN KEDAH

Pulau Bunting Yan Kedah.. sudah terlambat untuk kami menaiki jambatan ni. Jambatan ni orang kata MISTERIII... sebab tak tahu apa tujuan sebenar pembinaannya. Dibina sekitar tahun 2004 , aku pun tahu dari blog orang lain. Jadi jangan tanya aku tujuan sebenar-benarnya jambatan ni di bina.. sebab di Pulau Bunting tu..bukannya ada manusia pun yang tinggal di situ. Hanya ada kubur lama, jangan tanya kubur siapa.. aku tak tahu..hahaha... korang baca jer, sebarang persoalan yang naik di otak. sila layan sendiri key.. dan silalah google sendiri. Kalau tanya uncle google, korang akan jumpa banyak lagi gambar pulau dan jambatan ni. Aku letak 2 keping saja, sebab aku tak boleh nak ke seberang.  Jambatan  Di TUTUP.. pada penghujung tahun 2018 haritu..
Alaa.. frust la.. sebab orang cakap pemandangan di Pulau Bunting cantik. Air pun dah membiru.. kalau kat tepi nih, aku boleh tengok air kelabu pekat jela..  sama macam kat kampung aku..
Sebelum korang sampai ke sini, kalau dari arah Sungai Petani, korang akan jumpa pintu masuk atau tapak  untuk mendaki Gunung Jerai . Jadi kalau korang dah sampai ke Gunung Jerai, maknanya dah tak jauh dengan Pulau Bunting. Jalan raya nya juga..sangat la luas .. tak macam jalan kampung pun. Tak caya, try ronda...padahal jalan lenggang gila.. untung la orang kampung di sini. 


Dari pembacaan yang aku dapat, panjang Jambatan ni adalah 2.3 KM . Panjang Pulau Bunting adalah 2KM dan lebar cuma 500 meter. Masa kami sampai sini setelah check out dari SWISS INN Sg Petani lebih kurang jam 2.00 ptg, ada 3 buah gerai jualan makanan dan minuman ringan dan beberapa buah kenderaan pelancong macam kami la.. haa.. aku pelancong kan ? kan ? kannnn ?


Langit membiru, laut membiru .. ( tengok air yang jauh ) biru mata hitam ku..sebab frust tak leh naik jambatan. Basikal siapa di sini ? itu pun MISTERI.. banyak betul anasir misteri kat sini. Yang kurang misteri adalah pakcik yang berniaga air kelapa kat sini, sebab dia orang Perlis. Jadi kadar misteri dah berkurangan. Makcik jual keropok lekor.. aku tak kenal asal mana..tapi keropok lekor dia sedap.. isi ikan lebih banyak dari tepung.. kalau tepung banyak, aku rasa macam gigit kulit kayu. Sakit gusi akak oii. Jadi untuk makcik keropok lekor, saya bagi 3 bintang di tengah hari buta yang hangat lit -lit. Atas dasar jiwa pelancong, maka aku tahankan saja tahap panas tu.. walaupun berebut bayang payung dengan anak -anak.. hahahaha.. 
Kalau sebelah petang, pakcik jual air kelapa tu cakap, ramai yang memancing di atas jambatan. dan ada juga yang berjalan kaki menuju ke pulau.. angin petang best la.. Jadi aku ngn laki aku bayangkan, kalau kami boleh buat business sewa basikal kat atas jambatan ni ? mesti laku kan ? idak pun..beca yang kayuh sendiri.. kompom laku.. 
Walaupun panas, tetapi angin laut tetap best. Kami tak lepak lama pun.. sebab kami nak menjejak sejarah lama di Kota Kuala Kedah pulakkk..
Jom la kita ..




Monday, January 7, 2019

SWISS INN SUNGAI PETANI KEDAH

15 Disember 2018 kami sekeluarga melepaskan kerinduan pada Mee Udang Pulau Sayak. Jadi lepas makan kami nak pekena ais krim Gunung Jerai di Pantai Merdeka pula, bila sampai Pantai Merdeka.. mak aii..ramainyer manusia. Parking penuh.. lepas 2 kali pusing ..dapat la juga kami nak park kereta.  Masa kami sampai, dah nampak cuaca mendung..tapi belum hujan.. aku pula atas dasar sediakan payung sebelum hujan, dengan rela hati mengheret payung tu macam bawa hand bag gitu..
Bermula la edisi nak makan ais krim... tapi sebelum tu..nak la jenjalan kejap.. bagi mee dan udang kat dalam perut tu turun kat tempat lain kan... baru 3@4 gerai kami lawati, hujan turun selebat-lebatnya. Maka berakhirlah impian si gunung Jerai... Nak lepak kat dalam gerai pun dah tak boleh.. penuh manusia yang mencari perlindungan. Maka dengan rela hati kami pun beralah, membawa hati yang calar di dalam tangisan hujan petang yang di bawa awan komulonimbus ... kekeke...  sebelum karangan ni jadi lagi ke laut, baik aku ke topik utama.. 

Kami Check In di Swiss Inn Sungai Petani pula kali ni. Harga aku dapat kali ni cuma RM80.00 untuk bilik standard . Wow... murah kan... sebabnya aku gunakan point dari Agoda. Aku tebus semua mata yang dah aku kumpul bagi tahun 2018. 


Masa check-in di sini pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari. Kawasan parking ada...tetapi tetapi tetapi.. kalau balik lambat selepas meronda tak sedar diri .. menapaklah korang untuk masuk melalui pintu hadapan hotel..bahagian receptionis ni haa...sebab kena parking nun di belakang hotel. Kalau korang balik awal takda masalah.. parking di court badminton / tenis ( entahla yg mana satu) pastu boleh masuk ke hotel melalui laluan tepi hotel. Ada lift di situ.

Bilik Standard untuk katil single. Aku minta katil queen , tapi dah habis. Biliknya luas.. dan bersih. Cuma perabot agak lama sikit. Tiada bau aneh dan bunyi bunyi aneh....
3 beranak di hujung tingkap dah teruja pada sesuatu... 

Air mineral 2 botol, nescafe 2 ,gula 2 , krimer 2 ..ok tak cukup... takpa.. aku dah bawa bekal dari rumah... jeng jeng jeng... Min Kaffe ..
Simple Toiletris .. ko bayar murah..nak lebih lebih pulak kan... 

Nampak berumur sikit kan almari ni.. tapi masih elok.. takda cacat cela pun..

Tandas bersih, tiada haruman aneh..

Bilik ni takde bathtub.

Haaa... inilah yang di tenung oleh 3 beranak tadi.. Kolam mandi memang luas.. di sebelah atas gambar tu untuk kekanak kecik. Kolam besar ni pun kedalamannya berbeza. Masa kami sampai petang tu.. ramai yang sedang mandi. Sebab di sini orang luar boleh mandi ..cuma perlu bayar jer. Berapa harga aku tak pasti untuk sekali masuk. Kat sini juga ada kelas untuk latihan renang. Maka meriah la... 
Gambar ni pula aku ambil pada pagi ke dua. Selepas ja sarapan.. terus berendam. Kasi tanggal daki-daki mana yang patut.

Masih lagi suasan di tepi kolam. Pada sebelah petang, ada gerai menjual makanan dan minuman ringan. Boleh la..sambil teman anak -anak berendam, korang pula top pup bahagian perut yang dah rasa longgar tu.. Bola dan pelampung pun ada di jual. Pendek kata , pihak hotel takan biarkan korang balik dengan poket yang masih tebal seperti mana korang keluar dari rumah .. hahaha.. 

Pesta di hadapan Aman Jaya Sungai Petani. Hari pertama  selepas anak anak aku mandi kolam, kami melepak kat sini pula. Pusing kat dalam Aman sekejap dan mula la membuat tabungan di sini. Harga tiket nak naik benda ni semua sudah mahalll laa.. Tapi layan jela .. bukan setiap tahun aku bagi diorang naik benda ni semua..

Anak sulung aku nak sangat main ni. Aku tengok pun tak berminat . Hadiah dah berdebu.. entah hidup lagi ker tak mainan tu semua. Aku ingat lagi, zaman aku kekanak dulu, pesta ni memang di tunggu-tunggu. Hadiah masa zaman tu lagi menarik, kalau menang boleh dapat sampai satu dozen air botol , air kotak atau air tin. Kalau kalah, ko masih boleh dapat sekotak air kotak.  Selalunya kalau ayah bawa aku dan adik adik ke pesta, kami pasti akan bawa balik macam -macam jenis air minuman dan makanan ringan.Itu akan menjadi kebanggaan buat berminggu-minggu untuk di ceritakan pada kengkawan di sekolah.. hahahaha..  Sekarang hanya ada patung beruang, key chin , dan mainan kawalan jauh. Belum tentu balik boleh main semua tu.
Jadi disebabkan kami banyak menghabiskan masa di pesta, kami sampai di hotel untuk berehat dah hampir jam 11 malam. Maka kami pun masuk parking di tempat asal semasa check in tadi.. nun jauh di court badminton/tenis tuh. Sambil Usung air mineral dan makanan ringan, melangkah gagah menuju ke pintu di bahagian laluan tepi hotel . Sekali kunci daaa... adoila... jauhnya  nak menapak ke pintu hadapan di bahagian receptionis. Dah la tadi berkawad di tempat pesta , ni kena buat lawatan tapak hotel pula.. dari belakang tawaf ke hadapan.. nasib ko la nak... 
Keesokannya kami check out pada jam 12.00 tengah hari dan meneruskan sesi lawatan ke Pulau Bunting Yan kedah. Ok..berjumpa di hujung jambatan Pulau Bunting pula nanti... sekian lah yer...

Thursday, December 27, 2018

MEE UDANG USOP PULAU SAYAK KEDAH

15 Disember 2018 , sekali lagi kami ke Pulau Sayak . Memenuhi kehendak tekak, nak makan Mee Udang Pulau Sayak. Misi teristimewa aku adalah Mee Sotong. Kalau kali pertama aku ke sini iaitu pada 2014 kami menikmati makanan di Kedai Mee Yaakob, yang terletak bersebelahan kedai ni sahaja. Masatu  keadaan pantai agak bersepah, tetapi suasana tetap cantik. Pada kali ini, pantai lebih bersih. Tiada lagi sampah sarap kat atas pasir tu, jadi.. pemandangan bertambah indah.

Pilihan pada tahun 2018 adalah Mee Udang Usup pula Jadi.. apa komen aku tentang ,mee Usop ni ?

Saiz hidangan, pada aku memang memang banyak. Aku tak larat nak habiskan semangkuk mee tu.  Kuah  ok..ada perisa tetapi agak cair untuk aku. Mee Yaakob yg aku makan pada tahun 2014 lebih pekat. Sotong pula , alhamdulillah, masih segar dan manis. Aku alergik kalau makan sotong lama.. Jadi kalau sotong baru.. tahap alergik tu tak terasa sangat.
Suami aku pula oder Mee Udang. Katanya udang agak kurang manis, walaupun saiznya memang besar. Kami tak pasti sama ada ini adalah udang laut atau udang yang di bela. Danish pula oder Mee Goreng Ketam. Ha..ambik sekor ketam. Firas pula Nasi goreng Sotong. 
Kami sekeluarga bersependapat, makanan bergoreng lebih sedap dari yang berkuah . Korang mesti tertanya berapa harga sepinggan makanan ni ?. Aku bagi jawapan keseluruhan sahaja.. Mee Udang , Mee Sotong, Nasi Goreng Sotong, Mee Goreng Ketam dan empat gelas air Sirap Bandung, Milo Ais, Teh Ais dan Nescafe Ais berjumlah RM80.00 ++ .
Mahal ka Murah ? 
Untuk soalan adakah aku akan kembali semula ke kedai ni ? buat masa terdekat.. mungkin tak kot. Suasana ok .. kebersihan memang memikat, layanan pun tip top.. tempoh masa menunggu pun ok.. tak terlalu lama.. senarai menu pun banyak jenis, cuma kuah mee udang tu tak berapa nak memikat hati aku. Tetapi bagi sesiapa yang sukakan kuah cair.. boleh mai try makan di sini. Selera kita tak sama.. jadi tak salah mencuba. Tak cuba tak tahu kan.. 


Nufnang