Thursday, April 28, 2022

HOTEL SEAVIEW PULAU LANGKAWI

 Assalamualaikum,

Jom sambung kisah di langkawi. Untuk makluman, sebenarnya Seaview adalah hotel pertama yang kami terjah apabila sampai di langkawi, tetapi saja ja aku post tentang Adya Hotel terlebih awal. Sebab aku jatuh cinta pada view di Adya Hotel. Kisah cinta yang sukar untuk dilupakan.. hiks.. 

Selepas aku berjaya calonkan diri sendiri untuk ke langkawi, maka aku pun mulakan sesi seterusnya.. Soalan.. Sapa Nak Ikott ?  hehehe... 

Maka.. muncullah 3 orang sahabat .. Pertama PA bos..sebab dia mewakili Bos, Kedua tentulah orang paling kaya di pejabat kami, iaitu ibu duit .. urusan bayar membayar semua di dalam otak dia. Wakil ketiga adalah AJK Persatuan jabatan. Sebab majlis yg bakal dijalankan juga ada melibatkan sedikit aktiviti persatuan. Aku wakil Apa?  hurm... susah gak nak jawab.. anggap jelah aku wakil diri sendiri..👧💁  

Perjalanan kami bermula pada 29 Mac 2022 feri jam 10.30 pg. Pada tika dan saat kami ke Langkawi , trip feri ke Langkawi dari Kuala Perlis cuma 2 kali iaitu 10.30 pagi dan  2.30 petang. jadi, sah -sahla kami memang wajib kena bermalam di Langkawi. 6 buah hotel nak serbu, memang tak sempat untuk balik dalam hari yang sama.
Maka, bernyayilah kami kegumbiraan..hahaha..
Sekitar jam 11.45pg, kami selamat berlabuh di jeti Kuah.. Horeyyyy..sedut udara Langkawi dalam dalam, dan melihat wajah-wajah gembira yg keluar dari perut Feri.
Sampai ja sana, aku terus call untuk dapatkan kereta Axia kami. Ibu duit plak dah call wakil Hotel Seaview maklumkan kami akan sampai ke hotel dalam masa terdekat.
Hotel Seaview terletak di Lot 40, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi, Malaysia,
Pertama sekali.. mestilah terjah bilik dulu .Rasa macam nak buat kuak lentang dulu kat atas katil.
Suasana hotel adalah tidak mengecewakan..
Melangkah masuk.. ko rasa memang macam masuk hotel lahh..

Bilik Superior Double Room
Luas, dan ada pintu utk ke bilik sebelah

Susun atur setiap bilik adalah lebih kurang sama. Kecualilah bilik suite atau family room

Superior Twin.
Setiap bilik ada balkoni.
Kalau bilik menghadap laut, agak cantiklah. Tapi kalau menghadap bukit.. takda apa sangat yg nak dilayankan. 
Dan sesuatu yg aku perasan, balkoni agak kurang bersih. Lantai tak best.. mungkin bilik lain ok kott.




Hampa nampak apa yg aku nampak? tak nampak.. pendek umuq.. hahaha..
Kolam mandi, ada utk kanak-kanak dan dewasa. 
Kolam tak besar sangat, jadi kalau ramai yg mandi..memang rasa sesak lah.
Cumanya suasana agak menarik.

Cantik

Masih lagi di ruang kolam mandi
Kemudahan bilik gym. Semua penghuni boleh menggunakannya secara percuma.

Bilik ni wajib kami jejak. Bilik mesyuarat ada pelbagai saiz. Kemudahan utk bermesyuarat juga tersedia. Jadi tak yah susah hati, boleh meeting sampai bertanduk
Luas dan kemas

Ballroom

Masih di Ballroom. Susun atur boleh diubah suai mengikut kehendak penyewa
Ruang makan.. cantik kannn..
Of coz la cantikk... aku yang snap gambaq ni key. 
Sekali pandang ..macam gambar dalam majalah impiana plak.. hihihi



Rezeki kami pada hari tersebut, dipelawa untuk makan tengah hari.Katanya bolehla kami mencuba makanan diorang.
Yes, kami cuba.. alhamdulillah, memang sedap. Menu pelbagai dari juadah utama sehinggalah menu pencuci mulut. Rasa nak tambah, tapi malulah pulakk.. 
Cucuq ubi pun ada.. yg peliknya..sedap siot. entah tepung apa yg diorang guna.
Terbaiklah dari segi menu , rasa dan susun atur di ruang makan.

Pemandangan untuk Hill View. Sebelum nampak Hill, nampak bumbung rumah orang dulu.
Jadi control sikit mata tu..jgn duk zoom dalam rumah orang.. dose....
Sea View agak menarik walaupun pantai jauh dari hotel. Nak ke pantai, kena lintas jalan besar tu..

 Kat hotel ni ada beberapa perkara yang kami tak boleh nak terima. Ada yang tak sesuai dengan perancangan perjalanan majlis kami.
Tetapi masih boleh dipertimbangkan. 
Selepas kenyang perut, kami terus bergerak untuk ke Bayview pula. Kami cuma ada masa 30 minit sahaja untuk ke Bayview, dan dalam masa yg sama, kami punya keinginan untuk membeli cokelat.
jadi.. tau apa jadi pada kami ? 
hahaha... tunggu entry seterusnya...

Friday, April 15, 2022

ADYA HOTEL LANGKAWI

Assalamualaikum...

15 April 2022 bersamaan 13 Ramadhan..
Tahun ni aku direzekikan ke Pulau Langkawi , tanpa aku rancang atau bermimpi. Bak kata orang..rezeki datang bergolek, Alhamdulillah.
Jadi dapatlah aku update di sini..rezeki kawan-kawan untuk dapatkan info 6 buah hotel yang aku berjaya jejak atas tugasan kerja.
Penghujung mac, 29 Mac -30 Mac, bos arahkan kami ke Langkawi. Tanpa banyak soal, aku calonkan diri sendiri.. hahahaha...
Sebab utama , aku yakin aku boleh laksanakan misi yang bos nak, sebab aku suka hotel..aku suka bau hotel.. dan aku suka suasana holiday - eleh... macam lah org lain tak suka holiday... kihikihkih... 
Antara hotel yang aku jejak ni, ada ja yg bilamana aku melangkah masuk, dah ada bau yg kurang menyenagkan. Jadi awal awal aku dah tolak hotel tersebut dari terlekat masuk ke dalam senarai projek.

6 Buah hotel yang kami jejak adalah :

1. Seaview Langkawi
2. Bayview Langkawi
3. Goldsand Langkai
4.De Baron Resort Langkawi
5. Adya Hotel Chenang Langkawi
6. Adya Hotel Kuah Langkawi

Hari pertama , aku bersama 3 rakan lain berjaya jejak 5 buah hotel, dan hari terakhir adalah Adya Hotel Kuah.
Jadi harini aku post tentang Adya Hotel Kuah dulu.
Antara 6 buah hotel yang kami jejak, Adya Hotel adalah yang paling mahal bagi caj sewa untuk 1 Malam. 
Tetapi, Adya hotel adalah yang paling eksklusif antara semua hotel yang kami lawati.
Sebelum bertolak kesana, awal -awal lagi kami dah deal dengan pihak pengurusan hotel. Jadi tak sempat pun kami nak bersukaria atau shoping bagai.
Jadual dah padat mampat dan ketat. Tetapi alhamdulillah, masih sempat merasai mood bercuti. Bergelak ketawa dalam cik Azia yang kami sewa sebanyak RM 80 sehari semalam.

Melangkah masuk ke Adya Hotel, haruman hotel  bertaraf 4 bintang ni dah membuatkan hormon holiday aku tersenyum riang.  Lama aku tunggu nak snap gambar tanpa diorang berdua, tetapi apakan daya... banyak pulak isu yg diorang binchangkan di kaunter tersebut. Mungkin kawan lama yg dah lama tak jumpa kot.. 

Ballroom Adya hotel, sangat cantik dan terasa mewah dari segi hiasan dan juga pencahayaan. Bila aku melangkah masuk ke sini, titik utama pandangan aku adalah lampu di siling. Ballroom ni boleh memuatkan hampir 400 orang.. dan diorang ada 5 buah lagi bilik mesyuarat dengan pelbagai saiz mengikut bilangan tetamu. Cara susunan meja dan kerusi untuk setiap bilik mesyuarat boleh ditetapkan sendiri oleh pihak yang menyewa. Lagi penting, PA system dan segala kemudahan untuk bermesyuarat telah disediakan.

Deluxe Room

Deluxe Room
Tiada Bathtub ok..

Setiap Bilik ada balkoni tersendiri. Kalau nak sewa di sini.. ambiklah yang menghadap laut. Sesungguhnya.. cantik yakmat !!!
Tahap kebersihan adalah tiptop !
Cumanya .. hotel ni jauh dari pantai.. 
Jadi kalau hampa target nak pantai, Adya bukanlah pilihan yang terbaik.
Tapi kalau tujuan nak shoping, hampa boleh masukan Adya Kuah dalam senarai.

Suite
Bilik sangatlah luas, ada ruang makan dan ruang tamu berasingan
Ruang tamu suite. 
Pentry pun ada ruang berasingan. Buka ja tirai tu, terus aku terkaku baku. Lawanyaaa .. Indah sungguh ciptaan Allah. Memang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. 
Warna langit dan warna laut yang bersatu di ufuk laut, meghasilkan memori cinta daun pisang !!! haahahaha..

Inilah pandangan di sebalik tirai.... 
terus hati aku berlagu ...

Kamu yang buat hatiku bergetar.. Rasa yg telah ku lupa.. kurasakan... 
.....
Cobid telah membuatkan aku lupa nikmat Holiday sebenar... !!! CIS KOBID !!!


Aku tenung ke sana..dan kesana.. aku zoom berkali kali..tapi tulah... mata tua susah nak zoom berkali-kali.. peninggg oii.
Sesungguhnya..aku tak tipu.. lawa sesangat.
Aku boleh lepak di sini bersama secawan kopi dan sebuah novel.. sambil menikmati suasana alam.. 

Selepas kami habis pusing bilik dan dewan mesyuarat, kami di bawa ke ruang kolam mandi dan juga gym. Kolam mandi ada 3 kategori disini. 
Pertamanya kolam terbuka yang luas , dengan view yang mengancam.
Kedua kolam kanak-kanak yang bulat tu
ketiga..adalah kolam di bahagian dalam, khas untuk WANITA .
Aku tabik buat Adya Hotel, memang memahami hati para muslimah. Alhamdulillah.

Jom ,terjun.. 

Inilah kolam khas untuk wanita.. Luas wei.. Boleh mandi kuak lentang atau buat renang berirama dalam kolam ..yang kaki naik atas tu kannn... 
Pemandangan masih di tahap tip topppp

Ruang makan yang cantik , kemas dan bersih. 

Kami tak menginap di sini, jadi tak boleh la aku nak ceritakan bab makanan atau suasana malam di sekitar kawasan Adya Kuah ni.

Nantikan 5 lagi hotel untuk aku ulas. 

** Penghujung 2023 Aku direzekikan, dapat menginap di sini.. dan.. bilik yg aku dapat adalah bilik Suite.. antara bilik yg paling mahal.. Aku memang idamkan dari  kali pertama jejakkan kaki ke sini. Atas kesilapan pihak Hotel semasa mengambil tempahan, kami digantikan dengan Bilik Suite. 3Hari  2 malam.. Indah beb.. Hari hari hadap View lawa. Sesungguhnya, rezeki dari Allah adalah Rahsia yang sangat Hebat. Percayalah & Bersyukurlah. Kita akan memperoleh segalanya pada masa yang terpaling sesuai. Nanti aku update.. ( harap harap nya.. hahaha )

Friday, March 4, 2022

JAMBATAN TUANKU SYED PUTRA KUALA PERLIS- KAMPUNG SEBERANG RAMAI

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan.. jomlah kita jenjalan sekitar Perlis
Destinasi kami, adalah titi tinggi bewarna warni di kuala Perlis. Bukan setakat titi, bahkan rumah sekitar juga bewarna warni. memang boleh jadi tempat yg cun utk bergambar. Lama dah kami dengar orang bercerita, dah viral pun.. tapi kami berenam tak pernah jejak kaki ke sini lagi.
 Nama tempat Ni Jambatan Tuanku Syed Putra. Kalau hampa nak pi Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis,  boleh ronda sini dulu. Aku cadangkan waktu yg sesuai adalah sebelah pagi atau petang. Kalau pi tengah hari, jadi macam kami lah, beraksi bagai redup petang, tapi peluh jantan betina laju ja nak menerpa keluaq. Bertuahnya Perlis ni, walaupun panas, tetapi tetap berangin. Alhamdulillah..

Untuk melihat rumah bewarna warni dan laluan yg cantik utk bergambar, hampa kena pi sebelah Kampung Seberang Ramai. Paking kenderaan di  Dewan kg Seberang Ramai, dan mulalah mengatur langkah. Jalan kaki key.. pakai kasut yg sesuai.. sebab kwn aku sorang tu, kasut nagis minta dikasihi..
Satu lagi aku nak pesan,janganlah bising sangat time menapak tu, maklumlah..keliling adalah rumah penduduk. Kita saling menghormati sesama kita, jadi semua akan lebih manis. Jangan lupa senyum ..org Kola ni semua murah dgn senyuman... walau dalam mask.. hehe..


Dataran Putra Kampung Hujung Tanjung. Kampung terakhir selepas melalui  kampung Tengah.
bagi yang sakit lutut..boleh la try pelan-pelan.. tetapi dari kwsn parking kenderaan nak ke jambatan ni.. sebenarnya jauh. Kalau ada kerusi roda.. bagus. Bagi yang tak biasa tinggal di kwsn perkampungan  kuala berselut, hampa kena mai tengok. Rumah didirikan dengan menggunakan tiang-tiang yang tinggi. Sebabnya bila air pasang..rumah diorang akan berada di atas air.

Untuk sampai ke Jambatan ceria ni, sebenarnya hampa perlu melalui  Kampung Tengah . Nampak tak di dinding rumah tu, 475 tapak lagi sebelum sampai ke Jambatan Tuanku Syed Putra.
Kampung Tengah
Parking di Kampung Seberang Ramai
Jambatan di Kampung Hujung Tanjung
Jadi..kampung ni di tengah-tengah..tula kampung Tengah
in english Central Village.. Pergh...

Sepanjang laluan , hampa akan jumpa lukisan mural di dinding..
Macam macam gambaq ada.. terbaiklah
kampun Hujung Tanjung
Sebahagian suasana di Kampung Hujung Tanjung Kuala Perlis. Sekali air bah.. sekali pantai berubah.. eh..eh.. 


Perkampungan Nelayan 
Setiap rumah di sini dihubungkan dengan laluan kayu atau simen . Aku panggil jalan pelantaq.. 

Dari kejauhan..LKIM Perlis.. dekat dengan Jeti Kuala Perlis utk ke Langkawi


Jambatan Tuanku Syed Putra kuala Perlis
Pemandangan dari atas Jambatan . Bagi sesiapa yg suka fotografi.. meh la sini..
Hampa takan menyesal. Percayalah.. 


Suasana kat atas jambatan ni amatlah bestt..angin bukan sepoi - sepoi bahasa dah..dah tahap sepoi tak berbahasa. Penyet muncung tudung aku ... hahaha..
Berbaloi penat naik tangga jambatan... view dan angin segarnya boleh mengeringkan peluh jantan betina.
Jadi.. mehla sini..aku tak muhung aih.. lawa..bawa kamera hampa yg gedabak besaq tu..zoom lah sampai ke lubang belacak. Hampa tau ka belacak tu apa? 😁
Tak tau.. google
Sekian..nanti aku update lagi.. tepi..entahlah bila.
Bye

Wednesday, February 9, 2022

Hari Indah Bersama Kekasih - Kekasih Hati

Assalamualaikum... 
9 Feb 2022
Dah 5 hari aku jadi suri rumah sepenuh masa.. enjoi beb.. anak- anak ke sekolah..jadi.. seharian adalah meee time 💖. Masak awal-awal.. diorg balik sekolah.. makan jer. Pinggan hampa basuh sendiri.. hihihi..
Masa anak kecik..seriuse.. full time housewife adalah memenatkan. Bila anak dah besar, dengan pengurusan masa yg baik, ibu -ibu ada sangat banyak masa utk diri sendiri. 
Jadi, nasihat akak utk ibu-ibu muda, sabar.. jgn stress.. jlnkan tanggunjawab sebagai isteri dan ibu semampu yg kita boleh..dannn.... jgn mudah sangat terpengaruh dengan dakyah-dakyah dekat media sosial. Rumah tangga setiap kita dalah berbeza, jadi..jgn cuba nak tiru kaedah yg digunapakai oleh keluarga lain. Sebelum praktikkan, fikir kesesuaian dahulu.. dan dulu masa bercinta hampa dah berangan nak buat macam-macam utk pasangan, jadi dah jadi isteri.. pakat nak mengelak pulak.. 
Suami pun sama, buktikan janji-janji manis masa bercinta dulu.Org tua-tua kata, pelan-pelan kayuh.. Insyaallah..nanti akan sampai juga ke destinasi..yg penting ada usaha.
 Eh.. terbeleteaq pulak... nampak sangat banyak masa lebih ni.

Post aku kali ni , cuma khas didedikasikan buat kekasih-kekasih hati aku yang 5 orang tu.
Akhirnya , selepas beberapa kali dugaan kami berjaya jugak berjumpa. Entah berapa puluh kali tukaq tarikh.. 

Makanya, 29 Disember 2021, kami bertemu jugak. Tu pun,...masih ada dugaan last minit. Tok ketua perancang utama baru sedaq, dia ada meeting yg wajib dia kena pi.. Hampes.. memang hangin kami yg 5 org lagi. 
Jadi,pada hari kejadian,  Selepas 2 org geng kami sampai dari Penang, Kami terus lepak di Warung Tepi Sawah. Sebab diorang belum sarapan , nak sampai awal katakan..
Nak jumpa, mesti ada makan-makan. Kek yg manis jugak jadi pilihan,. Padahal di hati dan dibibir kami berenam, semua on diet.. hahahaha.. diet tah hapa-hapa.
 
Kenangan macam ni tak tau lagi bila akan berulang. Alhamdulillah, pada usia 40 tahun, Allah masih izinkan kami bertemu dan menjadi tempat bersandar tika hati masing-masing dirundung gelisah.

Nak berkumpul macam ni, banyak step yg kami perlu lalui. 
Memula pastilah kebenaran suami memasing, dah dapat kebenaran, kami pakat pilih tarikh. Dugaan paling besaq adalah bahagian memilih tarikh . Dapat tarikh, apply cuti, lepastu yg ada anak kecik kena pikir hal pengasuh plak. 
Pastu..kena la pulak cari tempat strategik untuk kami berkumpul.
Kali ni kami lepak di BLANJA CAFE KANGAR PERLIS 
Kenapa kami pilih sini ? sebab utama.. ada aircond, makanan western pada harga mampu dan yg paling penting.. ada ruang khas tertutup. Tengok gambar kami tu.. ruangan berkaca yg cuma ada kami sahaja. Jadi sangat-sangatlah enjoi utk kami keluarkan segala perangai buruk dari zaman sekolah dulu.
Kalau hampa nak booking ruangan ni, boleh masuk ig depa  atau call terus nombor ni
 017-549 3600

Sebelum kami berkumpul di Blanja Cafe, sebenarnya kami dah merayap dah.. Time ni tok ketua perancang majlis masih belum habis meeting. 
Cameraman cilik kami dah semakin pro selepas berkali kali dipaksa mengambil gambar.. 
😊

Nanti aku buat review berkenaan Dataran Putra Kg Hujung Tanjung.
Lawa weh..sesuai sangat utk orang yang suka posing sampai lupa diri.


Ni gambar pertama kami apabila sampai di warung tepi sawah.. gambar ni ada kenangan sikit.
Sebenarnya Inilah gambar pertama yang di ambil oleh anak sahabat aku yang berusia 7 tahun 😁. 
Ada sedikit unsur paksaaan di sini , sebabnya si cilik tu tak nak ambik..katanya dia tak tahu..tapi apabila makcik makcik ni mula berikan keyakinan padanya bahawa dia pasti BOLEH.. maka dengan terpaksa, dia merelakan dirinya menjadi camerawomen kami pada hari tersebut.
Lepas ja dia snap gambar ni, kami terus serbu utk melihat hasilnya.. hurmmm... boleh tahan ..cuma badan makcik zu nampak sebelah sahaja...😂😂
Demi sedapkan hati si kecil , maka makci Zu cakap.. Pandainya ambil gambar.. baru makcik nampak kurus... haaaa.. hik..hik..hik...
Aku tak tahu, antara kami siapa dahulu yang akan Allah jemput, dan siapa yang akan menjadi orang terakhir melihat sebahagian dari jiwanya dijemput kembali kepada pencipta. Membayangkannya pun dah cukup membuatkan rasa sendu dan sunyi merayap dlm hati aku.
Kita tak memerlukan beribu-ribu sahabat atau sahabat yg berpangkat-pangkat, cukuplah mereka yg sudi ada ketika kita susah dan sudi meletakkan diri mereka di dlm kesusahan dan sengsara yg  kita rasa. 
Habis sahaja majlis, kami bersurai dengan rasa gembira dan minda yg lebih segar. 
Jadi utk para suami, jika isteri anda memohon keizinan utk bertemu kwn -kwn baiknya, izinkanlah ..
walaupun hanya 2@3 jam, itu pun dah cukup menggembirakan. Insyaallah, apabila diorang balik ke rumah nanti, mereka akan kembali dengan aura yang lebih positif dan gembira. Suami dan anak-anak memerlukan seorang isteri dan ibu yang gembira serta positif. Insyaallah.. rumah tangga akan lebih ceria dan membahagiakan.
Untuk adik-adik isteri pulak, apabila suami dah bagi kebenaran.. jgn selewengkan keizinan yang diberi.
Gunakan kepercayaan yg diberikan dengan sebaiknya.
Oklah, sebelum aku lebih jauh terlajak.. baik aku berhenti di sini dulu..
Nanti aku sambung tempat best lain plak kat dlm Perlis nih.
Jaga kesihatan semua..OMICRON plak duk ushar nun.


Friday, January 14, 2022

AUGUST 2021 to DISEMBER 2021

 Assalamualaikum.. 

3 Bulan berlalu lagi, aku dan blog sepi lagi.. hurmmm...

Banyak jer kejadiaannya... sampai tak terungkap oleh minda sedar dan separuh sedar.. hek elehh.. 

Memula, aku kena KUARANTIN lagi.. sekali lagi secara berjemaah dengan geng pejabat. 

Seperti biasa, kami menjadi kontak rakan sekerja, Alhamdulillah, kalini kami lalui tempoh kuarantin dengan lebih tenang disebabkan pengalaman lalu. Tarikh bermula dari 06 /09/2021 sehingga 16/09/2021


Surat dari KKM yg akan aku simpan dan tenung setiap kali masuknya hari ulang tahun kelahiran si COVID.
Kalini kami dapat gelang putih . Gelang Pujaan ramai dan paling tinggi permintaan buat tahun 2020 sehingga 2021.
Dalam sibuk sibuk dengan COVID.. dalam kekalutan kami yg asyik di kuarantin.. Kumpulan kami berjaya juga menyiapkan Laporan KIK ( Kumpulan Inovatif dan Kreatif ).
Menyiapkan laporan secara online bukanlah sesuatu yang mudah.. Apabila kebenaran diberi untuk ke pejabat, kami benar-benar manafaatkannya. Untuk elakkan kehadiran melebihi peratusan yang sebenar, terpaksalah kami datang pada hari cuti. Pengorbanan yang sangat aku hargai dari semua ahli.
Tugas aku sebagai ketua kumpulan bukan sahaja memastikan Laporan dan projek kami berjalan, tetapi juga memastikan setiap ahli berasa selesa berada di dalam kumpulan bagi menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Allah kurniakan kepada aku 6 orang ahli kumpulan yang sangat bermotivasi, tidak berkira dalam melaksankan tugas , mampu meluahkan buah fikiran dan pendapat serta bersedia menerima teguran  adalah sesuatu yg amat manis utk aku nikmati. Mereka adalah antara aset jabatan yang pasti akan lebih jauh kehadapan jika diberikan peluang.

Antara aksi belakang tabir ketika rakaman dijalankan. 

06 Oktober 2021 D-Day. 
Debaran yang telah bermula 7 hari lebih awal dari hari persembahan, boleh membuatkan cirit birit tahap 5. Hehehe.. 
Walaupun persembahan hanya secara On-line, degup jantung tetap meningkat. Terutama ketika sesi soal jawab atau VIVA.  Aku rasa seolah olah juri sedang bertanya menggunakan bahasa Alien. Susah bebenar aku nak faham..apa yang Juri tu tanya.. kikiki.. matilahnakkk...
Habis sahaja sesi VIVA.. wah..dunia ku kembali berseri dan bewarna - warni. 
kumpulan kami tak menang .. tetapi kami tetap berjaya. Melaksankan tanggunjawab yang di amanahkan dan yang paling penting, projek yang kami jalankan tetap terus digunakan sehingga ke harini. Projek kami berjaya memudahkan urusan dalaman jabatan. Jadi, kawan-kawan , kita tetap berjaya mencabar diri sendiri. Tahun 2023 kita cuba lagi.. Pastikan Buku Laporan adalah menepati kehendak sebenar.


Selepas habis KIK, aku dan 2 org lagi rakan meneruskan projek seterusnya.
Pertandingan Rekacipta Infografik Integriti jabatan bagi tahun 2021.
Kami langsung tiada pengalaman dalam membuat Infografik , jadi cikgu yang ada pada tika ini adalah Sir Google . Maka mengguggel la kami bertiga. Cuba dapatkan sebanyak mana Info berkaitan Infografik yang terbaik. Lepas dapat ilmu serba sedikit, kami cari tajuk pulak. Tajuk pun berkaitan Integriti.
Kami buat 2 Tajuk , iaitu berkaitan BDR dan Gangguan Seksual.
Tak sangka, Infografik Gangguan Seksual kami mendapat tempat ke-3 .  Pergh.. gembira kerana berjaya mengubat hati yang luka akibat disoal-sasat oleh Juri KIK.. hahaha..
Kami berjaya mengatasi 25 kumpulan yg lain..
Jadi, untuk ahli i-Admin, Tahniah.. Love u All..

Nufnang