Friday, November 15, 2013

Tempat- Tempat Menarik di Pulau Pinang

Kali ini aku kumpulkan gambar tempat -tempat menarik yang pernah aku lawati di Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga kali terakhir kami ke sana pada  Disember 2016. Sebenarnya idea nak kumpulkan semua gambar ni datang dari kawan aku. Dia bertanyakan tentang tempat menarik dan hotel yang ok dari segi budged dan suasana yg terdapat di Pulau Pinang. Jadi..jom layan gambar-gambar lama dan baru yg ada dalam koleksi peribadi aku..

TOYS MUZIUM


** Last aku ke Toys Muzium pada Disember 2015, maknanya Toys Muzium dah berpindah ke Teluk Bahang Penang. Pendapat peribadi..aku lebih sukakan Toys Muzium yg lama..terletak di hadapan Capthrone Hotel Tanjung Bunga. Suasana Toys Muzium di tempat baru agak hambar dan nampak kurang tersusun, cuma keluasanya bertambah. Bila aku dah masuk ke Toys Muzium di Teluk Bahang, aku tiada keinginan untuk kembali buat kali ke dua. Ini pendapat peribadi aku sehingga tarikh Disember 2015. Tak tahula kalau selepas tarikh ni, keadaan dan suasana di tempat tersebut telah berubah. Harap ada perubahan yg akan dilakukan oleh pengusahanya. Aku cuma rasa tak berbaloi dengan harga tiket yg aku bayar.





 
Movie yg buatkan aku takut pada patung ..satu ketika dulu..heheheh
 Lanun sesat pun ada


My peberet movie..Harry Potter

BATU FERRINGHI 

Pantai yang cantik.. di Batu Feringghi..
tetapi
 pantai ni terletak di belakang hotel Lone Pine so..tak ramai org dan pantai pun tak tercemar sangat
 Pemandangan Senja yg cukup cantik..

TAMAN RAMA-RAMA

 Nanti saya pasti akan jadi rama-rama yg cantik.. 
 Nampak tak saya ? dah macam ranting pokok ja.... cuba cari..
 Dan saya pula..seiras sesangat dengan daun jambu ni..  sama kan..
Aku tak tahu..spesis apa serangga ni..
 Jom sarapan.

 Kumbang gergasi di hadapan Taman Rama-rama

ENTOPIA

Kalau dulu dikenali sebagai taman rama-rama, pada penghujung tahun 2016 , ianya telah di beri sentuhan baru, dengan keluasan yang bertambah, dan info yang semakin bertambah maka namanya turut berubah kepada ENTOPIA.

Klik sini untuk maklumat di ENTOPIA .

Ini berdasarkan pengalaman aku dapat menjengah ke sana seketika.






TAMAN BOTANIKAL 

 Yang ni Pula di taman Botanikal Pulau Pinang
 Masih lagi.. di Taman Botanikal
 Buah yang unik ..entahla buah apa..
Ini pula bunganya .. cantik..tapi Nampak cam ganas ja..
Ada encik Nyet tumpang beteduh..

TAMAN HERBA

 Ini Pula taman Herba Pulau Pinang luas wei..tak larat jalan..
 Banyak pokok herba yg kekadang ada kat depan umah..tapi aku tak tau pun bleh buat ubat..
Masuk sini mesti bersedia untuk derma darah pada sang nyamuk..tapi jgn risau..sebelum melangkah masuk.. diorang dah bagi losen serai Wangi utk sapu bagi mengelakan ciuman berdarah....kekekeke..

BUKIT BENDERA 
 The Owl Muzium.. kat atas bukit bendera key..

 Pemandangan dari atas Bukit Bendera.. Nampak Jambatan Pulau Pinang. Naik la awal pagi..sure lagi Best..Nyaman ja..
 Owl.. tulis surat utk Harry Potter
 Yey..yey..naik kereta api..
Untuk Kisah lanjut di Bukit Bendera..klik link kat bawah
 Kisah di Bukit Bendera Pulau Pinang

PASAR MALAM BATU FERINGGHI

 Pantai ni di area Batu feringgi..berhampiran Night Market yg panjang tu..
Boleh habiskan duit korang naik semua benda tu...bila malam..habiskan di Pasar malam plak..
Ini adalah lawatan aku pada tahun 2013..seriuse aku cakap..pantai ni nampak tercemar..sedih aku nengoknya.
 Inilah dia..Night Market..Panjanggg....... boleh memancing kat sini. Harga Boleh tahan..
Pepandaila minta kurang..

PADANG KOTA

 Pasembor Penang.. wajibla makan kalau dah sampai
Mee Rebus Penang..


WONDERFOOD PULAU PINANG



Tempat baru yg aku kunjungi pada disember 2015 . Nak tengok gambar yang lebih banyak masa aku melawat ke situ, klik  SINI


AKUARIUM BATU MAUNG PULAU PINANG



Jom tengok ikan di Akuarium, Klik  SINI untuk gambar yang lagi banyak.

FORD CORNWALLIS PULAU PINANG


Ini pula di Ford Cornwallis Pulau Pinang.
Jadi kalau nak tengok gambar lain kat dalam kota ni.. klik SINI ..  jgn segan segan key..


Semasa aku ronda kat sana..aku pernah lepak di hotel-hotel ni..klik la kalau korang pun sedang mencari info tentang hotel yang best, klik ja link kat bawah tu..


HOLIDAY INN PULAU PINANG

LONE PINE BATU FERINGGHI PULAU PINANG

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG

BAY VIEW BEACH RESORT PULAU PINANG

OK.. dah habis gambar..semoga sedikit sebanyak membantu percutian anda sekeluarga..
Pastikan jadual  dah disusun sebelum tiba ke tempat percutian..agar kita tak membuang masa di sana nanti.. dan meletihkan badan drive ke sana sini.. last-last banyak tempat yg tak sempat nak jengah..
Lepastu..pastikan korang kompom dah tahu jalan..kalau tak tahu..gunakan kemudahan yg ada..jgn jadi cam aku..semasa nak ke FRI tu, berlagak ingat..rupanya tidak... huhuhuhu. Selamat Bercuti key..


Wednesday, September 4, 2013

BENDANG MAN RESORT SIK KEDAH

Yeahhhh..tiba masa utk Family Day ..

Tahun ni..Bendang Man Resort Sik Kedah menjadi pilihan jabatan kami.

Selepas puas memilih tarikh , akhirnya 23 - 24 Ogos menjadi pilihan..sebenarnya ituja tarikh yg kosong di resort tersebut. pada tarikh lain.. semua dah penuh. Tetapi ..kalau bukan musim buah.. memang banyakla tarikh yg sedia utk di booking. Disebabkan kami semua bersemangan nak rasa suasana bermalam di dusun buah dan menikmati buah-buahan yang ada.. maka kenala kami semua bertindak dengan pantas. Menurut maklumat yang aku perolehi.. jika kita bermalam di sana, kita berhak untuk menikmati semua buah-buahan yang ada di sana.. Jadi..kalau nak makan..pi la kutip sendiri. kalau sanggup nak tunggu durian gugur pun boleh.. makan la sampai otak berasap..


Kami bertolak dari JPPH perlis pada 23 Ogos 2013 sekitar jam 3.30 ptg dan sampai di Bendang man lebih kurang jam 5.30 ptg.. Ini bilik yg aku dapat JELETI 11 , dua katil bujang dan extra bed yg aku minta.

Suasana yang aman dan damai.. aku bagi 4 bintang untuk kebersihan
Di sini diorang bela lebah kelulut.. jadi boleh dapatkan Madu Lebah kelulut kat sini.

Bahagian pentry.. ringkas

Danish bergambar di depan pintu toilet.. sebab aku yg paksa..hehehhe...

Suasana malam yg amannn... dengar bunyi ungas hutan key..



Antara menu BBQ yg Berjaya di bakar oleh hubby aku... sotong tu best.. ada telur..nyumm...

ini pun.. sedap..manis..

Pilihan Danish  ..nasi goreng , kerang bakar, dan sosej..dan daging kambing

Disediakan oleh CC . Tq C..

Alhamdulillah..budak ni ok ja.. layan ja sesi karaoke.. sambil tengok belalang besar.. besar sungguh.. belalang hutan gamaknya..

Keesokan paginya.. ahh..best..udara nyaman dan sejuk..

Tahun ni..aku still sangkut dengan hadiah-hadiah ni semua. Buat teman seangkatan lam bidang hadiah ni..Ina.. Alhamdulillah..kita dah Berjaya..

Sarapan Pagi..Nasi Lemak..

Lepas sarapan..lepak jap..tepi sungai cetek ni.. tapi ada tempat yg agak dalam..sesuai tuk kanak-kanak la..

Bersedia utk acara sukan

Sejuknya airr

Jernihnya...

Hahahaha..tahun ni rezeki buat aku.. Semua acara yg aku masuk.. semua dapat hadiah.. Acara lari dalam Guni.. kumpulan kami tempat pertama.. Acara Bowling botol..tempat kedua..dan acara Terompah Tempurung tempat ketiga.. kalau tak kerana tempurung tu rosak..sure kami dapat no 1 hahahah..bongkaknya..Danish pula dapat saguhati utk acara isi air lam botol. Firas.. dapat drawing board kecil..
Payung pula diberikan utk semua kakitangan..manakala hamper pula.. utk cabutan bertuah..semua ahli dapat.. cuma berbeza saiz ja.. dah nama pun cabutan bertuah kan...
Sebenarnya..aku duk aim benda lain..aku nak voucher Hotel..tapi bukan rezeki la.. Kami Berjaya sediakan voucher hotel Putra Palace 2 H 1 M ,Voucher Steamboat Putra Palace,Voucher Timah Tasoh  2 H 1 M , Voucher Hotel Aman Pura Sungai Petani 2 H 1 M, dan dua Voucher Shoping kat GIANT.
 
JPPH Perlis.. Happy Together

Kami bersama Ahli keluarga masing-masing.. Tahun depan kita jumpa lagi..
memang best la..

 
Ha..wajibla ada gambar kami sekeluarga kan.. Setiap kali Family day.. pasti gambar kami 4beranak akan dikoleksikan. Mana tahu.. tetiba tahun depan tambah gi sorang ahli baru..hahahhaha..
Jadi..kalau korang nak rasa suasana bermalam di dusun.. cubalah di sini.. kalau nak lagi best..bercutilah di sini semasa musim buah.. memang banyak utk di makan. Dan sungai sejuk tu sedia menanti kehadiran korang semua..
Cuti-Cuti Malaysia..
 

Wednesday, August 28, 2013

Kemalangan yg tak dipinta

Minggu lepas..rasanya macam minggu yg agak menyesakkan bagi kami sekeluarga. 23 Ogos 2013 bersamaan hari jumaat.. ayah aku menjalani pembedahan.. Dia mengalami masalah angin pasang surut. Pembedahan yg bermula pada jam 3.00 ptg dan berakhir pada hampir jam 7.00 malam benar-benar meresahkan kami sekeluarga. Rupanya semasa pembedahan dijalankan doktor menemui 2 lubang yang perlu di tutup bagi mengelakkan masalah usus ayah masuk ke dalam kantung zakar kembali berulang. Ketika pembedahan dijalankan... kesan ubat bius pada ayah  semakin berkurangan kerana tempoh masa yg lama..membuatkan ayah mengadu dia amat sakit. Bagi meneruskan pembedahan, doktor mengambil keputusan untuk bius ayah sepenuhnya. Kesian ayah..semoga ayah cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.

Keesokan harinya, petang sabtu..satu lagi tragedi berlaku. Adik kedua aku Mawi dan Isterinya Nida telah mengalami kemalangan jalan raya. Mereka telah berlanggar dengan kereta Exora . Nasib Mawi memandu kereta ayah... kalaula mereka naik si kancil kecil tu..aku memang tak dapat membayangkan bagaimana keadaan mereka. Alhamdulillah.. mereka selamat..cuma sedikit kecederaan yg di alami. Namun kami tetap risau akan keadaan kandungan Nida.. masih terlalu kecil. Semasa kemalangan berlaku, adik ipar aku, Nida telah berubah kedudukan dari tempat penumpang ke atas riba mawi yg sedang memandu.

Pemandu kereta Exora tersebut mengakui kesalahannya yg tidak berhenti di persimpangan jalan dan dia sedia menanggung kerosakan yang di alami oleh kami.
 
Keadaan kereta ayah dari pandangan tepi
 

Sedihnya... kesian keta ayah..

Keadaan si Exora.. suami aku cakap dah jadi macam kura-kura terbalik. Body kereta ni dah jadi sedikit macam huruf V.. Pemandu kereta cedera agak banyak jugala.. kepala dia berdarah teruk.. tetapi still boleh bangun dan call family dia utk maklumkan hal kemalangan. nasib dia naik sorang ja.
 
Kemalangan ni berlaku sekitar jam 6.30 ptg sabtu 24 ogos 2013 .. tetapi kami semua merahsiakan dari pengetahuan ayah aku..sebabnya ayah agak mudah terkejut dan degupan jantungnya kadangkala amat berlahan.. jadi.. kami amat- amat risau nak maklumkan kejadian ni.
 
Sekitar jam 10.30 malam baru aku berjaya sampaikan hal ni pada ayah. Aku dan bapa saudara ditugaskan memaklumkan hal ni.. Pergh..berpeluh aku dibuatnya. Susahnya nak memulakan cerita..tetapi..terpaksa di ceritakan juga. Sebab ayah dah mula suspek ada yg tak kena..
Beberapa kali bapa saudara aku berulang alik ke katil ayah utk maklumkan benda ni.. tetapi tak berjaya.
Akhirnya..dengan isyarat semangat dari mak..dan selepas berpuluh-puluh kali aku karang ayat yg sentiasa bertukar di otak ni..aku berjaya melaksankannya juga. dengan penuh debaran. Ayat pertama yg aku mulakan..
 " kereta ayah merajuk la ayah.. dia masuk workshop petang tadi  "  terus ayah sambut..  " laa.. awat pula..tadi abang wi naik ok ja ". 
 "Itula.. Mawi la punya hal la ni ayah.., dia pi sondol keta ezora pula....tapi rosak sikitttt.. ja.... Mawi ngn Nida pun ok..langsung tak luka " ( tipu sunat sikit , boleh kan ? ..ampun ayah ..) 
pergh..lepas ayat tu keluar.. aku rasa lega.. dan ayah pula macam cool ja.. mak pula setia kat sebelah ayah..sambil menggosot dada ayah..
Lepas tu ..kami pun ceritakan apa yg terjadi ..Alhamdulillah..ayah boleh terima.. tetapi..keadaan sebenar kereta yg rosak teruk..kami belum sampaikan. Keesokan harinya, baru kami tunjukkan gambar sebenar kereta yg rosak tu..itu pun selepas berkali-kali ayah minta nak tengok gambar eksident tu.. terus ayah cakap..
" Ish, teruk juga ni..  habaq kat ayah kata sikit ja " .. jadi kami anak-anak di sekeliling.. sengeh macam kerang busuk ja.. Kami sayang ayah.. kami tak nak apa-apa terjadi pada ayah.. nak ayah sihat macam selalu.. nak ayah kenakan kami macam selalu.. jadi..kami tipu sikit jaa..
Mawi dan Nida yg rancang nak balik Johor pd hari ahad, terpaksa tangguhkan perjalanan mereka kpd hari isnin. Habis badan diorang lenguh dan keadaan kandungan Nida juga merisaukan kami.
 
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya..dan kami menerima semua ini dengan redha.
Semoga semua selamat dan berbahagia selalu.
AMIN..

Nufnang