Bagi aku, semua kawasan di Bukit Fraser adalah menarik.
Perjalanan kami yang bermula dari Perlis ke Bukit Tinggi , bermalam di Colmar Tropicale, menjejak kaki ke Japaneese Garden dan meneruskan misi tanah tinggi kami ke Bukit Fraser & menginap di Fraser's Hill Homestay Comfy Home. adalah sesuatu yang sungguh menarik. Di sebabkan perjalanan kami adalah pada musim PKPB , maka kami terpaksa melalui jalan biasa melalui Cameron Highland kerana kawasan Selangor berada di bawah Perintah PKPB . Makanya perjalanan kali ini lebih panjang dan jauh. Kami juga menyusun perjalanan dengan lebih teliti, iaitu di mana untuk berhenti makan, di kawasan mana untuk ke tandas , semuanya untuk elakkan kawasan orang ramai. Alhamdulillah, kami berjaya.
Selepas Chek In dan berehat sebentar, kami keluar semula. Ketika ini hujan baru berhenti. Pengunjung pun tak ramai, jadi kalau setakat nak landing kat atas jalan ni sambil buat aksi rela mati , pun tak jadi masalah. Aman damai , tenang dan segar. Bagi sesiapa yang inginkan ketengan , jauh dari kesibukan, silalah bertandang ke bukit Fraser. Aku pun akan kembali ke sini, tetapi selepas habis PKP dan selepas semua laluan di istiharkan Zon hijau. Aku nak lalu ikut laluan Kuala Kubu Baru pulak.
Pejabat Pos, Balai Polis & Klinik Desa
Tahun 1919
Klinik Pesakit Luar
Bird Interpretive Centre
Salah satu Hotel di sini iaitu Puncak Inn. Kat bawah ni ada kedai cenderamata. Harga agak murah, tetapi aku rasa barang - barang yang di jual kurang ceria. Di sebelah kedai cenderamata ni ada kaunter Tourism Pahang, jadi kami pun singgah bertanya.. di mana tempat - tempat yang kami boleh lawati. Aku tahu nama setiap tempat, sebab kami dah google sebelum ke sana, masalahnya, jalan yang kami tempuhi agak kecil dan suram. Jadi kami takut sesat...dan tertangkap di sempadan Selangor pulak...naya woooo.. Selepas mendapatkan peta bukit fraser beserta laluan yang boleh kami ikuti, barulah misi meredah menjadi tenang. Jalan kat atas ni, kecil , sempit dan kekadang macam jalan mati yang membawa kami ke hutan. Tu pasal kami nekad mencari panduan terlebih dahulu. Kami dah tak percaya kat waze dah.. hahahahaha.
Ni map yang aku dapat dari pegawai Tourism yg sedang bertugas ketika itu. Panjang lebar dia terangkan pada kami. Kami pun puas bertanya segala macam.Lepas dapat ja map ni, kami semakin berani menjelajah. Jadi aku nasihatkan kalau hampa pun macam kami, tak tahu nak tuju arah mana, tujulah ke sini dahulu. Map ni sangat lengkap dan mudah untuk diikuti.
Di bukit Fraser banyak laluan untuk trekking. Ada yang sesuai untuk di bawa kanak-kanak bersama, ada juga yang lebih sesuai untuk dewasa sahaja. Sebelum nak masuk hutan untuk aktiviti trekking, pastikan korang dah maklumkan kepada balai polis atau tourist information di Bukit Fraser terlebih dahulu. Maklumkan juga rakan rakan atau pihak hotel. Kalau ada masalah, senang diorang nak cari. Kami ada cita-cita, suatu hari nanti nak trekking di sini.. huhuhu.. bestnya berangan..
Hotel Shahzan Inn. Kat sini ada ATM Maybank.
Sejarah Cottage. Klik gambar ..kalau tahap rabun jorang sama macam aku..
Suasana macam nilah yang buatkan aku rindu pada Fraser Hill
Jalan sikit.. jumpa kabus.. pandang belakang..kabus lagi.. syiok weiiii.. nampak gambar pun dah rasa sejuk... kehkehkeh...
Pagi hari kedua, kami ke Allan,s Water. Semua aktiviti ditutup sebab COVID tetapi, ikan tu semua tetap lapar..jadi hampa boleh bagi makanan pada ikan-ikan gemuk nih .
Kat sebelah Allan's water ada kebun sayur dan ladang strawberi. Tetapi masa kami di sini, buah strawberi kecik kecik ja. Penjaga kebun tu cakap, dah habis dipetik orang pada minggu sebelumnya.. Cumanya kami terbeli madu kelulut. Ori katanya..
Inilah pokok strawbery..
Kat atas Bukit Fraser banyak ja kedai makan. Jadi jangan risau. Lapar ja boleh keluar usha kawasan.
Selepas ke Allan Water, kami Singgah makan di medan selara dan ronda sekitar kawasan . Kat sebelah medan selera ni ada taman permainan. Lepastu kami ke The Paddock untuk aktiviti memanah dan naik kuda, tetapi cuaca hujan la pulak. Kami pun ushar dari dalam kereta sahaja. Tak boleh nak try guna bakat lama..
12.37 tgh hari, kami mula bergerak ke bawah. Perjalanan kami untuk pulang ke Perlis masih jauh. Jadi dalam perancangan kami, sekiranya kami terlewat sampai ke Cameron Highland, kami akan bermalam di sana terlebih dahulu. Kami berdua ada masalah untuk memandu di waktu malam. Mata tak tahan silau cahaya. Tambahan jika ada kenderaan yang memasang lampu LED bewarna putih. Memang bising kami kat dalam kereta.Terus pandangan aku akan jadi kelam dan berbalam serta diserang sakit kepala. Itulah sebabnya kami jarang berjalan jauh di sebelah malam.
Laluan ke bawah.. kalau malam ..kompom ngeri.

Semasa turun kami dah tak disekat oleh Cik Nyet. Cuma 2 ekor ni ja sibuk nak ushar . Perjalanan pulang kami di temani dengan cuaca yang sekejap cerah, sekejap hujan. Akibatnya, kami tak boleh memandu terlalu laju dan kesannya, terpaksalahg kami bermalam di Cameron Highlan pula..
OK, next post, aku nak letak gambar bunga di bukit Fraser.
sekian..