Friday, January 13, 2012

MimPI NGErI

Mimpi yang membuatkan aku resah dan gelisah.
Semalam , lebih kurang jam 11.00 mlm, ketika aku dan suami sedang asyik menonton tv, kami dikejutkan dengan tangisan Firas. Apabila aku menghampirinya..firas sedang menangis sambil mengapai-gapai tangannya ke udara. Matanya masih terpejam, jadi aku membuat kesimpulan bahawa Firas sedang bermimpi. Maka, sebagai langkah untuk mengejutkannya dari tidur, aku terus memeluknya dan memanggil namanya sehingga dia terjaga. Namun, tangisannya tidak berakhir. Puas kami memujuk, tetapi tangisannya masih bersisa. Dalam esak tangisnya dia memanggil-manggil aku..ibu..ibu.. dia benar-benar sedih. Setelah tangisannya reda ..aku cuba untuk menidurkannya kembali. ketika itu jam sekitar 12.00 tgh malam. Mungkin kerana terlalu letih, aku turut tertidur di sebelah Firas.
Aku terjaga dari tidur dan berasa terlalu haus. Maka aku terus bangun dan menuju ke dapur..sesuatu yg amat mengejutkan aku..ramai sekali sahabat Danish di situ.Suasana rumah aku juga berubah . Mereka tidur bergelimpangan sehingga ke dapur dan aku perasan sesuatu bahawa mereka semua tidak aku kenali. Yang aku kenali cuma anak aku Danish dan sahabat baiknya Boboy.Mereka semua juga memakai baju bewarna gelap dan ketika itu Danish sedang bermain dengan seorang bayi sekitar usia 5/6 bulan. Danish cuba menghempap bayi perempuan comel itu dengan badannya dan aku segera menghalang . Dengan pantas aku terus mengambil bayi itu dan mengendongnya. Ketika itu baru aku perasan, ada kelainan pada mata bayi tersebut. Biji matanya bewarna biru, tetapi pergerakan anak matanya amat pantas..sehingga menimbulkan rasa takut di hati aku. Namun pada masa yg sama, timbul rasa kasihan akan nasib malang bayi gebu  itu.
Tiba-tiba suasana berubah..aku berada di atas sebuah rumah yang tinggi. Di sisi rumah ..tersedia sebuah porch yg amat luas dengan berlantaikan tanah merah begitu jelas di mata aku. Aku pula berdiri di sisi tingkap tinggi ( macam rumah lama) memandang keluar. Tiba-tiba segerombolan lelaki datang menuju ke arah rumah yg sedang aku diami tersebut. Bersama aku adalah seorang wanita tua..yg aku anggap sebagai ibuku ( walaupun sebenarnya bukan ). Gerombolan lelaki tersebut menarik perhatian ku. mereka berjalan dengan pantas dan sedang tersenyum gembira sambil menjunjung sesuatu yg bewarna putih.dan .Ya Allah, rupanya mereka membawa jenazah yang telah siap dikapan. Aku menangis apabila mengetahui bahawa jenazah itu adalah suami aku. Aku menangis sehingga aku mengatakan ini semua hanyalah mimpi. Berkali-kali aku mengatakan bahawa ianya hanyalah sebuah mimpi.
Aku tersedar..dan mengucapkan beribu rasa syukur apabila melihat suami ku masih menonton di ruang tamu.
Aku kembali terlelap... 
 Kami dalam perjalanan pulang dari kerja..suami ku memandu dengan berhati-hati, oleh kerana kami asyik berbual, tanpa disedari kereta yg suami ku pandu telah berada di bawah sebuah lori trelar yang amat besar dan amat tinggi. Kereta kami berada di bawahnya tanpa sebarang masalah..suamiku cuba membelok ke kanan, untuk keluar dari bawah perut lori tersebut namun kami tidak berjaya kerana pemandu lori tersebut telah memberhentikan lori secara tiba-tiba. Suasana amat jelas dimataku..bahagian sisi kanan suami ku remuk..namun dia terselamat..aku pula tiada sebarang luka, suami ku berjaya keluar dari kereta kami, namun ketika aku ingin keluar dari kereta tersebut, tiba-tiba sahaja kereta kami terbalik dan aku tersepit. Aku merasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian pinggang kerana pada ketika itu aku sebenarnya telah berada di bahagian tayar trelar tersebut. Aku hanya mampu menjerit dan tahu..hidup aku mungkin akan berakhir. Aku memohon ampun dari suami dan menyebut-nyebut nama Allah .Kesakitan yang aku rasa semakin kuat..amat ngilu sehingga aku tidak mampu menahannya lagi. Dan..aku tersedar ..
Aku bagaikan mendapat nyawa baru..terus bangun dari tidur dan dengan rasa sakit yg amat kuat dari pinggang aku terus berlari keluar dari bilik dan mendapatkan suami. Dia terkejut kerana aku bergegas keluar dari bilik dan tidur diribanya. Aku tidak tahu kenapa aku melakukan begitu, yang pasti aku amat penat, sakit dan takut. Aku ingin mendapatkan perlindungan. Dalam hela nafas yang masih menderu, aku menceritakan apa yg aku alami. Mimpi panjang yang membuatkan aku lelah seolah-olah baru lepas berlari dari maut yang mengejar.
Setelah semuanya ku ceritakan, aku melihat jam dinding..dah pukul 1.00 pg lebih. Rupanya mimpi aku berlangsung antara jam 12.15 tgh mlm sehingga 1.00 pg. Walaupun penatnya telah hilang, namun debarannya masih terasa. Aku tertidur tanpa menunaikan solat Isyak. Aku masih berhutang..maka aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat. Sehabis solat aku meneruskan bacaan Yassin. Entah kenapa ..membaca Yassin semalam amat memenatkan aku. Aku seolah-olah habis nafas untuk mengalunkan ayat suci Allah itu, sedangkan selama ini..membaca Yassin adalah rutin mingguan ku ( Insyaallah..jika tiada sebarang halangan ). Aku membaca sehingga habis..semasa membacanya aku tidak tahu kenapa..kepala dan badan aku terasa kembang..amat meremang. mungkin aku masih terbawa-bawa suasana mimpi tadi. Habis sahaja membaca Yassin, aku kembali ke tempat tidur..alhamdulillah..Firas dah tidur dengan baik..dengkuran halus Danish juga menenangkan aku.Tetapi..pinggang aku masih sakit. Kesakitan yg aku rasaksan seolah-olah ianya benar-benar terjadike atas diriku.Tidur aku selepas itu amat menenangkan.
Namun pagi tadi..Danish pula bersuara..Abah, semalam Danish mimpi macam-macam...
Hemm...entahla..kenapa kami diuji dengan mimpi yg pelbagai semalam. Semoga semuanya hanya mimpi belaka. Tiada maksud yang tersirat di sebaliknya . Ya Allah..lindungilah kami sekeluarga dari bencana dan gangguan Iblis, panjangkanlah umur kami dan berilah kami kesihatan yang terbaik..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...