Thursday, June 14, 2012

Tempat - Tempat Menarik Di Melaka

Dah Sampai Melaka.. wajibla meronda..dari siang sampai malam..meronda ja kejanya..lepastu lapar ..makan..bila malam..tidur tak hengat. Letih nya... tapi ada kepuasan.
Macam manapun..rasa Frust juga..sebab tujuan nak ke taman mini Malaysia tak kesampaian. Tempat tersebut sedang menjalani proses pengubahsuaian. Katanya..bulan 8 nanti baru Siap.. rugila..tak dapat masuk..
 Jalan - jalan makan angin malam di Dataran Pahlawan.

 Semua beca dihias cantik. Siap dipasang lagu hindustan lagi..kuat pulak tu.
Driver beca ni pula ramai yg muda-muda. Kalau dulu rasanya org tua yg ramai..tetapi malam tu..aku nampak yg muda-muda pun ramai.
 Ini pula pemandangan malam dari puncak Menara Tamingsari. Melaka amat cantik..Rugi kalau dah sampai tapi tak naik. Tiket untuk Dewasa RM15, utk kanak-kanak pula RM10.
Menara berputar tersebut akan berhenti selama lebih kurang 8 minit di puncaknya.
 Wajib juga korang pusing-pusing bandar melaka ni untuk melihat senibina bangunannya.
Semuanya cantik dan ada nilai sejarahnya.
 Yang ini semua orang dah tahu. Kota A'Farmosa.. Angin kat atas tu sedap ja..sejuk walaupun kat bawah agak panas. Dapatla melihat pemandangan melaka semasa hari masih siang.
 Memorial Pengistiharan kemerdekaan.
Penat juga aku menerangkan kepada Danish kegunaan bangunan ni dulu.
Harap dia dapat mengingat walaupun hanya sebahagian sahaja.
 Ini acara yang ditunggu - tunggu.Menaiki Buggy mengelilingi Taman Botani.
harga bagi 6 Tempat duduk ni RM 50 untuk 30 minit.
Kami ambil yg 4 tempat duduk.. Bayarla RM40 hinggit.
Kalau nak jalan kaki..rasanya tak sangggup kut..
 Adik-adik aku yg pompuan ni pula nak naik beskal.
Tak silap aku RM 10/ RM5  hinggit untuk 1 jam . Beskal elektrik pun ada..
Kejap ja diaorang mengayuh..lepas tu mula mengah..maklumlah..naik bukit turun bukit.
macam naik beskal lam dusun pun ada rasanya.
 Di tengah-tengah Taman Botani ni ada banyak ekor dinosor terlepas. Tapi dah kaku sebab kena sumpah. Jadi..bolehla nak ambil gambar kejap. Danish paling suka..sebab boleh tengok dinosour depan mata ( walaupun batu )
 Muzium Lebah ..Fuh macam-macam jenis lebah yang diawet ada kat sini. Sekali dengan sarang nya turut diawet. madu pun turut dijual disini.
Destinasi kami yg terakhir pada hari kedua adalah Zoo melaka. Fuh..memang letih..semua dah sakit kaki. jadi..sebagai langkah selamatt..agar takda yg pengsan kat tengah jalan..kami naik keretapi sahaja.
Firas pula menjerit-jerit bila nampak harimau.. Catt !! Catt !!  Cat !!  adoi.... semuanya cat.

Banyak lagi tempat menarik yg aku tak letak gambar kat sini. Muzium samudera , Muzium tentera, Jonker Walk, Pahlawan Walk..banyakla...jalan la semua kalau kuat.
Ermm..tetapi kat melaka ni..kalau nak paking..kena beli kupon. Harga kupon RM 6.00 utk beberapa keping tiket. Disebabkan kami menyewa di tengah pekan melaka..jadi kupon tu langsung tak digunakan.
So..melaka dah sampai..semoga ada rezeki..melawat tempat lain pula. 3 hari 2 malam rasanya tak cukup untuk pusing Melaka.

2 comments:

bbreena81 said...

bestnya mela gi jenjalan...teringat zaman dulu2 belajar kat melaka...melaka mmg best...byk tempat menarik :)

mela said...

bb..pi lain la..bawa anak naik tamingsari tu..sure dia pun akan terdiam macam Firas.kagum gila ..

Nufnang