Tuesday, April 13, 2010

Aku Nak lepak Kat Blog la pula.




Tah apa angin yang aku dapat,tetiba ja aku berpusing-pusing di blog pula. Kalau tak aku berada di wordpress.Banyak catatan yang aku dah buat kat situ http://www.whitefreesia.wordpress.com/ terutamanya tentulah kegilaan aku pada novel Ramli Awang Murshid. Kemudian, banyak pula gambar family aku dan geng office kat http://haffizmela.fotopages.com/


Rasanya tak salahkan kalau aku ada sampai 3 diari online nih kan?.Bervariasi la sikit. Dari Wordpress aku ke fotopages, dari fotopages aku ke blog pula. Bukan apa..kalau kat satu tempat ja...rasa bossan la pulak. Dah tu aku tengok kat blog ni banyak la pula kemudahan yang disediakan. Geng aku pun ramai yg ada blog.Jadi, senang la sikit aku nak jadik followers ngn diorang ni.


Hari ni hari rabu, 21/04/2010..lagi 2 hari aku dan gengn ofis akan ke Pulau Langkawi pula.Ada mesyuarat jabatan. Majlis diadakan di Hotel Langkasuka. Tetapi aku dan Hafiz dah buat keputusan tak nak menginap kat situ.Kami pilih Sun Set Beach Resort. Saja nak bagi can pada Danish berkubang lam pasir tu.Kami dah pernah duduk sini..aku memang sukakan suasana persekitarannya yang amat privasi.Pantainya tak ramai orang..ni area pantai chenang..dekat ngn pantai tengah.


So..Danish dah tak sabar nak ke langkawi. Semoga nanti semua berjalan dengan lancar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...