Tuesday, June 5, 2012

Tempat - Tempat Menarik di Langkawi

Taman Burung Langkawi.
Bukan sekadar ada burung..ular dan haiwan lain pun ada..
Bagus bawa anak-anak ke sini. Mereka pasti teruja apabila dapat menyentuh burung-burung dan ular di sini.
Jangan lupa bawa pas pekerja ke sini. Sebagai kakitangan awam..kita layak mendapat diskaun. Kalau satu Pas pekerja..boleh guna untuk 2 orang. Jadi kalau suami isteri bekerja..dah dapat 4 harga diskaun. Yang pasti..kalau kemana-mana pun bawaja kad tu..semasa nak beli tiket jgn segan utk bertanya..
 " kat sini ada diskaun utk kakitangan awam tak ?"
Ini pun kat dalam Taman burung juga..kalau tak silap aku la...
Pasir putih dan halus..sudah semestinya Pantai Chenang. Kalau ke Langkawi ..tak pi Pantai Chenang..tentu ada yang tak lengkap kan. Seronoknya...
Apa nama haiwan ni aku pun tak ingat dah. tetapi gambar ni aku ambil kat dalam Underwaterworld.
Kat sini pun boleh dapatkan potongan utk kakitangan kerajaan.
Ini pula suasana kat Pantai Pasir Hitam. Kat sini ada gerai  utk Shoping.
Jadi..jgn segan -segan nak buat operasi tawar menawar.
Tengok Kapal ni teringat pula cerita mat saleh tu.. cerita si lanun tuh.

 
Ok.. masa untuk melihat Penguin. Underwaterworld laa..
Pantai Pasir Hitam.. Pasirnya memang agak hitam. Tengok dari jauh macam terkena minyak..tetapi apabila tengok dari dekat..pasirnya memang bewarna hitam.
Jeng-Jeng-jeng..tengok buaya.
Pastikan semasa korang nak datang sini.. cek dulu pukul berapa persembahan diadakan.
Kalau datang semasa tiada persembahan..tak best sangat.
Masa diorang buat persembahan ni.. aku yang berdebar- debar. Siap diorang masukan kepala kat dalam mulut buaya tu. Fuhh..Hilang semangat kejap.
Ok.. jom main air.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat langkawi.
Antaranya..
Tasik Dayang bunting..
Kabel Car
Makan mahsuri.
Pusat Kraft
Dan lain-lain...

5 comments:

Anonymous said...

kak, camna nak dapat pas pekerja tu?saya cikgu.

mela said...

Hai , cikgu..
kalau nak chek in hotel.boleh tunjuk slip gaji kita. Akak pernah guna slip gaji semasa lupa nak bawa kad pekerja.
Tetapi kalau nak masuk ke tempat yg bertiket ni akak tak pernah guna slip gaji lagi. Sebenarnya diorang nak bukti bahawa kita memang kakitangan awam.

Unknown said...

Kalau cikgu, awak joinlah persatuan nutp atau kesatuan lain. Ada kad boleh tunjuk mana2 hotel minta diskaun. Penting sebenarnya masuk persatuan.. Sayanglah kalo x join.

afiqsalamat said...

salam,,,sy dh 15 thun x g langkawi...raya cina 2013 ni bru nk g lg dgn 4family seramai 8 org,,,leh suggest kn x ktne nk menginap dan tempat tu hampir dgn tempat2 yg best....dgr cite area pantai chenang...btul ke

mela said...

afiqsalamat.. kalau ikut pendapat ramai memang pantai chenang la yg best.& pantai tengah. kat situ senang nak cari makan dan banyak kedai cenderamata. boleh lepak kat hotel arsenia, holoday villa, atau sunset beach resort atau banyak juga budget hotel area sini. yg penting kalau nak relaks masa bercuti atur jadual perjalanan sebaiknya. kalau ada anak kecil.. lagila kena pandai ejast time.kalau tidak..percutian kita akan gagal dinikmati.Selamat bercuti bersama keluarga...

Nufnang