Friday, June 1, 2012

Holiday Villa Langkawi @ Federal Villa Langkawi


 Ini adalah Ruang Legar Hotel Federal Villa. Kali ini aku menggunakan kemudahan untuk kakitangan kerajaan. Aku menempah 2 Bilik Deluxe beharga RM 77.00 satu malam untuk satu bilik. Kalau tak menggunakan kemudahan ni.. harga bilik memang lebih la.
Tetapi..semasa pendaftaran.. kerani kat depan tu tetiba minta maaf cakap bilik yg aku tempah dah penuh. Aikk.. nak terbeliak juga biji mata aku..aku dah booking awal,2bulan awal tau.. dan seminggu sebelum ke langkawi aku dah sahkan sekali lagi tentang tempahan tu.
Namun katanya..mereka gantikan aku dengan apartmen dua bilik. Dan mereka akan berikan satu tambahan katil Queen. Setiap ruang mempunyai Aircond sendiri dan ada dapur sekali.
So..aku pun amatlah bersetuju. Rasanya apartmen ni lagi besar la.. sebab aku dimaklumkan apartmen ni untuk pegawai berpangkat 48 ke atas ja.. Waahh..rezeki kami sekelurga la kan..


Ok..ini adalah ruang tamu bersekali dengan ruang makan. Kerusi sofa tu pula boleh diubah suai menjadi katil. Memang amat berguna buat kami.. Selepas aku check in kejap ja..diorang pun datang la membawa tambahan tilam dan bantal. tu pasal meja makan tu terpaksa ditolak menghampiri ruang tamu.

 Ini adalah bilik yang disediakan. Kedua-dua bilik macam nilah designnya.Bilik pun agak luas..kira ok la..
 Dan ini pula dapurnya. Senang la nak masak. Tapi..tak rajin la pulak aku nak memasak sewaku sedang bercuti.. Bila dah bercuti..maka..semuanya kenala direhatkan.. heheheheh..kata-kata org malas ni.
 Ok..ini adalah pandangan dari belakang holiday Villa. Kat sini ada kolam mandi..tapi dah dekat ngn laut.. tak pandang dah kolam mandi. Anak dan adik-adik aku lebih suka berkubang kat dalam pasir.
Holiday Villa terletak di Pantai Tengah.. jadi semua sedia maklum..pantai tengah takla secantik pantai Chenang.. namun..ianya tetap cantik. Setiap ciptaan Allah adalah yang tercantik..cuma kita selalu lupa dan tak pandai nak hargai.
Opps..ini bukan gambar sensor keyy...sebenarnya aku ada kisah disebalik gambar ni. Gambar ni di ambil awal pagi..air laut pun belum pasang lagi..dan nampak tak kereta sorong kat situ? . Ada petugas yang kerjanya setiap pagi adalah mengutip sampah dan sisa-sisa alam yang dibawa oleh air laut.
Perkara yang membuatkan aku terkedu dan termalu adalah apabila melihat mat salleh yg berseluar dalam tu dan isterinya yg agak terlindung tu.. turut mengutip sampah  di sepanjang perjalanan mereka. Ketika itu juga ada ramai pelancong dari Malaysia..namun tak seorang pun dari kalangan mereka dan aku yang  melakukan perkara tersebut. Kami sekadar menjadi pemerhati. Tetapi ianya berjaya menginsafkan aku agar tidak meninggalkan sebarang sampah & mengutip sampah yg berhampiran dgn tmpt aku lepak.
Kesimpulannya..kat sini..pantainya cantik..tetapi Pantai Chenang lagi Cantik. Kawasan ni agak jauh untuk keluar mencari makanan di luar ( kalau jalan kaki la.naik keta kejap ja ). Tentang kebersihan pula..aku boleh bagi 3 bintang..sebab ada juga yg nampak tak terjaga. Tetapi aku pi sini tahun 2009..mungkin sekarang dah banyak berubah.
Kalau korang nak gunakan kemudahan yg disediakan oleh kerajaan untuk kakitangannya..jgn malu..KLIK SINI  jgn lupa..tempah awal keyy..sekurang-kurangnya 2bulan sebelum bercuti..kalau lambat alamatnya..bayar lebih la..

3 comments:

shida said...

oho.. sakan aihh depa lepaih langkawi... best2... lepas ni boleh no 3 la mela.. kekekke

mela said...

pah..ni cerita lama..saja sesuka nak update buat list kat blog.Tak tau nak update apa benda dah.hahahah.. No 3... insyaallah..hang dulu la..mana boleh potong turnn..

Anonymous said...

Howdy! Someone in my Myspace group shared this site with us so I came to
take a look. I'm definitely loving the information. I'm book-marking and will be tweeting this to my followers!
Superb blog and fantastic design.

Nufnang