Thursday, October 27, 2011

Roti Sosej & Roti Krim Cheese


Roti Krim Cheese

Roti Sosej

Inti krim cheese..yummy..

Cubaan seterusnya..masih menggunakan menu yang sama..iaitu roti manis...cuma kali ini aku pelbagaikan dengan meletak sosej dan inti krim cheese.
Apabila dah ada inti..secara tak langsung..kelazatan roti nih semakin bertambah.Tambahan pula kalau dimakan semasa masih
panas-panas gitu.
Alhamdulillah...keluar ja dari oven..laju ja masuk mulut.
Harinih ada sikit aku bawa untuk geng ofis..tapi tak banyak..cuma rezeki jiran-jiran sebelah meja ja..Kalau ada rezeki nanti kita buat lain.


Tuesday, October 25, 2011

TIRAMISU



SEDAPP...itula pandangan pertama aku apabila kali pertama merasanya. Aku beli dari sedara yang memang aktif dalam kes buat-buat kek dan jual menjual kek nih. Blog dia kat sini masuk le tengok..memang menggoda gila. Aku kan penggemar setia cheese. Apa sahaja yang ada campuran cheese, pasti aku tak akan lepaskan peluang untuk merasanya. Jadi..seperti biasa..apabila aku dah suka..pasti aku akan mencari bahannya. Aku kena buat sendiri ... jadi..aku boleh makan dengan banyak gila. Yang bestnya juga..suami aku pun suka..jadi..dia pun mendorong suh aku cari menu.Setelah aku puas menggodek kat internet nih..akhirnya jumpa juga cara nak buatnya.. Aku tak pastilah samada sedara aku asu ija guna menu yg macam mana. Yang pasti dia buat memang sedap.. Jadi...meh tengok menu Tiramisu versi aku...

BAHAN A

250 gm krim cheese ( boleh guna tatura @ philidepia )

3 sudu besar gula ( ok la ni...tak manis sgat )


Pukul bahan di atas sehingga kembang..

3 biji telur ayam ( ambil kuning sahaja )

3 sudu besar gula


Campur telur ayam dan gula..kemudian masak secara double boiler. Semasa masak..pastikan kacau selalu sehingga warna kuningnya kelihatan agak pudar. Kalau tak kacau..nanti dia akan bertukar menjadi telur hancur.
Apabila telur dah masak..cepat-cepat campur kedalam krim cheese yg telah diputar sehingga kembang tadi. Campurkan 2-3 sudu kecil nescafe pekat. Adun sehingga semua sebati. Dah sebati..letak kat tepi kejap..kita nak buat adunan lain pula.

BAHAN B

Pukul 1 kotak setengah Whipping cream dan 1sudu besar gula sehingga kembang key. Jika kita tuang whiping krim tu..takan ada yg tertumpah dari bekas adunan. Setelah pasti kembang..tuang ke dalam bekas krim cheese yg dah kembang tadi. Cuma kaup balik ja..takyah guna mixer.Tapi..pastikan semua bersatu la..

Cara Menyusunnya..

Ok..Tuang Bancuhan nescafe di dalam bekas yang kita boleh celupkan roti Ladys Finger. Celupkan kejap ja..secara membalik - balikkannya. Lepastu susun ja lam bekas yg kita nak.Boleh susun rapat-rapat atau dijarak jarakkan..dah cantik susun.. masukkan krim yg kita dah siap adun tadi. Sapu rata..kalau nak letak krim tebal pun boleh.Ikut suka hati la...Dah rata..tabur serbuk koko..Lepastu , ulang sekali lagi menyusun roti ladys fingers tu dan tuang krim sekali lagi..dan taburla serbuk koko lagi sekali...dah siap..masuk lam peti sejuk semalaman. Makan ketika sejuk...amat-amat sedap. Tak sedar boleh habis 1 tuppawere..( eja cam nih ka ) trylah..bagi penggemar cheese...pasti tak nyesal.

Thursday, October 20, 2011

Anak Arab bertukarrrrr !!! menjadi PizzAA !!!


Hehehhehe...pertama kali aku baca nama roti tuh memang aku gelak. Selalu aku panggil roti arab ja, tetapi..disebabkan saiznya yang kecil, maka namanya pun dah jadi anak arab. Dah lama rasanya tak buat pizza roti arab..jadi aku angkut dua plastik.Satu paket ibu dan abah arab, satu paket lagi anak arab. Ibu dan abah arab tu aku buat Kebab segera yg aku suka tu. Anak arab pula aku buat pizza. Bahan yang aku gunakan untuk buat inti Kebab dan Pizza tu hampir sama ja. Cuma yang berbezanya untuk buat Pizza , aku letak tambahan sosej.. Daging beger..aku hancurkan dan..kasi goreng agak-agak separuh masak ..tambah lada sikit, sesoning, garam sikit. Pastu Sosej pula..kasi rebus juga..potong ikut suka hati aku..susun ja kat atas roti. Tuang sos cili, sos tomato, mayonise..dan last sekali..mestilah hamparan cheese..pastu..kita bakorr...haa..ginilah hasilnya.. Yang bestnya lepas aku letak lam oven..aku minta en suami tengokkan..aku nak bagi Firas tidor kejap. Bila aku kuar dari bilik..wahhh...harum serumah..dan en suami tersengeh ja..ayat dia lebih kurang bunyi cam gini.." tadi memula abang tengok macam kurang masak..jadi abang tambah lagi masanya..tengok-tengok dah hangit, tapi..boleh dimakan lagi.. " wakakakakakakkaka...nasibla..hangit pun hangitla. Bila aku tengok..pizza yg tengah ja hangit sikit..yg tu Danish punya..takda cheese..sian danish.Makan yg lain jela yaa..Danish.

Tuesday, October 18, 2011

alamak...cam mana ni?

Haaa...cam mana aku nak buat ni? minggu lepas encik suami hadiahkan benda ni ? dia nak aku pakai...tapi..aku tak pandai nak pakai. Aku cuma guna yang asas ja..dia nak pula aku pakai eye shadow. Huwaaa....aku kena belajar nih. Selalu aku pakai..letak krim muka..letak fondation..letak bedak dan kasi letak blusher sikit.Lepas tu..kasi sapu lipstik sikit..haa..selesai. Tetapi..selepas dapat hadiah ni..kena la aku lebihkan masa mengadap cermin tu. Terketar-ketar aku nak pakai. Aku pun dah lama berkeinginan nak memakai benda-benda gini..tetapi..aku rasa..bila aku pakai..semakin buruk jadinya...
Disebabkan ini hadiah dari yang tersayang..maka..aku kena belajar la.Aku kena cari tok guru nih. Kat mana nak cari tok guru pula ? ..kalau aku minta ajar..dia tak akan gelakkan aku sebab tahap rendah ilmu alam aku nih. Untuk abang..terima kasih ya. Nanti mela belajar cara pakai yang betul. Abang kasi komen key..

Monday, October 17, 2011

Roti Manis pertama kalinya..



Sebelum di bakar


Memula sekali..aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger kak Izah Daud..sebabnya..aku ambil menu ni dari blog dia.Kalau korang nak menunya..klik kat sini yaa.. Aku memang tak pernah buat roti. Inilah pertama kali dalam masa 30 tahun dan aku amat berminat untuk mencuba.
Aku cuma buat 1 adunan ja..memang ikut ja menu kak izah tu..dapatla sekali bakar. Dah siap masak..aku pun cuba la rasa..ermm..memang sesuai namanya roti manis..memang manis..sebab masuk gula kan. Tapi takla manis tahap melampau.Aku siap makan dengan sup ayam lagi. Fuh..best juga. Ada lebih..aku bagi sikit untuk mertua. Dalam kepala otak aku..aku rasa nak letak inti cheese la pulak..Aku kan hantu cheese. Boleh tak kalau try tukar air gula ngn susu segar dan letak inti krim cheese... Boleh tak ???..aku kena try nih.

Monday, October 10, 2011

Yes...bakal dapat Biras baruu..

KAMAL
SAFI

Alhamdulillah...akhirnya adik ipar aku bertemu juga jodohnya....sekian lama mencari..rupanya jodoh berada dekat ja dgn kami. Adik ipar aku takda awek..masanya sentiasa sibuk dengan business kedai makannya. Maka..takda masa nak mencari awek dan bercintan cintun. Jadi .,.atas usaha mak mertua aku..ketemulah dia dengan Safi. Orang kg sungai baru juga..tapi dah berpindah ke kawasan Batu 5 Kuala perlis. Kemarin 09.10.11..(cantiknya tarikh..) bersamaan hari ahad..dengan rasmiya Safi menjadi tunangan Kamal. Dah lama keluarga kami tak buat kenduri besar-besarnih ( kenduri kawen la ) last dulu semasa kakak ipar ku kawen..6 tahun lebih dahh..kalau family sebelah aku ..last masa aku kawen la..dah hampir sesangat 8 tahun ( tunggu adik aku si mawi kawen...fuhhh..lambat bonar..penat dah tunggu ).Bila mau declare kata dah ada awek mawi ?
Ok..disebabkan ini majlis pertunangn pertama yg difahami oleh Danish..maka banyaklah yang dipersoalkan. Apa maksud tunang? , kenapa kita mesti tunang ? , kenapa Pak Lang kamal tak ikut sekali semasa nak tunang ? ,kenapa kita yg kena pi rumah org perempuan untuk bertunang ? selepas bertunang..pengantin perempuan tu ikut kita balik ka ? adehh..banyak soalannya. Jadi..aku dan haffiz kena la terangkan kepada dia..apa itu Adat dan Agama. Kami pun cuba ceritakan dengan sesuatu yg mudah. Walaupun mudah..tetapi sukar juga nak diterangkan.Apabila dah dapat jawapan..muncul pula soalan yg lain.pendek kata..selagi dia tak faham..akan ada sambungnnya. Semalam , sebelum tidur ..ada lagi soalan tambahan " ibu , bila pula paklang nak kenduri kawen ?"." Tak tahu lagi.., nanti kena bincang dengan keluarga pengantin perempuan dulu" , jawab aku sambil memikir..dia faham tak jawapan aku nih ? . " tapi..Danish rasa paklang suka kawen cepat ". Aik..Danish dah tau... ? " sapa cakap pak lang suka kawen cepat ", aku soal Danish kemabali " Pak Lang la.... " jawapan slumber dari Danish...ooo..yaka Pak Lang ?

Tuesday, October 4, 2011

yippiEE- yIppEI - yea - yea..



Lagi tentang Firas.... Minggu lepas kami singgah kat The Store kangar..aha..baru aku teringat..semasa sedang turun dari tangga terjumpa sahabat lama..adik junior masa zaman sekolah menengah dulu. Aku tak perasan pun..tetiba ja ada org menyergah aku dari sebelah. Kami bertembung di atas tangga sahaja..dia sedang naik..dan aku pula sedang turun. Jadik memang tak sempat cakap apa..cuma dia sempat cakap " kak mela !! " dan aku pula " eh Elly !! ".. lepas tu..aku tercari-cari ayat apa yg harus aku cakap sebabnya aku sedang menapak ke atas escalator & sedang ejas Danish yg suka-suka hati nak berjalan kat atas escalator tuh. Dan Elly pula dengan anak- anaknya.Cuma ayat yang sempat dia sambuang.." nanti Elly pi rumah kak mela key " ..dan aku..terus mengangguk ja.. dalam hati aku berkata..aha, bagus kalau Elly dapat datang umah..banyak yg kita bleh nyembang. Maklumla..sebelum nih dia berada di luar area perlis nih.Memang pertemuan yg amat pantas.Escalator tu tak bagi peluang kepada kami nak bercakap panjang.Jadik Elly..kalau baca coretan kak mela nih..jemput la datang ke umah key..
Opss..dah terlajak pula..ingat nak cerita tentang Firas.Ok kembali ke topik asal..semasa kat atas tu..adalah mainan muzik nih. Firas memang tak pandai meminta lagi naik benda nih semua..tetapi abah Firas pula yang tak sabar-sabar nak bagi anak naik. Aku pula tak berapa setuju..sebabnnya..kalau dah bagi naik..nanti mesti dia nak naik lagi. Abah pula cakap.." takpa..bukan setiap hari kita bawa anak-anak gi shoping complex yg ada benda nih "hem...oklah..abah letak jer duit abah. Ibu setuju ja.." Aku ingat bila syiling dah masuk dan bunyi muzik dari mainan tu akan menakutkan Firas. Rupanya tidakkkk..dia lagi seronok. Di pusing-pusingnya stereng pada mainan tu. Fuh..semangat rupanya anak aku nih. Abang danish pula tersengeh ja tengok adiknya naik. Nasib Danish dah pandai..dia dah tak berminat pada benda-benda begini. Apabila muzik dah habis..mainan dah berhenti..abah pun angkatla Firas..apalagi..tak nak bangun la...nak main lagi..haa...kan Ibu dah cakap. Takpa..biar abah ja pujuk..nasib tak lama rengekannya. Aku nak tengok nanti kalau keluar lagi, dan jumpa mainan jenis ni..apa reaksi Firas seterusnya..Kita TunGGUuuuuu..

Nufnang